:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“(Mereka berdoa dengan berkata):
رَبَّنا لا تُزِغ قُلوبَنا بَعدَ إِذ هَدَيتَنا وَهَب لَنا مِن لَّدُنكَ رَحمَةً ۚ إِن أَنتَ الوَهّابُ
Robbana Laa Tuzigh Qulu Bana, Ba’Daidz Hadaitana, Wa Hablana Mil-Ladun Karoẖmah, Innaka Antal Wahhab
(Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya)’.”
(Ali 'Imran [3]: ayat 8)
:: Hadis ::
dari Anas,ia berkata,
“Rasulullah ﷺ selalu membanyakkan doa:
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Ya Muqollibal Quluub, Tsabbits Qolbii ‘Alaa Diinik
(Wahai Yang membolak-balikkan hati! Teguhkan aku di atas agama-Mu). Kemudian aku pun bertanya: ‘Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu dan risalah yang kau bawa. Jadi, apakah engkau masih risau kepada kami?’ Baginda menjawab: ‘Ya, kerana sesungguhnya hati manusia berada di antara dua jari dari jari-jari Allah yang mana Dia membolak-balikkan sesuai kehendak-Nya’.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2140. Ibnu Majah,no.3824. Hadis ini dinilai ‘Sahih’ oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi dalam video beliau)
No comments:
Post a Comment