dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: ‘Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah diri ku’. Lalu Allah menjawab: ‘Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba-Ku’. Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: ‘Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini’. Lalu Allah menjawab: ‘Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku’. Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: ‘Tuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini’. Lalu Allah menjawab: ‘Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku (sebanyak tiga kali). Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki’.”
(HR. Bukhari,no.7507. Muslim,no.2758)
NOTA:
maksud kata Allah 'biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki' ialah buatlah apa yang dia mahu selagimana dia terus meminta ampun apabila melakukan dosa (dengan jujur & ikhlas), maka Allah akan mengampuninya, kerana meminta ampun dapat menghapus dosa yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment