Saturday, February 17, 2024
Allah Menggenggam Bumi Pada Hari Kiamat Dengan Tangan-Nya
Allah Jadikan Bumi Menjadi Sekeping Roti Pada Hari Kiamat
Friday, February 16, 2024
Kenapa Allah Tidak Beri Kekayaan Kepada Seseorang?
Allah ﷻ berfirman:
“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi Melihat dengan nyata.”
(asy-Syura [42]: ayat 27)
Istighfar Boleh Menghilangkan Musibah?
dari Ibnu ‘Abbas,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(HR. Abu Daud,no.1518. Ibnu Majah,no.3819)
NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ (lemah: tidak sahih) oleh para Ulama’ Hadis, kerana dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama al-Hakam bin Mus‘ab yg mana imam Ibnu Hibban berkata tentangnya: “Dia melakukan kesilapan” (rujuk: ast-Tsiqat,6/187). Imam al-Baghawi menilainya Dhaif (rujuk: Syarh as-Sunnah,3/100). Imam adz-Dzahabi juga berkata tentangnya: “al-Hakam padanya Jahalah (majhul/tidak dikenali)” (rujuk: al-Muhadzhab fii ikhtisar al-Sunan al-Kabir,2/168). Juga dinilai Dhaif oleh Syaikh al-Albani (rujuk: Silsilah ad-Dhaifah,no.705). Walaupun hadis ini Dhaif, namun maknanya benar berdasarkan dalil yg lain:
:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).”
(al-Anfal [8]: ayat 33)
:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Sehingga aku (Nabi Nuh) berkata (kepada mereka): ‘Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”
(Nuh [71]: ayat 10 - 12)
:: al-Qur'an 3 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepada-Nya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).”
(Hud [11]: ayat 3)
Thursday, February 15, 2024
Larangan Menulis Hadis
“Janganlah kamu menulis sesuatu daripadaku, sesiapa menulis sesuatu daripadaku selain al-Quran, maka hendaklah ia menghapusnya dan menceritakan dariku, kerana itu tidak ada salahnya.”
(HR. Muslim,no.3004)
NOTA:
Imam al-Bukhari menilai hadis ini Mauquf kepada Abu Sa‘id al-Khudri (rujuk: Ibnu Hajar,Fathul Bari,1/208). Imam Abu Daud juga menilai hadis ini terhenti (mauquf) kepada Abu Sa‘id al-Khudri dengan katanya: “Ianya Munkar, kesilapan terdapat pada (perawi) Hammam..” (rujuk: al-Mizzi,Tuhfat al-Asyraf bi Ma’rifat al-Athraf,3/408). Imam al-Khatib al-Baghdadi juga berkata bahawa yang mahfuzh (terpelihara), hadis ini adalah kata-kata Abu Sa‘id al-Khudri, bukan Marfu’ (kata-kata Nabi ﷺ) (rujuk: Taqyid al-‘ilm,30). Namun terdapat hadis yang lebih sahih dan jelas daripada Nabi ﷺ tentang bolehnya menulis hadis, seperti hadis ini:
:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Ketika Allah membuka Makkah untuk Rasul-Nya, baginda berdiri di antara manusia lalu memuji Allah dan menyanjung-Nya, kemudian bersabda: ‘Sesungguhnya Allah menahan pasukan gajah dari Makkah dan menjadikan rasul-Nya dan orang-orang beriman berkuasa ke atasnya. Sesungguhnya Makkah tidak halal bagi seorang pun sebelumku, dan ia dihalalkan untukku seketika daripada waktu siang. Sesungguhnya ia tidak akan halal bagi seorang pun sesudahku. Tidak boleh diusik binatang buruannya, tidak ditebang pohonnya yang berduri, tidak halal diambil barang temuannya kecuali bagi orang yang ingin mengumumkan, dan barang siapa dibunuh anggota keluarganya, maka dia boleh memilih dua perkara: Mengambil tebusan atau minta ditegakkan syarat’. al-Abbas berkata: ‘Kecuali izkhir, sesungguhnya kita menggunakannya untuk kubur dan rumah’. Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Kecuali izkhir’. Abu Syah seorang penduduk Yaman bangkit lalu berkata: ‘Tuliskan untukku, wahai Rasulullah!’ Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Kamu tolong tuliskan untuk Abu Syah’.”
(HR. Bukhari,no.2434. Muslim,no.1355)
:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Tidak ada seorang pun dari kalangan sahabat Nabi ﷺ yang lebih banyak meriwayatkan hadis baginda ﷺ berbanding aku kecuali ‘Abdullah bin ‘Amr. Ini kerana dia menulis, sedangkan aku tidak menulis.”
(HR. Bukhari,no.113. at-Tirmidzi,no.3841)
Wednesday, February 14, 2024
Allah Suka Orang Yang Berlemah Lembut Dan Tidak Bersikap Kasar
Tuesday, February 13, 2024
Singgahsana Iblis Di Atas Air (Laut)
Monday, February 12, 2024
Berbuat Baik Kepada Tawanan
Sunday, February 11, 2024
Doa Banyak Rezeki Dan Anak
Saturday, February 10, 2024
Jika Baru Teringat Ada Raka'at Tertinggal Setelah Selesai Solat
Doa Selepas Azan Yang Sahih
Tiada Kematian Dalam Syurga Dan Neraka
Friday, February 9, 2024
Doa Perlindungan Dari Musibah / Ujian Yang Berat
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Mintalah perlindungan kepada Allah daripada bala yang berat, hinanya kesengsaraan, takdir yang buruk, dan kegembiraan musuh (terhadap masalah yang menimpa).”
(HR. Bukhari,no.6347 & 6616. Muslim,no.2707)
NOTA:
Jika dijadikan doa, maka lafaz doanya adalah:
اللَّهُمَّ اِنِّي أَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِ البَلاَءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوْءِ القَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ
Allahumma inni a‘udzubika min jahdil bala’, wa darokisy-syaqo’, wa su-il qodho’,wa syamaa tatil a’daa’
(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada bala yang berat ,hinanya kesengsaraan, takdir yang buruk dan kegembiraan musuh [terhadap masalah yang menimpa])
Thursday, February 8, 2024
Jenis Perselisihan Pendapat Yang Tidak Boleh Diingkari Antara Satu Sama Lain
dari Ibnu ‘Umar,dia berkata,
“Nabi ﷺ bersabda kepada kami ketika kembali dari perang Ahzab: ‘Janganlah salah seorang daripada kamu solat asar melainkan apabila tiba di Bani Quraizhah’. Lalu tibalah waktu asar ketika sebahagian daripada mereka dalam perjalanan. Maka berkata sebahagian daripada mereka: ‘Jangan kita solat sehingga kita sampai di Bani Quraizhah’. Adapun telah berkata sebahagian mereka yang lain: ‘Bahkan, kami akan menunaikan solat kerana Nabi ﷺ tidak bermaksud demikian’. Maka kejadian tersebut diceritakan kepada Nabi ﷺ dan baginda ﷺ tidak mencela salah seorang daripada mereka’.”
(HR. Bukhari,no.946 & 4119)
NOTA:
Dari hadis ini dapat difahami bahawa perbezaan pendapat dikalangan para Ulama’ dalam memahami satu dalil yg sahih namun mempunyai cara faham yg berbeza, tidak membuatkan seseorang itu berdosa jika memilih mana-mana pendapat dari salah satu pendapat mereka. Wallahua’lam.
Selawat Sahih Yang Ringkas
dari Zaid bin Kharijah,dia berkata,
“Aku bertanya kepada Rasulullah ﷺ (tentang cara berselawat), maka baginda bersabda: ‘Berselawatlah kepadaku, bersungguhlah dalam berdoa, lalu ucapkanlah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma solli ‘ala Muẖammad, wa ‘ala aali Muẖammad
(Ya Allah, selawatkanlah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad)’.”
(HR. an-Nasaie,no.1292. Dinilai ‘Sahih’ oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Sahih wa Dha‘if Sunan an-Nasaie,no.1293])