Friday, July 5, 2024

3 Golongan Yang Tidak Dicatat Dosa Dan Pahalanya

:: Hadis 1 ::
dari ‘Ali,bahawa Nabi ﷺ bersabda,
“Diangkat pena daripada tiga golongan,iaitu: orang yang tidur sehingga dia terjaga,kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh),dan orang yang gila sehingga dia berakal.”
(HR. Abu Daud,no.4403. at-Tirmidzi,no.1423. Ahmad,no.956. Dinilai 'Hasan Gharib' oleh imam at-Tirmidzi)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Qatadah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tidaklah dianggap meremehkan solatnya bagi seseorang yang tidur itu. Adapun orang yang meremehkan solat itu adalah orang yang tidak solat dengan satu solat sehingga datangnya waktu solat yang seterusnya.”
(HR. Muslim,no.681. Abu Daud,no.441. at-Tirmidzi,no.177. an-Nasaie,no.615. Ibnu Majah,no.698)

No comments:

Post a Comment