Friday, June 21, 2024

Kelebihan Solat Dhuha

:: Hadis 1 ::
dari Abu Dzar,Nabi ﷺ bersabda,
“Pada pagi hari,setiap sendi dari seseorang daripada kamu (perlu ke atasnya) sedekah. Maka setiap tasbih (Subẖanallah) adalah sedekah,dan setiap tahmid (Alẖamdulillah) adalah sedekah,dan setiap tahlil (Laa ilaaha illallah) adalah sedekah,dan setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah,dan menyeru berbuat baik itu adalah sedekah,dan melarang dari perkara yang mungkar itu adalah sedekah,dan sedekah ke atas sendi-sendi itu memadai dengan dua rakaat yang dikerjakan pada waktu Dhuha.”
(HR. Muslim,no.720)

:: Hadis 2 ::
dari Nu’aim bin Hammar al-Ghathafani,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tuhan kamu ‘azza wa jalla berfirman: ‘Wahai anak Adam,solatlah kerana-Ku empat rakaat (Dhuha) pada awal hari,nescaya Aku akan cukupkan bagimu hingga akhir hari tersebut’.”
(HR. Ahmad,no.22471 [21434]. an-Nasaie [rujuk: Sunan al-Kubra,no.466]. Ini lafaz riwayat Ahmad)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Sahih' oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi dalam video beliau. Adapun tentang cara melaksanakan solat Dhuha empat rakaat ini,kata Syaikh Musthofa al-‘Adawi,yang lebih utama adalah dengan dua rakaat-dua rakaat,bukan empat rakaat dengan satu tasyahud sebagaimana yg beliau sebut dalam video beliau yg lain kerana ianya tidak tsabit dari rasulullah ﷺ.
Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment