dari ‘Umar bin Khattab,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu sebagaimana Allah memberi rezeki kepada burung yang keluar di pagi hari dalam keadaan lapar dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2344. Ibnu Majah,no.4164. Hadis ini dinilai ‘Hasan Sahih’ oleh imam at-Tirmidzi)NOTA:
Hadis ini tidak sahih menurut Syaikh Musthofa al-‘Adawi (dalam video beliau) kerana ‘sanadnya Dhaif’. Akan tetapi, hadis ini maknanya benar, kerana di dalam al-Quran,Allah ﷻ berfirman:
“..Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakkal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)..”
(at-Thalaq [65]: ayat 2-3)
No comments:
Post a Comment