Saturday, July 20, 2013

Bercerai Akan Bergegar 'Arasy Allah?

dari Ali bin Abi Thalib,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Berkahwinlah dan janganlah kamu bercerai. Maka sesungguhnya talak (bercerai) itu akan menggegarkan ‘Arasy.”
(HR. al-Khattib [rujuk: Tarikh Baghdad,12/191]. Ibn 'Adiy [rujuk: al-Kamil,5/112])

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Maudhu' (Palsu) oleh Syaikh al-Albani (rujuk: as-Silsilah ad-Dhaifah,1/278,Riyadh: Maktabah al-Ma'arif),kerana terdapat perawi yg bernama 'Amr bin Juma'i,dia seorang pendusta dan perawi yg bernama Juwaibirin,dia seorang yg tersangat Dhaif. Hadis ini juga dinilai tidak sahih oleh Ibn Iraq al-Kinani (rujuk: Tanzih al-Syairah,202/2),as-Suyuthi (rujuk: al-La'aali al-Masnu'ah,151/2),Ibnul Jauzi (rujuk: al-Maudhu'at,277/2),as-Sakhawi (rujuk: al-Maqasid al-Hasanah,49/1),asy-Syaukani (rujuk: al-Fawaid al-Majmu'ah,139/1),as-Saghani (rujuk: al-Maudhu'at,60/1) dan Syaikh al-Huweini (dalam video beliau).

No comments:

Post a Comment