Tuesday, May 7, 2024

Allah Merahmati Suami Isteri Yang Membangunkan Pasangannya Untuk Menunaikan Solat Malam (Qiyamullail)

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Allah memberi rahmat kepada lelaki yang bangun pada malam hari, lalu dia menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Kemudian isterinya pula bangun menunaikan solat. Jika isterinya enggan bangun, dia merenjiskan air ke wajah isterinya. Allah juga memberi rahmat kepada wanita yang bangun pada malam hari, lalu dia menunaikan solat dan mengejutkan suami. Kemudian suaminya bangun menunaikan solat. Jika suaminya enggan bangun, dia merenjiskan air ke wajah suaminya.”
(HR. Abu Daud,no.1308. an-Nasaie,no.1610. Ibnu Majah,no.1336)

NOTA:
Hadis ini didiamkan oleh imam Abu Daud setelah meriwayatkan hadis ini,dan diamnya imam Abu Daud bermaksud hadis itu ‘Soleh’ (sahih) disisi beliau. Hadis ini juga dinilai ‘Hasan’ oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi dalam video beliau.

Sunday, May 5, 2024

Perkara Yang Disukai Banyak Menjerumus Ke Neraka

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Neraka diselaputi perkara-perkara yang disukai, manakala syurga diselaputi perkara-perkara yang tidak disukai.”
(HR. Bukhari,no.6487)

Doa Yang Rasulullah Simpan Untuk Umatnya Di Akhirat Kelak

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Setiap nabi mempunyai satu doa yang akan diperkenankan, dan setiap nabi bersegera untuk berdoa dengannya. Dan sesungguhnya aku ingin menyimpan doaku sebagai syafaat (pertolongan) untuk umatku di akhirat nanti, dan ia diperolehi, dengan izin Allah, bagi sesiapa yang mati di kalangan umatku dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan suatu apa pun.”
(HR. Bukhari,no.6304. Muslim,no.199)

Saturday, May 4, 2024

Memberi Hadiah Adalah Sunnah

:: Hadis 1 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ menerima hadiah dan baginda membalasnya.”
(HR. Bukhari,no.2585)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Hendaklah kamu saling memberi hadiah. Nescaya kamu akan saling mengasihi.”
(HR. Bukhari [rujuk: al-Adab al-Mufrad,no.594])

NOTA:
Hadis ini sanadnya dinilai ‘Jayyid’ (baik: Sahih) oleh imam al-‘Iraqi (rujuk: Takhrij al-Ihya’,2/53). Sanad hadis ini juga dinilai ‘Hasan’ oleh imam Ibnu Hajar al-Asqalani (rujuj: Talkhis al-Habir,3/1047).

Menipu Itu Haram Kecuali...

dari Ummu Kultsum binti ‘Uqbah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tidaklah dikira orang yang banyak berdusta, siapa yang mahu mendamaikan antara dua orang yang berselisih, lalu diterbitkan daripadanya segala yang baik-baik atau dia berkata apa yang baik.”
(HR. Bukhari,no.2692. Muslim,no.4724)

NOTA:
Kata Ibnu Syihab: “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah membolehkan orang berdusta melainkan dalam 3 keadaan: Ketika dalam peperangan, dalam mendamaikan dua orang yang berselisih dan percakapan suami kepada isterinya dan percakapan isteri kepada suaminya” (rujuk: Sahih Muslim,no.2605)

Wajah Wanita Bukan Aurat

dari ‘Abdullah bin ‘Abbas,dia berkata,
“Pernah suatu ketika al-Fadhl membonceng Rasulullah ﷺ lalu ada seorang wanita dari Khats’am datang. al-Fadhl memerhatikan wanita itu (yang diriwayatkan sebagai cantik) dan wanita itu pun melihat ke arah al-Fadhl. Nabi ﷺ pun memalingkan wajah al-Fadl ke arah lainnya. Lalu wanita itu berkata: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas para hamba-Nya untuk menunaikan haji. Aku mendapati bapaku seorang yang sudah tua, sehingga tidak mampu untuk menunggang haiwan tunggangan. Adakah aku boleh melaksanakan haji untuknya?’ Baginda bersabda: ‘Ya (boleh)’. Demikian (perkara ini) berlaku ketika baginda melaksanakan haji wada’.”
(HR. Bukhari,no.1513. Muslim,no.1334. an-Nasaie,no.2642)

Thursday, May 2, 2024

Ganjaran Bagi Orang Yang Menyebarkan Ilmu Yang Bermanfaat Dan Kesan Mengajar Perbuatan Buruk Kepada Orang Lain

:: Hadis 1 ::
dari Jarir bin ‘Abdullah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunnah (amalan) yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya, dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun. Dan barangsiapa yang memulakan dalam Islam suatu sunnah (amalan) yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun.”
(HR. Muslim,no.1017)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Mas‘ud al-Ans̄ari,Nabi ﷺ bersabda,
“..Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.”
(HR. Muslim,no.1893)

Saturday, April 27, 2024

Berpegang Teguh Dengan Sunnah Nabi Dan Sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin

dari Abu Najih al-Irbadh bin Sariah,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ memberi nasihat kepada kami yang membuatkan hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran. Maka kami berkata: ‘Ya Rasulullah, seolah-olah ini merupakan nasihat perpisahan, maka berilah kami wasiat’. Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Aku wasiatkan kamu agar bertakwa kepada Allah, tunduk dan patuh kepada pemimpin kamu meskipun yang memimpin kamu adalah seorang hamba. Akan ada dalam kalangan kamu yang hidup  (setelah ini) akan menyaksikan banyaknya berlaku perselisihan. Hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk, gigitlah (peganglah dengan kuat) dengan geraham. Hendaklah kamu menghindari perkara yang diada-adakan,kerana semua perkara bid’ah adalah sesat’.”
(HR. Abu Daud,no.4607. at-Tirmidzi,no.2676. Hadis ini dinilai ‘Hasan Sahih’ oleh imam at-Tirmidzi)

Allah Mencipta 100 Rahmat: 1 Diturunkan Ke Bumi,99 Disimpan Di Akhirat

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya Allah telah menciptakan 100 rahmat. Allah simpan di sisi-Nya 99 rahmat dan menurunkan satu rahmat pada semua makhluk-Nya. Seandainya orang kafir tahu tentang semua rahmat yang ada di sisi Allah, mereka tidak akan berputus asa daripada memasuki syurga. Seandainya orang beriman tahu semua azab yang ada di sisi Allah, dia tidak akan berasa selamat daripada neraka.”
(HR. Bukhari,no.6469)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya Allah memiliki 100 rahmat. Allah menurunkan satu rahmat untuk jin, manusia, haiwan dan serangga. Dengan satu rahmat tersebut terhasilnya perasaan saling mengasihi sesama makhluk. Dengan satu rahmat tersebut juga seekor haiwan liar bersikap lunak kepada anaknya. Allah menyimpan 99 rahmat lagi dan dengan 99 rahmat tersebut Allah akan mengasihi para hamba-Nya (yang beriman) di hari kiamat.”
(HR. Muslim,no.2752)

:: Hadis 3 ::
dari Salman al-Farsi,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya Allah memiliki 100 rahmat. Daripadanya terdapat 1 rahmat yang mana dengannya makhluk-makhluk saling berkasih sayang antara mereka. 99 rahmat lagi adalah untuk hari Kiamat.”
(HR. Muslim,no.2753)

Saturday, April 20, 2024

Ketika Seorang Nabi Yang Dipukul Sehingga Berdarah

dari ‘Abdullah bin Mas‘ud,dia berkata,
“Aku seakan masih melihat Rasulullah ﷺ menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi a.s yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: ‘Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu’.”
(HR. Bukhari,no.3477. Muslim,no.1792)

Friday, April 19, 2024

Sunnah Ketika Bersin

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Bahawasanya apabila Nabi ﷺ bersin, baginda menutup wajah dengan tangan atau kainnya sambil merendahkan suara.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2745. Dinilai ‘Hasan Sahih’ oleh imam at-Tirmidzi)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Apabila salah seorang daripada kamu bersin, maka hendaklah ia menyebut الْحَمْدُ لِلَّهِ (Alẖamdulillah: Segala puji bagi Allah). Dan menjawab bagi saudara atau sahabatnya يَرْحَمُكَ اللَّهُ (Yarẖamukallah: Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadamu). Maka apabila seseorang menyebut kepadanya (orang yang bersin) يَرْحَمُكَ اللَّهُ,maka hendaklah menyebut يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ (Yahdikumullah wa yus̄lihu balakum: Semoga Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki keadaanmu).”
(HR. Bukhari,no.6224)

NOTA:
Syarat untuk mengamalkan sunnah ini adalah orang yang bersin hendaklah mengucapkan “Alhamdulillah” terlebih dahulu. Jika orang yang bersin tidak mengucapkan “Alhamdulillah”, maka tidak disunatkan untuk mengucapkan “Yarhamukallah” sebagaimana yang disabdakan Rasulullah dalam hadis-hadis sahih:

:: Hadis 3 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Hak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain ada lima, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin (apabila dia mengucapkan alhamdulillah).”
(HR. Bukhari,no.1240. Muslim,no.5778)

:: Hadis 4 ::
dari Anas,dia berkata,
“Dua orang lelaki telah bersin di sisi Nabi ﷺ, lalu baginda hanya mendoakan kepada salah seorang daripada mereka, dan baginda tidak mendoakan kepada yang seorang lagi. Maka lelaki yang tidak didoakan oleh Nabi itu bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Kamu mendoakan lelaki ini dan tidak mendoakan kepadaku’. Baginda menjawab: ‘Sesungguhnya lelaki ini memuji Allah, sedangkan kamu tidak memuji Allah’.”
(HR. Bukhari,no.6225)

NOTA:
Jika sedang melaksanakan solat, tidak disunatkan bahkan dilarang untuk menyebut “Yarhamukallah” kerana di dalam solat tidak dibenarkan berkata-kata kecuali menyebut bacaan-bacaan yang khusus untuk solat sahaja, kerana terdapat dalam hadis sahih tentang larangannya:

:: Hadis 5 ::
dari Mu‘awiyah bin al-Hakam as-Sulami,dia berkata,
“Ketika aku sedang menunaikan solat bersama Rasulullah ﷺ, tiba-tiba seorang lelaki bersin. Aku pun ucapkan kepadanya: ‘Yarhamukallah’. Lalu semua orang melihat kepadaku. Aku pun bertanya: ‘Mengapa kamu semua melihatku?’ Mereka pun menepuk tangan mereka ke pehaku. Aku lihat mereka semua menghendaki aku diam. Apabila selesai solat, sungguh aku tidak pernah melihat seorang guru sebelum dan selepas baginda yang lebih baik pengajarannya daripada baginda. Demi Allah, baginda tidak memasamkan muka kepadaku, tidak memukul dan tidak mengata padaku. Baginda bersabda: ‘Sesungguhnya bagi solat itu, tidak wajar di dalamnya dimasukkan perkataan manusia, sebaliknya hanyalah untuk tasbih, takbir dan bacaan al-Quran’.”
(HR. Muslim,no.537)

Monday, April 8, 2024

Zikir-Zikir Setelah Solat

 ● ZIKIR [1] ●

أَسْتَغْفِرُ اللهَ (3x)
اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Astaghfirullah (3x)
Allahumma antas salaam, wa minkas-salaam, tabaarokta yaa dzal jalaali wal ikrom.

maksud:
“Aku mohon ampun kepada Allah” (3x).
“Ya Allah, Engkau pemberi keselamatan,dan dari-Mu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.”
(HR.Muslim,no.591)

_____________

● ZIKIR [2] ●

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ، اَللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Laa ilaha illallah, wahdahu laa syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qodiir.
Allahumma laa maani ‘a-limaa a’thoyt. Wa laa mu’thiya limaa mana’ta wa laa yanfa-‘u dzal jaddi minkal jadd.

maksud:
“Tiada tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya pujian. Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Ya Allah, tidak ada yang menhalang apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang memberi apa yang Engkau halang. Tiadalah bermanfaat kelebihan yang dimiliki seseorang di sisi-Mu (sebaliknya yang bermanfaat itu adalah amal soleh mereka)”
(HR. Bukhari,no.844. Muslim,no.593)

_____________

● ZIKIR [3] ●

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ. لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ.

Laa ilaha illallah, wahdahu laa syarika lah. Lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘ala kulli syai-in qodiir. Laa haula wa laa quwwata illa billah. Laa ilaha illallah, wa laa na’budu illa iyyaah. Lahun ni’mah, wa lahul fadhl, wala hust tsanaa-ul hasan. Laa ilaha illallah, mukhli-shiina lahud-diin walau karihal kaafiruun.

maksud:
“Tiada tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujian. Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali (dengan pertolongan) Allah. Tiada tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah. Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya. Bagi-Nya nikmat, anugerah dan pujian yang baik. Tiada tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah, dengan memurnikan ibadah kepada-Nya, sekalipun orang-orang kafir membenci.”
(HR.Muslim,no.594)

_____________

● ZIKIR [4] ●

سُبْحَانَ اللهِ (33×)
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ (33×)
اَللهُ أَكْبَرُ (33×)

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ (1x)

SubhanAllah (33x)
Alhamdulillah (33x)
Allahu akbar (33x)

Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah. Lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qodiir (1x)

maksud:
“Maha Suci Allah” (33x)
“Segala puji bagi Allah” (33x)
“Allah Maha Besar” (33x)

“Tidak ada tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan. Bagi-Nya pujian. Dia-lah Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.” (1x)
(HR. Muslim,no.597)

_____________

● ZIKIR [5] ●

Baca ayat Kursi (Allahu laa ila ha illa huwal hayyul qoyyum):

ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌۭ وَلَا نَوْمٌۭ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍۢ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ

Sebab Nabi ﷺ bersabda:
“Barangsiapa membaca ayat Kursi setiap selesai solat (fardhu), maka tidak ada yang menghalangnya masuk ke syurga, kecuali mati.”
(HR. an-Nasaie [rujuk: Sunan al-Kubro,no.9848 & Amal al-Yaum wa al-Lailah,no.100])

Hadis ni diperselisihkan statusnya. Ada Ulama’ yg nilai hadis ini Dha'if (lemah: tidak sahih), ada Ulama’ yg nilai hadis ini Hasan. Tapi, insya-Allah boleh dibaca untuk Fadhail A’mal.

_____________

● ZIKIR [6] ●

Baca Surah² al-Mu'awwidzat:

• al-Ikhlas (Qul huwAllahu Ahad):

قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ

• al-Falaq (Qul a'udzubi robbil falaq):

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلْفَلَقِ
مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلْعُقَدِ
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

• an-Nas (Qul a'udzubi robbin-naas):

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ
مَلِكِ ٱلنَّاسِ
إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ
مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِ
ٱلَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ
مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ

(HR. Abu Daud,no.1523. Imam Abu Daud mendiamkannya, tanda hadis ni ‘Soleh' [sahih] di sisinya)

_____________________

Tapi jika masa singkat atau ada sebab lain,boleh juga hanya membaca “Allahumma antas salam,waminkas salam..(sampai akhir)” seperti ZIKIR [1], kemudian bangun & berganjak sebagaimana dalam sebuah hadis:

اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Apabila Rasulullah ﷺ memberi salam, baginda tidak duduk melainkan sekadar untuk mengucapkan:  Allahumma antas-salam, waminkas salam, tabarakta ya dzal jalali wal ikram.”
(HR. Muslim,no.592)

Boleh juga kalau hanya membaca ZIKIR [4] sahaja. Cuma jika membaca “susunan penuh” (ZIKIR [1] - [6]), itu lebih afdhal. Kedua, sebolehnya, jangan tinggal membaca Ayat Kursi. Walaupun hadisnya diperselisihkan kesahihannya di kalangan para Ulama’ Hadis, tapi masih boleh di amal sebagai Fadhail A’mal. Jika benar hadis itu Sahih, insya-Allah kita dapat fadhilat syurga tersebut. Wallahua’lam.

Thursday, April 4, 2024

Rahim (Silaturrahim) Berdialog Dengan Allah

dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Setelah Allah mencipta makhluk,maka Rahim (silaturrahim) bangun dan memegang (seperti memegang kain) pinggang ar-Rahman. Allah berkata kepadanya: ‘Berhentilah’. Rahim berkata: ‘Sebenarnya aku berlindung dengan-Mu daripada diputuskan’. Allah berkata: ‘Tidakkah engkau redha untuk Aku sambung orang yang menyambungmu (hubungan silaturrahim) dan memutuskan orang yang memutuskanmu?’ Rahim menjawab: ‘Bahkan, wahai Tuhan’. Allah berkata: ‘Itu adalah (kedudukan) untuk engkau’.” Abu Hurairah membaca: “Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakkan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan kamu (Muhammad [47]: ayat 22)”
(HR. Bukhari,no.4830)

Tuesday, April 2, 2024

Larangan Memelihara Anjing

:: Hadis 1 ::
dari ‘Abdullah bin ‘Umar,Nabi ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang memelihara anjing, kecuali anjing (yang terlatih) untuk memburu atau anjing untuk menjaga haiwan ternakan, kerana sesungguhnya akan berkuranglah daripada pahalanya setiap hari sebanyak dua qirath.”
(HR. Bukhari,no.5481. Muslim,no.1574)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Barangsiapa yang membela anjing, maka sesungguhnya mengurangi pada setiap hari dari amalannya satu qirath, kecuali anjing untuk pengawasan atau anjing menjaga binatang ternakan”
(HR. Bukhari,no.2322)

Monday, April 1, 2024

Solat Selepas Makan Dan Minum Tanpa Berkumur-Kumur

:: Hadis 1 ::
dari Ibn ‘Abbas,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ telah menggigit (mencarik) paha kambing, kemudian baginda ﷺ bangun dan menunaikan solat tanpa (memperbaharui) wuduk.”
(HR. Bukhari,no.5404)

:: Hadis 2 ::
dari Anas bin Malik,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ minum susu. Lalu baginda tidak berkumur-kumur dan tidak juga (memperbaharui) wuduk, kemudian baginda solat.”
(HR. Abu Daud,no.197)

NOTA:
Kata Imam an-Nawawi, disunatkan untuk berkumur-kumur selepas minum susu, begitu juga disunatkan berkumur-kumur selepas makan dan minum, supaya tidak ada baki sisa yang tertinggal lalu dia menelannya semasa sedang solat. Juga bagi menghilangkan lekit dan lemaknya serta membersihkan mulutnya (rujuk: Syarh Sahih Muslim,4/46)