dari Abu Najih al-Irbadh bin Sariah,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ memberi nasihat kepada kami yang membuatkan hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran. Maka kami berkata: ‘Ya Rasulullah, seolah-olah ini merupakan nasihat perpisahan, maka berilah kami wasiat’. Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Aku wasiatkan kamu agar bertakwa kepada Allah, tunduk dan patuh kepada pemimpin kamu meskipun yang memimpin kamu adalah seorang hamba. Akan ada dalam kalangan kamu yang hidup (setelah ini) akan menyaksikan banyaknya berlaku perselisihan. Hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk, gigitlah (peganglah dengan kuat) dengan geraham. Hendaklah kamu menghindari perkara yang diada-adakan,kerana semua perkara bid’ah adalah sesat’.”
(HR. Abu Daud,no.4607. at-Tirmidzi,no.2676. Hadis ini dinilai ‘Hasan Sahih’ oleh imam at-Tirmidzi)
No comments:
Post a Comment