Monday, September 16, 2013

Penyakit Dan Musibah Adalah Penghapus Dosa

:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana),maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”
(asy-Syura [42]: ayat 30)

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Ujian sentiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya,anaknya dan hartanya,sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2399. dinilai 'Hasan Sahih' oleh at-Tirmidzi)

:: Hadis 2 ::
dari Abdullah bin Mas'ud,dia berkata,
“Aku pernah menjenguk Rasulullah ﷺ,ketika itu baginda sedang menderita rasa sakit yang sangat berat,lalu aku memegang baginda sambil berkata: ‘Wahai Rasulullah,sepertinya engkau sedang menderita sakit yang sangat berat’. Baginda menjawab: ‘Benar,rasa sakit yang menimpaku ini sama seperti rasa sakit yang menimpa dua orang dari kamu’. Kataku selanjutnya: ‘Sebab itu engkau mendapatkan pahala dua kali lipat’. Baginda menjawab: ‘Benar’. Kemudian baginda bersabda lagi: ‘Tidaklah seorang muslim yang menderita sakit atau yang lain,melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan dedaunannya’.”
(HR. Bukhari,no.5648)

:: Hadis 3 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa musibah seperti keletihan,penyakit,keresahan,kesedihan,gangguan dan kegundahan bahkan duri yang melukainya sekalipun melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya.”
(HR. Bukhari,no.5641)

:: Hadis 4 ::
dari ‘Aisyah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tidaklah sesuatu yang memudaratkan seorang Mukmin walaupun duri yang memusibahkannya,melainkan dituliskan baginya satu kebaikan atau dihapuskan daripadanya satu kesalahan.”
(HR. Muslim,no.2572)

:: Hadis 5 ::
dari Syaddad bin Aus,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla berfirman: ‘Sungguh Aku bila menguji seorang hamba-Ku yang mukmin,lalu ia memujiku atas ujian yang aku timpakan kepadanya,maka ia bangkit dari tempat tidurnya tersebut bersih dari dosa seperti hari ibunya melahirkannya’. Rabb ‘azza wa jalla berfirman: ‘Aku telah menahan hamba-Ku (dari amal soleh) dan Aku mengujinya. Maka berilah dia ganjaran sebagaimana kamu memberikan (menuliskan) ganjaran ketika dia berada dalam keadaan sihat’.”
(HR. Ahmad,no.16496. ath-Thabrani [rujuk: Mu’jam al-Kabir,7/297]. Dinilai ‘Hasan’ oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Silsilah as-Sahihah,4/144]))

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’ kerana terdapat 2 perawi dikritik. Kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yang bernama Ismail bin Ayyash & Rasyid bin Daud al-Son’ani. Ismail bin Ayyash dinilai ‘Dhaif’ oleh imam an-Nasaie (rujuk: adh-Dhu’afa’ wal Matrukin,34). Kata Imam ‘Ali ibnu al-Madini,dia (Ismail bin Ayyash) tsiqah jika dia meriwayatkan dari sahabatnya Ahli Syam,tapi jika dia meriwayatkan dari selain Ahli Syam,maka di dalamnya terdapat kelemahan (rujuk: Abu Ja’far bin Abi Syaibah,Sualat Ibnu Abi Syaibah,233). Kata Imam Ahmad: “Apa yang dia riwayatkan dari al-Syamiyyin (orang-orang Syam) adalah sahih,namun apa yang diriwayatkan dari Ahli Hijjaz tidak sahih” (rujuk: Ibn ‘Adiy,al-Kamil,1/472). Imam al-Bukhari juga berkata: “Apa yang diriwayatkan dari al-Syamiyyin,ianya sahih” (rujuk: Tarikh al-Kabir,1/369). Perawi kedua adalah Rasyid bin Daud al-Son’ani,yang mana dia dinilai ‘Dhaif’ oleh imam ad-Daraquthni (rujuk: Abi Bakr al-Barqani,Sualat al-Barqani,157).

Saturday, September 14, 2013

Sifat Rendah Diri Rasulullah

:: Hadis 1 ::
dari ‘Umar al-Khattab,Nabi ﷺ bersabda,
“Jangan kamu semua berlebih-lebihan memujiku,seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasara (Kristian) terhadap Ibn Maryam (Nabi ‘Isa),sebaliknya aku hanyalah hamba-Nya. Maka kamu sebutlah (kepadaku): ‘Hamba Allah dan Rasul-Nya’.”
(HR. Bukhari,no.3445)

:: Hadis 2 ::
dari Anas bin Malik,ia berkata,
“Tiada seorang pun yang lebih mereka (para sahabat) cintai berbanding Rasulullah ﷺ. Namun,apabila mereka melihatnya,mereka tidak berdiri kerana mereka mengetahui bahawa baginda tidak menyukai perkara tersebut.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2754. Ahmad,no.11895. at-Tirmidzi menilai hadis ini sebagai 'Hasan Sahih Gharib')

Thursday, September 12, 2013

Kelebihan Membaca, Mempelajari dan Mengajar Al-Quran

:: Hadis 1 ::
dari Abu Umamah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Bacalah al-Quran,kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya...”
(HR. Muslim,no.804)

:: Hadis 2 ::
dari Ustman bin Affan,Nabi ﷺ bersabda,
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
(HR. Bukhari,no.4640. at-Tirmidzi,no.2832. Abu Daud,no.1240)

:: Hadis 3 ::

dari 'Abdullah bin Mas'ud,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitabullah (al-Quran),dia mendapat satu kebaikan (pahala). Satu kebaikan digandakan sebanyak sepuluh kali semisalnya. Aku tidak mengatakan 'alif laam miim' itu satu huruf,namun 'alif' satu huruf dan 'miim' satu huruf.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2835. dan beliau menilai hadis ini 'Hasan Sahih Gharib')

:: Hadis 4 ::
dari 'Aisyah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran bersama al-Safarah al-Kiram al-Bararah (para malaikat yang membawa risalah,mulia lagi patuh) dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran.”
(HR. Muslim,no.798)

:: Hadis 5 ::
dari Umar al-Khattab,Rasulullah ﷺ bersabda,
“..Sesungguhnya Allah mengangkat (memuliakan) dengan kitab ini (al-Quran) kaum-kaum dan menjatuhkan dengan kitab ini (al-Quran) golongan yang lain.”
(HR. Muslim,no.817)

:: Hadis 6 ::
dari Abi Musa,Nabi ﷺ bersabda,
“Perumpamaan orang yang beriman yang membaca al-Qur'an ialah seperti buah Utrujjah (limau sitrus),yang baik rasanya dan baik baunya. Dan perumpamaan orang yang beriman yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah tamar (kurma),mempunyai rasa yang baik tetapi tidak berbau. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca al-Qur'an ialah seperti buah Raihana (kemangi),yang baik baunya tetapi pahit rasanya. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah Hanzhalah (labu pahit),pahit rasanya dan tiada apa-apa bau.”
(HR. Bukhari,no.7560. Muslim,no.797)

:: Hadis 7 ::
dari Anas bin Malik,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya Allah mempunyai ahli-Nya dikalangan manusia. Mereka bertanya: ‘Wahai Rasulullah,siapakah mereka?’ Jawab baginda: ‘Mereka ialah ahli al-Quran,ahli Allah dan yang diistimewakan-Nya’.”
(HR. Ibnu Majah,no.215. Hadis ini dinilai 'Hasan' oleh Syaikh Khalid al-Hayek dalam website rasminya pada 'Hadis ke-22' dengan katanya: "Hadis ini Hasan,dan sanadnya Soleh")

:: Hadis 8 ::
dari Abdurrahman bin Syibl,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Bacalah al-Quran,amalkanlah ia. Janganlah melalaikannya,dan jangan pula berlebih-lebihan terhadapnya. Jangan makan hasil darinya,dan jangan memperbanyak harta darinya.”
(HR. Ahmad [rujuk: Sahih al-Jami',no.1164]. dinilai 'Sahih' oleh Syaikh Khalid al-Hayek dalam website rasminya pada 'Hadis ke-25' dengan katanya: "sanadnya Hasan")

:: Hadis 9 ::
dari Abu Hurairah,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Adakah setiap dari kamu suka jika apabila dia pulang bertemu keluarganya nanti,dia mendapati di sana ada tiga ekor unta bunting yang gemuk?” Kami berkata: “Ya”. Baginda pun bersabda: “Maka (ketahuilah bahawa) tiga ayat (al-Quran) yang dibaca oleh setiap seorang daripada kamu di dalam solatnya itu lebih baik daripada tiga ekor unta bunting yang gemuk”.
(HR. Muslim,no.802)

:: Hadis 10 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“..Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka,diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan,maka nasabnya tidak dapat mengangkat darjatnya itu.”
(HR. Muslim,no.2699)

:: Hadis 11 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“al-Quran akan datang pada hari kiamat dan berkata: ‘Wahai Tuhanku berikanlah dia pakaian’,maka diberilah mahkota kemuliaan. Kemudian berkata lagi: ‘Wahai Tuhanku,berilah tambahan’. Maka diberilah pakaian kemuliaan. Kemudian al-Quran berkata: ‘Ya Tuhanku,redhailah dia’. Maka Allah pun meredhainya. Lalu dikatakan kepada orang tersebut: ‘Bacalah dan naiklah,sesungguhnya engkau akan ditambah satu kebaikan pada tiap-tiap ayat’.” 
(HR. at-Tirmidzi,no.2915)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Hasan Sahih' oleh imam at-Tirmidzi setelah meriwayatkan hadis ini. Namun imam at-Tirmidzi juga menjelaskan bahawa hadis ini terdapat jalur kedua yang mauquf (disandarkan kata-katanya kepada) Abu Hurairah (bukan kata-kata Rasulullah). Dan kata imam at-Tirmidzi,jalur mauquf itu lebih sahih dari yang marfu’. Akan tetapi,hadis jalur kedua (mauquf) ini dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh Khalid al-Hayek dalam website rasmi beliau (pada hadis ke-13),kerana dalam sanadnya terdapat perawi yang bernama As̄im bin Bahdalah iaitu As̄im bin Abi an-Najud. Dia seorang qari yang terkenal dan mahsyur,namun dia 'Dhaif' menurut ulama’. Kata Syaikh lagi,walaupun sebahagian ulama’ menilainya 'Hasan',akan tetapi tafarrud (bersendirinya) dia dalam periwayatan tidak boleh diterima. Wallahua’lam.

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

:: Hadis 1 ::
dari Abu Sa'id Al-Khudri,ia berkata,
“Seseorang mendengar seseorang yang lain membaca ‘Qul huwallahu ahad’ berulang kali. Pada keesokan paginya,orang yang mendengar tersebut pergi bertemu dengan Rasulullah ﷺ lalu menceritakan hal itu dengan nada seolah-olah merendah-rendahkan surah itu. Maka Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya,sesungguhnya surah itu setanding dengan sepertiga al-Quran’.”
(HR. Bukhari,no.6643)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Darda’,Nabi ﷺ bersabda,
“Adakah setiap daripada kamu merasa sukar untuk membaca satu pertiga al-Quran dalam tempoh semalaman?” Para sahabat berkata: ‘Bagaimana seseorang boleh membaca satu pertiga al-Quran?’ Sabda Nabi SAW: ‘Qul huwallahu ahad’ menyamai satu pertiga al-Quran’.”
(HR. Muslim,no.811)

:: Hadis 3 ::
dari 'Aisyah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ melantik seorang lelaki mengetuai sekumpulan tentera risikan. Ketika lelaki ini menjadi imam bagi kumpulan tenteranya,beliau membaca sehingga akhir ‘Qul huwallahu ahad’. Apabila kumpulan tentera ini pulang,mereka menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah ﷺ. Sabda Rasulullah ﷺ: ‘Tanyakan kepadanya mengapa dia melakukannya?’ Para sahabat bertanya kepada lelaki tersebut dan beliau menjawab: ‘Kerana ia mengandungi sifat al-Rahman,dan aku suka untuk membacanya’. Maka Rasulullah ﷺ pun bersabda: ‘Khabarkan kepada dia,bahawa Allah menyayanginya’.”
(HR. Bukhari,no.7375. Muslim,no.813)

:: Hadis 4 ::
dari Abu Hurairah,ia berkata,
“Aku berjalan bersama-sama dengan Rasulullah ﷺ dan baginda terdengar seorang lelaki membaca ‘Qul huwallahu ahad’. Baginda lantas berkata: ‘Wajib’. Aku berkata: ‘Apakah yang wajib?’ Sabda Nabi ﷺ: ‘Syurga’.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2897. an-Nasaie,no.994. at-Tirmidzi berkata,hadis ini 'Hasan Sahih Gharib')

Wednesday, September 4, 2013

Kesan Meninggalkan Solat Asar

:: Hadis 1 ::
dari Buraidah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“...Sesiapa yang meninggalkan solat Asar,maka sia-sialah amalnya.”
(HR. Bukhari,no.553)

:: Hadis 2 ::
dari Ibnu Umar,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang terlepas solat Asar maka seolah-olah dia kehilangan ahli keluarga dan hartanya.”
(HR. Bukhari,no.552)

Kelebihan Solat Fardhu (Wajib) 5 Waktu

:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan mereka yang tetap memelihara solatnya,mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi,yang akan mewarisi Syurga Firdaus,mereka kekal didalamnya.”
(al-Mukminun [23]: ayat 9-11)

:: Hadis 1 ::
dari Abdullah bin Mas'ud,dia berkata,
“Ada seorang lelaki mencium seorang wanita. Kemudian lelaki itu memberitahu perkara berkenaan kepada Nabi ﷺ. Dengan sebab itu,Allah menurunkan ayat al-Quran yg bermaksud: ‘Tunaikanlah sembahyang antara waktu siang dan malam. Sebenarnya,pahala daripada amalan baik itu dapat menghapuskan semua dosa amalan jahat’ (Hud [11]: ayat 114). Lelaki itu bertanya: ‘Wahai Rasulullah,adakah ayat itu ditujukan kepadaku sahaja?’ Rasulullah menjawab: ‘Untuk seluruh umatku’.”
(HR. Bukhari,no.526)

:: Hadis 2 ::
dari Abdullah,dia berkata,
“Seorang lelaki datang kepada Rasulullah ﷺ lalu dia berkata: ‘Ya Rasulullah! Aku telah berdosa,kerana aku bermesraan dengan seorang perempuan di pinggir kota Madinah. Aku telah melakukan dosa dengannya,kecuali bersetubuh. Maka hukumlah aku dengan hukuman apa sahaja yang engkau kehendaki’. Maka Umar bin Khatthab berkata kepadanya: ‘Seandainya engkau menutup rahsia dirimu,nescaya Allah sudah tutup kesalahanmu itu’. Nabi ﷺ tidak membantah sedikitpun ucapan Umar tersebut. Maka berdirilah lelaki itu,kemudian dia pergi. Lalu Nabi ﷺ menyuruh seseorang menyusul dan memanggilnya kembali. Kemudian baginda membaca kepadanya ayat ini: ‘Dan dirikanlah solat,pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan kejahatan (dosa). Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat’ (Hud [11]: ayat 114). Maka bertanyalah seseorang dari suatu kaum yang hadir: ‘Ya Nabiyullah! Adakah ayat itu ditujukan khusus untuknya sahaja?’ Nabi ﷺ menjawab: ‘Bahkan untuk seluruh umat manusia’.”
(HR. Muslim,no.2763)

:: Hadis 3 ::
dari Uthman bin Affan,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Seorang Muslim yang hendak mendirikan solat lima waktu apabila tiba waktunya,lalu berwudhuk dengan sempurna. Kemudian dia solat penuh tumpuan (khusyuk) serta sempurna juga rukuknya. Solat itu menghapuskan semula dosa yang dilakukan oleh orang itu,sebelum dia mendirikan solat berkenaan. Kelebihan ini diberikan kepada orang itu dengan syarat dia tidak melakukan dosa besar sebelum dia mendirikan solat itu. Kelebihan ini diberikan pada sepanjang masa”.
(HR. Muslim,no.228)

:: Hadis 4 ::
dari Abdullah ibnu Mas'ud,ia berkata,
“Aku pernah bertanya kepada Nabi ﷺ: ‘Amalan apakah yang paling dicintai Allah?’ Baginda bersabda: ‘Solat pada waktunya’. Aku bertanya lagi: ‘Kemudian apa?’ Baginda menjawab: ‘Berbakti kepada kedua orang tua’. Aku bertanya lagi: ‘Kemudian apa lagi?’ Baginda menjawab: ‘Berjihad di jalan Allah’. Aku melanjutkan: ‘Baginda sudah memberitahu kepadaku semuanya,sekiranya aku minta tambahan,nescaya baginda pun akan menambah (amalan) lain kepadaku’.”
(HR. Bukhari,no.5970. Muslim,no.85)

:: Hadis 5 ::
dari Ibnu Mas'ud,dia berkata,
“Aku bertanya kepada Rasulullah ﷺ,aku katakan: ‘Wahai Rasulullah,apakah amalan yang paling afdhal?’ Baginda menjawab: ‘Solat pada waktunya’. Kemudian aku tanyakan lagi: ‘Kemudian apa?’ Baginda menjawab: ‘Kemudian berbakti kepada kedua orang tua’. Lalu aku tanya lagi: ‘Kemudian apa lagi?’ Baginda menjawab: ‘Jihad di jalan Allah’. Maka aku berhenti bertanya kepada Rasulullah ﷺ. Sekiranya aku menambah terus pertanyaan,baginda pasti akan menambah jawapannya kepadaku”.
(HR. Bukhari,no.2782. Muslim,no.85)

:: Hadis 6 ::
dari Abu Hurairah,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Bagaimana pendapat kamu seandainya ada sungai di depan pintu rumah salah seorang dari kamu,lalu dia mandi lima kali setiap hari? Apakah kamu merasa masih akan ada kotoran (daki) yang tersisa padanya?” Para sahabat menjawab: “Tidak akan ada yang tersisa sedikitpun kotoran padanya”. Lalu baginda bersabda: “Seperti itu pula dengan solat lima waktu,dengannya Allah menghapus kesalahan-kesalahan dengannya”.
(HR. Bukhari,no.528. Muslim,no.667)

:: Hadis 7 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Solat lima waktu dan solat Jumaat ke Jumaat berikutnya,Ramadhan ke Ramadhan berikutnya akan menghapuskan dosa di antara keduanya selama mana dia menjauhi dosa-dosa besar”.
(HR. Muslim,no.233)

:: Hadis 8 ::
dari Abdullah bin Amru,bahawa Nabi ﷺ pernah menyebut tentang solat kemudian baginda bersabda,
“Sesiapa yang menjaga solatnya,maka solatnya itu akan menjadi cahaya baginya,dan bukti serta penyelamat pada hari kiamat. Dan sesiapa yang tidak menjaga solatnya maka tiadalah baginya mendapat cahaya,bukti dan keselamatan pada hari kiamat,malah pada hari itu dia akan (dibangkitkan) bersama-sama dengan Fira’un,Haman,Qorun dan Ubai bin Khalaf.”
(HR. Ahmad,no.6288. dinilai 'Sahih' oleh Syaikh 'Abdul 'Aziz at-Tharifi)

:: Hadis 9 ::
dari Abu Musa al-Asy'ari,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“..Solat adalah cahaya..”
(HR. Muslim,no.223)

:: Hadis 10 ::
dari Tsauban (bekas hamba Nabi ﷺ),ketika dia ditanya oleh Ma'dan bin Abi Thalhah al-Ya'mari tentang amalan yang boleh membuatkan Allah memasukkannya ke dalam syurga atau amalan yang paling disukai Allah,dia (Tsauban) menjawab,
“..Aku pernah menanyakan hal tersebut kepada Rasulullah ﷺ,maka baginda menjawab: ‘Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah,kerana tidaklah kamu bersujud kepada Allah dengan sekali sujud,melainkan Allah akan mengangkat satu darjatmu,dan menghapuskan satu dosa’.”
(HR. Muslim,no.488)

:: Hadis 11 ::
dari Abu Hurairah,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“...Neraka akan melahap anak cucu Adam kecuali tanda bekas sujudnya..”
(HR. Bukhari,no.7437. Muslim,no.267)

:: Hadis 12 ::
dari Abu Hurairah,bahawa Nabi ﷺ bersabda,
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan rasul-Nya,mendirikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadan,maka Allah berhak memasukkannya ke dalam syurga,sama ada dia berhijrah fi sabilillah atau duduk di tempat tinggalnya,tempat dia dilahirkan...”
(HR. Bukhari,no.7423)

:: Hadis 13 ::
dari Abu Musa al-Asy'ari,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Barangsiapa yang menunaikan dua solat yang sejuk (Subuh dan Asar) akan masuk syurga.”
(HR. Bukhari,no.574. Muslim,no.635)

:: Hadis 14 ::
dari Hudzaifah,dia berkata,
“Kami pernah duduk bersama 'Umar,lalu dia berkata: ‘Siapa di antara kamu yang masih ingat sabda Rasulullah ﷺ tentang fitnah?’ Akupun menjawab: ‘Aku masih ingat seperti yang baginda sabdakan!’ 'Umar bertanya: ‘Apakah kau dengar dari baginda sendiri atau dari orang lain?’ Jawabku: ‘Fitnah (musibah) seorang lelaki dalam keluarganya (isterinya),hartanya,anaknya dan jirannya dapat dihapuskan dengan solat,puasa dan sedekah serta mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran’...”
(HR. Bukhari,no.525. Muslim,144)

:: Hadis 15 ::
dari Thalhah bin 'Ubaidillah,dia berkata,
“Seorang lelaki daripada Najd yang rambutnya kusut-masai datang kepada Rasulullah ﷺ,kami mendengar suaranya yang kuat tapi tidak memahami apa yang diucapkannya,sehinggalah dia menghampiri kami barulah kami tahu dia bertanya mengenai Islam. Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Hendaklah kamu solat lima waktu sehari semalam’. Lelaki itu bertanya: ‘Adakah aku perlu lagi solat yang lain?’ Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Tidak,melainkan jika kamu mahu,kamu boleh mendirikan solat-solat sunat’. Rasulullah ﷺ melanjutkan sabdanya: ‘Dan puasa Ramadhan’. Lelaki itu bertanya: ‘Adakah aku perlu lagi puasa yang lain?’ Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Tidak,melainkan jika kamu mahu,kamu boleh melakukan puasa-puasa sunat’. Rasulullah ﷺ melanjutkan sabdanya: ‘Zakat’. Lelaki tersebut bertanya: ‘Adakah kewajiban kami selain daripada itu?’ Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Tidak,kecuali jika kamu mahu bersedekah sunat’. Lalu,lelaki tersebut pergi dan berkata: ‘Demi Allah,aku tidak akan tambah atau menguranginya’. Maka Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Beruntunglah dia,jika apa yang diucapkannya itu benar-benar ditepatinya’.”
(HR. Bukhari,no.46)

3 Jenis Doa Mustajab: Orang Yang Dizalimi, Orang Musafir Dan Doa Ibu Bapa Kepada Anaknya

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“3 doa yang mustajab,tidak ada keraguan padanya: doa org yang dizalimi, doa orang yang musafir dan doa orang tua untuk anaknya.”
(HR. at-Tirmidzi,no.1905. Abu Daud,no.1536. Ibnu Majah,no.3862. Bukhari [rujuk: al-Adab al-Mufrad,no.32]. Dan Ini lafaz at-Tirmidzi)

NOTA:
Hadith ini dinilai 'Hasan' oleh Syaikh al-Albani (rujuk: Sahih al-Adabul Mufrod,no.24)

Malaikat Mendoakan Orang Yang Mendoakan Orang lain Tanpa Pengetahuannya

dari Abu Darda',Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tidak ada seorang hamba yang muslim,apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya),melainkan malaikat berkata kepadanya: ‘Dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)’.”
(HR. Muslim,no.4912)

Kelebihan Zikir 'La Hawla Walaa Quwwata illa Billah'

dari Abu Musa,dia berkata,
“Kami dahulu pernah bersama dengan Nabi ﷺ (dalam suatu permusafiran). Orang ramai bertakbir dengan kuat. Lalu Nabi ﷺ bersabda: ‘Wahai sekalian orang,kasihanilah diri kamu sendiri,sesungguhnya kamu semua bukan memohon kepada Dzat yang pekak dan jauh,sebaliknya kamu semua berdoa kepada tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha memerhatikan. Kemudian baginda datang kepadaku,ketika itu aku membaca: 
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
La ẖaula wala quwwata illa billah.
Baginda bersabda kepadaku: ‘Wahai ‘Abd Allah bin Qais,ucapkanlah: La ẖaula wala quwwata illa billah,sesungguhnya ia adalah salah satu perbendaharaan (harta bernilai yang tersimpan) di dalam syurga’.”
(HR. Bukhari,no.6384. Muslim,no.2704)

Zikir Paling Afdhal 'La ila Ha ilallah'?

dari Jabir bin ‘Abdillah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sebaik-baik zikir adalah:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه
La ila ha illallah
dan doa yang paling afdhal adalah: Alẖamdulillah.”
(HR. at-Tirmidzi,no.3383. Ibnu Majah,no.3800. dinilai 'Hasan' oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Sahih at-Targhib,2/220])

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh imam at-Tirmidzi sendiri selepas beliau meriwayatkan hadis ini dengan katanya: “hadis Hasan Gharib”. Hadis ini Dhaif kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Musa bin Ibrahim bin Katsir,yg mana Ibnu Hajar berkata: “Soduq,namun terdapat kesalahan” (rujuk: at-Taqrib,549). Hadis ini juga dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh Musthofa al-'Adawi dalam video beliau,ketika beliau ditanyakan tentang hadis ini,dengan katanya: “Tidak Sahih Sanadnya”.

Kelebihan Tasbih (Subhanallah) dan Tahmid (Alhamdulillah)

dari abu Malik al-Asy'ari,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Bersuci itu separuh daripada keimanan. (Ucapan) Alhamdulillah akan memenuhi timbangan. (Ucapan) Subhanallah dan Alhamdulillah akan memenuhi antara langit dan bumi. Solat adalah cahaya. Sedekah adalah bukti (keimanan). Sabar adalah cahaya. Al-Quran akan menjadi hujah untuk kamu atau menjadi hujah (untuk menghukum) ke atas kamu. Setiap manusia akan keluar pada waktu pagi lalu menjual dirinya untuk dibebaskan atau dimusnahkan.”
(HR. Muslim,no.223)

Larangan Kencing Dalam Lubang?

dari ‘Abdullah bin Sarjis,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ pernah melarang kencing di dalam lubang. Orang ramai pernah bertanya kepada Qatadah: ‘kenapa dibenci kencing di dalam lubang?’ Beliau menjawab: ‘dikatakan ia merupakan tempat tinggal jin’.”
(HR. Abu Daud,no.29. an-Nasaie,no.34)

NOTA:
Hadis ini diperselisihi tentang kesahihannya. Ada ulama' menilai 'Sahih',ada ulama' yg menilai 'Dhaif'. Mereka berselisih sama ada perawi Qatadah bin Da’amah dan ‘Abdullah bin Sarjis pernah bertemu atau tidak. Ada ulama' yg berkata,bahawa mereka pernah bertemu,seperti Abu Hatim ar-Razi (rujuk: al-Marasil,175),'Ali al-Madini,Ibnu Khuzaimah dan Ibn al-Sakan,menurut Ibnu Hajar al-Asqalani (rujuk: al-Talkhisul Habir,1/116),ibnu al-Mulaqqin (rujuk: al-Badrul Munir,2/321) dan al-'Iraqi (rujuk: Zahr al-Rabbi,1/33).

Namun ada ulama' yg menilai hadis ini sebagai 'Dhaif' kerana Qatadah dan Abdullah bin Sarjis tidak pernah bertemu,seperti Abu Zur'ah (rujuk: al-Marasil,175). Hadis ini juga dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh al-Huweini (rujuk: an-Nafilah fi al-Ahadith ad-Dha'ifah wa al-Bathilah,no.159). Namun,disisi beliau,Dhaif-nya hadis ini bukan kerana Qatadah tidak pernah bertemu dengan Abdullah bin Sarjis,akan tetapi Qatadah seorang perawi yg melakukan 'Tadlis' (menipu dengan cara 'mengaburi' nama guru) seperti yg dikatakan oleh Ibnu Jarir di beberapa tempat (dalam: Tahzib al-Atsar),bahawa Qatadah terkenal dengan melakukan 'Tadlis' di sisi mereka.
wallahua'lam bissowab.

Cara Menegur Kesilapan Imam Dalam Solat

dari Sahl bin Sa'ad,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Bertasbih (mengucapkan Subhanallah) itu untuk lelaki,menepuk (belakang tapak tangan) pula untuk wanita.”
(HR. Bukhari,no.1203. Abu Daud,no.939. an-Nasaie,no.1210)

6 Bacaan Dalam Sujud Yang Sahih (Rumi & Arab)

:: Hadis 1 ::
 سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى
Subẖana Robbiyal A'la
[Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi]

(HR. Muslim,no.772. dari Hudzaifah)

:: Hadis 2 ::
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
SubẖanakAllahumma Robbana Wa Biẖamdika, Allahummagh-firli
[Maha Suci Engkau Ya Allah, Tuhan kami, Dan Segala Puji bagi-Mu, Ya Allah ampunilah aku]

(HR. Bukhari,no.794 & 817. Muslim,no.484. dari ‘Aisyah)

:: Hadis 3 ::
سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ
Subbuẖun Quddusun Robbul Malaikati War-Ruẖ
[Maha Suci, Maha Kudus, Tuhan Malaikat dan Ruh (Jibril)]

(HR. Muslim,no.487. dari ‘Aisyah)

:: Hadis 4 ::
سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Subẖanaka Wa Biẖamdika, Laa ilaa Ha illaa Anta
[Maha Suci Engkau dan Segala Puji Bagi-Mu, Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Engkau]

(HR.Muslim,no.485. dari Ibnu Juraij)

:: Hadis 5 ::
سُبْحَانَ ذِي الْجَبَرُوتِ ، وَالْمَلَكُوتِ ، وَالْكِبْرِيَاءِ ، وَالْعَظَمَةِ
Subẖana Dzil Jabaruts, Wal Malakuts, Wal Kibriya-i,Wal ‘Azhomah
[Maha Suci Tuhan yang memiliki kekuasaan, pemerintahan, kebesaran dan kemuliaan]

(HR. Abu Daud,no.873. dari ‘Auf bin Malik. dinilai Sahih oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz at-Tharifi dalam Sifatu Solatin Nabi)

:: Hadis 6 ::
 اللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ ، وَبِكَ آمَنْتُ ، وَلَكَ أَسْلَمْتُ ، سَجَدَ وَجْهِي لِلَّذِي خَلَقَهُ ، وَصَوَّرَهُ ، وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ ، تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
Allahumma Laka Sajadtu, Wa Bika Amantu, Wa Laka Aslamtu, Sajada Wajhi Lilladzi Kholaqoh, Wa Sowwaroh, Wa Syaqqo Sam‘ahu Wa Basoroh, TabarokAllahu Asanul Kholiqin
[Ya Allah, kepada-Mu aku sujud, dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku menyerah, Engkaulah Tuhan ku, wajahku sujud kepada yang Menciptanya, yang membentuknya, yang membelah pendengaran dan penglihatannya. Allah yang penuh keberkatan, sebaik-baik pencipta]

(HR. Muslim,no.771. dari ‘Ali)

6 Bacaan Dalam Rukuk Yang Sahih (Rumi & Arab)

:: Hadis 1 ::
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ
Subẖana Robbiyal ‘Azhim
[Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung]

(HR. Muslim,no.772. dari Hudzaifah)

:: Hadis 2 ::
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
SubẖanakAllahumma Robbana Wa Biẖamdika, Allahummagh-firli
[Maha Suci Engkau Ya Allah, Tuhan kami, Dan Segala Puji bagi-Mu, Ya Allah ampunilah aku]

(HR. Bukhari,no.794 & 817. Muslim,no.484. dari ‘Aisyah)

:: Hadis 3 ::
سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ
Subbuẖun Quddusun Robbul Malaikati War-Ru
[Maha Suci, Maha Kudus, Tuhan Malaikat dan Ruh (Jibril)]

(HR. Muslim,no.487. dari ‘Aisyah)

:: Hadis 4 ::
سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Subẖanaka Wa Biẖamdik, Laa ilaa Ha illaa Anta
[Maha Suci Engkau dan Segala Puji Bagi-Mu, Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Engkau]

(HR.Muslim,no.485. dari Ibnu Juraij)

:: Hadis 5 ::
سُبْحَانَ ذِي الْجَبَرُوتِ ، وَالْمَلَكُوتِ ، وَالْكِبْرِيَاءِ ، وَالْعَظَمَةِ
Subẖana Dzil Jabaruts, Wal Malakuts, Wal Kibriya-i,Wal ‘Azhomah
[Maha Suci Dzat yang memiliki kekuasaan, pemerintahan, kebesaran dan kemuliaan]

(HR. Abu Daud,no.873. dari ‘Auf bin Malik. dinilai Sahih oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz at-Tharifi dalam kitabnya 'Sifat Solat Nabi')

:: Hadis 6 :: 
اللَّهُمَّ لَكَ رَكَعْتُ ، وَبِكَ آمَنْتُ ، وَلَكَ أَسْلَمْتُ ، خَشَعَ لَكَ سَمْعِي ، وَبَصَرِي ، وَمُخِّي ، وَعَظْمِي ، وَعَصَبِي 
Allahumma Laka Roka’tu, Wa Bika Amantu, Wa Laka Aslamtu, Khosya-‘a Laka Sam-‘i, Wa Basori,Wa Mukh-khi,Wa ‘Azhmi, Wa 'Asobi
[Ya Allah, kepada-Mu aku ruku’, dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku menyerah, pendengaranku, pandanganku, akan fikiran ku, tulang ku, dan kekuatanku semuanya tunduk kepada-Mu]

(HR. Muslim,no.771. dari ‘Ali)