Thursday, March 26, 2015

Larangan Penjualan Anjing, Pelacuran dan Upah Tukang Bekam

dari Rafi' bin Khadij,Nabi ﷺ bersabda,
“Seburuk-buruk penghasilan adalah mahar (bayaran) pelacur,harga anjing dan penghasilan perbekaman.”
(HR. Muslim,no.1568)

NOTA:
Disisi mazhab Syafi'i,hukum upah bekam tidak haram,namun makruh sekiranya ia digunakan untuk makanan kerana melibatkan bahan najis (iaitu darah). Upah bekam digunakan untuk diberi makan kepada haiwan.
(rujuk: al-Mu'tamad,2/560)

Adapun tentang dalil² yang membolehkan upah bekam,rujuk & klik di sini:


Thursday, February 26, 2015

Tidak Kuatkan Bacaan Basmallah Ketika Solat (Bagi Imam)

:: Hadis 1 ::
dari Anas bin Malik,ia berkata,
“Nabi ﷺ,Abu Bakar dan ‘Umar kebiasaannya memulakan solat dengan membaca: Alhamdulillahi rabbil ‘alamin (Surah al-Fatihah).”
(HR. Bukhari,no.743. Muslim,no.399. Abu Dawud,no.782. ar-Tirmidzi,no.246. an-Nasaie,no.902)

:: Hadis 2 ::
dari Aisyah,ia berkata,
“Rasulullah ﷺ memulakan solat dengan takbir dan membaca: Alhamdulillahi rabbil ‘alamin...”
(HR. Muslim,no.498)

NOTA:
'Basmallah' wajib dibaca kerana Basmallah salah 1 daripada ayat dalam surah al-Fatihah menurut mazhab Syafi'e (rujuk: Imam Nawawi,al-Majmu' Syarh al-Muhadzab,3/333)..cuma sunat dipelankan menurut mazhab Hanbali dan Hanafi (rujuk: Ibnu Rajab,Fath al-Bari,5/200. Ibnu Katsir,Tafsir Ibnu Katrsir,1/118)..menurut pandangan mazhab Syafi'e,sunat di jahr (kuatkan) Basmallah (rujuk: imam Nawawi,al-Majmu',3/341),berdasarkan hadis:

dari Nu’aim bin al-Mujmir,ia berkata,
“Aku solat di belakang Abu Hurairah,beliau membaca ‘Bismillahirrahmanirrahim’,lalu membaca ummu al-Quran. Sehingga apabila sampai pada ayat ‘Waladh-dhalim’ dan membaca ‘amin’,kemudian orang-orang juga mengikutinya membaca ‘amin’. Beliau ketika akan sujud membaca ‘Allahu Akbar’ dan ketika bangun dari duduk membaca ‘Allahu Akbar’. Setelah salam beliau berkata: ‘Demi Zat yang jiwaku berada dalam tangan-Nya,sesungguhnya aku adalah orang yang solatnya paling menyerupai Rasulullah di antara kamu’.”
(HR. an-Nasaie,no.905. Namun hadis ini diperselisihi kesahihannya. Ada yang mengatakan 'Dhaif',ada yang mengatakan 'Sahih')

Sunday, February 2, 2014

Sedekahkan Sesuatu Atas Nama Orang Yang Sudah Meninggal Dunia

dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Sesungguhnya seorang lelaki berkata kepada Nabi ﷺ: ‘Sesungguhnya ibuku meninggal dunia secara mengejut (tiba-tiba) dan aku menyangka kalau dia dapat bercakap nescaya dia akan bersedekah,maka adakah dia mendapat pahala sekiranya aku bersedekah untuknya?’ Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Ya’.”
(HR. Bukhari,no.1388)

dalam lafaz lain,
“..ibuku meninggal dunia dengan mendadak dan tidak sempat berwasiat..”
(HR. Muslim,no.1004)

Ketika Mendengar Kokokan Ayam Jantan Dan Suara Keldai

dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Jika kamu mendengar ayam berkokok,maka mohonlah kepada Allah akan kurniaan-Nya,kerana ia (ayam) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi (suara) keldai,maka mohon perlindunganlah kepada Allah daripada Syaitan,kerana ia (keldai) sedang melihat syaitan.”
(HR. Bukhari,no.3058. Muslim,no.4908. at-Tirmidzi,no.3459. Abu Daud,no.5102)

NOTA:
Kita dianjurkan untuk berdoa ketika terdengar kokokkan ayam dengan apa-apa saja jenis doa yang baik. Sebagaimana kata Imam ‘Iyadh: “Sebab kita dianjurkan berdoa ketika ayam berkokok adalah mengharapkan ucapan amin dari Malaikat untuk doa kita dan permohonan ampun mereka kepada kita,serta persaksian mereka akan keikhlasan kita. Faedah yang boleh diambil daripada hadis ini adalah tuntutan untuk berdoa ketika hadirnya orang-orang yang soleh.” (rujuk: Ibnu Hajar al-Asqalani,Fath al-Bari,6/353)

Monday, December 16, 2013

Mengusap Ubun-Ubun Ketika Berwudhuk Bahagian Kepala

dari Mughirah bin Syu'bah,ia berkata,
“Rasulullah ﷺ tertinggal di belakang bersama aku. Apabila baginda selesai menunaikan hajatnya,baginda berkata: ‘Adakah engkau mempunyai air?’ Aku pun membawakan air yang suci kepada baginda,lalu baginda membasuh kedua tapak tangannya,wajahnya,kemudian baginda cuba mengeluarkan lengannya (dari pakaian) tetapi terlalu ketat. Lalu baginda mengeluarkan tangannya dari bawah bajunya,lalu bajunya diletakkan atas bahunya. Lalu baginda membasuh kedua lengannya,dan menyapu ubun-ubun kepalanya dan di atas serban serta khuf.”
(HR. Muslim,no.274)

Wednesday, December 4, 2013

Doa Moga Tetap Taat Kepada Allah

dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-'As̄,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya,hati-hati anak Adam (manusia) semuanya di antara dua jari dari jari-jari Allah yang Maha Pemurah seperti satu hati. Dia memalingkannya mengikut kehendak-Nya”. Kemudian Rasulullah ﷺ berdoa:
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Allahumma Musorrifal-Qulub, Sorrif Qulu-Bana ‘Alaa Tho‘atik
(Ya Allah, Yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami untuk taat kepada-Mu).”
(HR. Muslim,no.2654)

Monday, November 25, 2013

Doa Tambahan Rasulullah Ketika Sujud

dari Abu Hurairah,ia berkata,
“Rasulullah ﷺ membaca di dalam sujud:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ وَجِلَّهُ وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَعَلاَنِيَتَهُ وَسِرَّهُ
Allahummagh-Firli Dzanbi Kullahu, Diqqahu Wa Jillahu, Wa Awwalahu Wa Akhirahu, Wa ‘Alani-Yatahu Wa Sirrah
(Ya Allah, ampuni dosa ku kesemuanya. (Dosa yang) kecil, besar, yang awal, yang akhir, yang dibuat secara terbuka dan dibuat secara sembunyi)’.”
(HR. Muslim,no.483)

Monday, November 4, 2013

Suami Membantu Isteri Di Rumah Adalah Sunnah

:: Hadis 1 ::
dari al-Aswad,dia berkata,
“Aku bertanya kepada ‘Aisyah: ‘Apa yang Rasulullah ﷺ lakukan di rumahnya?’ Beliau menjawab: ‘Baginda membantu berkhidmat menguruskan urusan keluarga. Apabila masuknya waktu solat,baginda keluar mendirikan solat’.”
(HR. Bukhari,no.6039)

:: Hadis 2 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Aku ditanya: ‘Apakah yang biasa dilakukan oleh Rasulullah ﷺ di dalam rumahnya?’. Aku jawab: ‘Baginda sama dengan manusia yang lain,baginda membersihkan pakaiannya,memerah susu kambingnya dan mengurus (keperluan) dirinya sendiri’.”
(HR. Ahmad,26194. Bukhari [rujuk: al-Adab al-Mufrad,no.541]. at-Tirmidzi [rujuk: Syamail Muhammadiyah,335]. Dan ini lafaz riwayat Ahmad)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Sahih' oleh Syaikh al-Albani (rujuk: Silsilah as-Sahihah,671).

:: Hadis 3 ::
dari ‘Aisyah,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya,dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila salah seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia,maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya).”
(HR. at-Tirmidzi,no.3895. Dinilai Hasan Gharib Sahih oleh imam at-Tirmidzi)

Sunday, November 3, 2013

Redakan Demam Dengan Air

:: Hadis 1 ::
dari Ibnu ‘Umar,Nabi ﷺ bersabda,
“Demam itu berasal daripada kepanasan api neraka Jahannam,maka padamkanlah (api itu) dengan air.”
(HR. Bukhari,no.5723. Muslim,no.2209)

:: Hadis 2 ::
dari Asma’ binti Abu Bakar,dia berkata,
“Dahulunya apabila didatangkan kepadanya perempuan yang demam untuk didoakan baginya,dia mengambil air,lalu menuangkannya di sekitar dadanya,beliau berkata: ‘Rasulullah ﷺ pernah memerintahkan kami untuk menyejukkannya dengan air’.”
(HR. Bukhari,no.5724)

:: Hadis 3 ::
dari ‘Aisyah,Nabi ﷺ bersabda,
“Demam itu berasal daripada kepanasan api neraka Jahannam,maka sejukkanlah ia dengan air.”
(HR. Bukhari,no.5725)

:: Hadis 4 ::
dari Rafi‘ bin Khadij,Nabi ﷺ bersabda,
“Demam itu berasal daripada kepanasan api neraka Jahannam,maka sejukkanlah ia dengan air.”
(HR. Bukhari,no.5726)

Friday, October 25, 2013

Rasulullah Memohon Ampun Lebih 70 kali Sehari

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Demi Allah,sesungguhnya aku beristighfar (memohon ampun) kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali.”
(HR. Bukhari,no.6307)

:: Hadis 2 ::
dari al-Aghar al-Muzani,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya dilitupi pada hatiku (dengan kelalaian daripada berzikir) dan aku beristighfar (memohon ampun) kepada Allah,sehari 100 kali.”
(HR. Muslim,no.7033)

Hadis Cendawan

dari Sa'id bin Zaid,Rasulullah ﷺ bersabda,
“al-Kam’ah (Cendawan) itu berasal dari 'Manna' (yang Allah turunkan kepada orang bani Israel) dan airnya penyembuh sakit mata.”
(HR. Bukhari,no.5708. Muslim,no.5463)

NOTA:
Disebabkan cendawan mempunyai banyak jenis,maka tidak dapat dipastikan cendawan yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ.
Wallahua'lam.

Tuesday, October 15, 2013

Sederhana Dalam Beribadah

:: Hadis 1 ::
dari ‘Abdullah bin ‘Amru,ia berkata,
“Disampaikan kepada Rasulullah ﷺ,bahawa ada seseorang (aku) mengatakan: ‘Sesungguhnya,aku akan solat sepanjang malam,dan puasa sepanjang hari selama hidupku’. maka Rasulullah bertanya: ‘Benarkah kamu yang berkata begitu?’ Aku menjawab: ‘Benar,wahai Rasulullah’. Rasulullah bersabda: ‘Kamu tidak mampu melakukannya. Kamu berpuasalah sehari dan berbukalah sehari. Kamu tidur dan bangunlah solat (malam). Puasalah tiga hari dalam sebulan. Kerana setiap perbuatan baik dibalas sepuluh kali ganda,oleh itu puasa tiga hari sebulan seperti berpuasa sepanjang masa’. Aku berkata: ‘Aku mampu buat lebih daripada itu’. Rasulullah menjawab: ‘Sekiranya begitu,puasalah sehari dan berbukalah dua hari’. Aku berkata lagi: ‘Aku mampu buat lebih daripada itu’. Rasulullah menjawab: ‘Sekiranya begitu puasalah sehari dan berbukalah sehari. Itulah puasa Nabi Daud dan itulah puasa yang paling baik’. Aku berkata lagi: ‘Aku mampu buat lebih daripada itu’. Rasulullah pun menjelaskan: ‘Tidak ada yang lebih baik daripada itu’. (Apabila ‘Abdullah bin ‘Amru sudah tua),aku berkata: ‘Andainya aku menerima anjuran supaya berpuasa tiga hari sebulan yang disebut oleh Rasulullah dahulu,itu aku lebih suka berbanding keluarga dan hartaku’.”
(HR. Muslim,no.1962)

:: Hadis 2 ::
dari Anas bin Malik,dia berkata,
“Ada tiga orang mendatangi rumah isteri-isteri Nabi ﷺ dan bertanya tentang ibadah Nabi ﷺ. Dan setelah dikhabarkan kepada mereka,merekapun merasakan yang ibadah mereka terlalu sedikit berbanding ibadah Nabi. Mereka berkata: ‘Ibadah kita tidak ada apa-apanya dibanding Rasulullah ﷺ,bukankah baginda sudah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan juga yang akan datang?’ Salah seorang dari mereka berkata: ‘Sungguh,aku akan melaksanakan solat malam selama-lamanya’. Kemudian yang lain berkata: ‘Kalau aku,maka sungguh,aku akan berpuasa Dahr (setahun penuh) dan aku tidak akan berbuka (berpuasa setiap hari sepanjang tahun)’. Dan yang lain lagi berkata: ‘Aku akan menjauhi wanita dan tidak akan bernikah selama-lamanya’. Kemudian datanglah Rasulullah ﷺ kepada mereka seraya bertanya: ‘Kamu berkata begini dan begitu. Ada pun aku,demi Allah,adalah orang yang paling takut kepada Allah di antara kamu,dan juga yang paling bertakwa. Aku berpuasa dan juga berbuka,aku solat dan juga tidur serta menikahi wanita. Barangsiapa yang membenci sunnahku,maka ia bukanlah dari golonganku’.”
(HR. Bukhari,no.5063. Muslim,no.1401)

:: Hadis 3 ::
dari ‘Aisyah,Rasulullah ﷺ bersabda, “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.”
(HR. Bukhari,no.6465. Muslim,no.783)

Saturday, October 12, 2013

Mimpi Melihat Rasulullah

dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi,maka sememangnya dia melihatku,kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai rupaku.”
(HR. Bukhari,no.6993. Muslim,no.2266)

Pahala Mengucapkan Salam

dari ‘Imran bin Hus̄ain,ia berkata,
“Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ dan mengucapkan: ‘Assalaamu’alaikum’. Maka dijawab oleh Nabi ﷺ kemudian ia duduk. Nabi ﷺ bersabda: ‘Sepuluh (pahala)’. Kemudian datang lagi orang yang kedua, memberi salam: ‘Assalaamu’alaikum wa Rahmatullaah.’ Setelah dijawab oleh Nabi ﷺ ia pun duduk. Nabi ﷺ bersabda: ‘Dua puluh (pahala)’. Kemudian datang orang ketiga dan mengucapkan salam: ‘Assalaamu’alaikum wa rahmatullaahi wa baraakaatuh’. Maka dijawab oleh Nabi ﷺ kemudian ia pun duduk dan Nabi ﷺ bersabda: ‘Tiga puluh (pahala)’.”
(HR. Bukhari [rujuk: al-Adabul Mufrad,no.986]. Abu Daud no.5195. at-Tirmidzi,no.2689. Hadis ini dinilai ‘Hasan Sahih Gharib’ oleh imam at-Tirmidzi)

Rezeki Kepada Orang Yang Bertawakkal

dari Umar bin Khattab,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal,nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu sebagaimana Allah memberi rezeki kepada burung yang keluar di pagi hari dalam keadaan lapar dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.”
(HR. at-Tirmidzi,no.2344. Ibnu Majah,no.4164. Hadis ini dinilai 'Hasan Sahih' oleh imam at-Tirmidzi)

NOTA:
Hadis ini tidak sahih menurut Syaikh Musthofa al-'Adawi (dalam video beliau) kerana 'sanadnya Dhaif'. Akan tetapi,hadis ini 'makna'nya benar,kerana di dalam al-Quran,Allah ﷻ berfirman:

“..Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya),nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah),sesiapa yang bertawakkal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah,maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)..”
(at-Thalaq [65]: ayat 2-3)