Thursday, August 29, 2013

Doa: "Allahumma Ajirni Minannar" Tidak Sahih?

dari Muslim bin Harits,dari ayahnya,bahawa Rasulullah ﷺ mengatakan kepada ayahnya,
“Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh,maka ucapkanlah sebelum kamu berkata-kata dengan seorang lain:
اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنْ النَّارِ
Allahumma Ajirni Minannar
(Ya Allah,lindungilah aku dari api neraka)' sebanyak 7 kali,maka sesungguhnya jika kamu mati pada hari tersebut,Allah telah tetapkan untuk kamu pemeliharaan dari neraka. Apabila kamu selesai menunaikan solat Maghrib maka ucapkanlah sebelum kamu berkata-kata dengan seorang lain: Allahumma inni as-alukal jannah! Allahumma Ajirni Minannar (Ya Allah,mohon dimasukkan aku ke dalam syurga! Ya Allah,lindungi aku dari api neraka)' sebanyak 7 kali. Maka sesungguhnya jika kamu mati pada malam tersebut,Allah telah tetapkan untuk kamu pemeliharaan dari neraka.”
(HR. Ahmad,no.17362. Abu Daud,no.5079)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh Syu'aib al-Arnauth kerana perawi bernama Muslim bin Harits dinilai Majhul (tidak dikenali) oleh imam ad-Daraquthni (rujuk: Ta'liq Musnad Ahmad,29/593). Hadis ini juga dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh al-Albani (rujuk: as-Silsilah ad-Dha'ifah,no.1624). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi di dalam video beliau,dengan katanya: “Fi Sanadihi Dha’f (pada sanadnya Dhaif)”. Sekalipun hadis ini Dhaif,tidaklah menjadi masalah untuk mengamalkan doanya dengan syarat: tidak mempercayai bahawa ianya dari Nabi ﷺ dan tidak berkata “doa ini dari Nabi ﷺ” atau “sunnah dibaca” atau sewaktu dengannya (ketika memberitahu kepada orang lain tentang doa ini).

Kelebihan Baca Ayat Kursi Selepas Solat

dari Abu Umamah,Nabi ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat (Fardhu),tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.”
(HR. an-Nasaie [rujuk: Sunan al-Kubro,no.9848 & ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah,no.100]. at-Thabrani [rujuk: al-Mu'jam al-Kabir,no.7532]. dinilai 'Sahih' oleh Syaikh al-Albani dalam as-Silsilah as-Sahihah,no.972 & Sahih al-Jami',5/329)

NOTA:
Hadis ini diperselisihi tentang kesahihannya. Majoriti Ulama' menilai 'Sahih'. Salah seorang Ulama' kontemporari yang menilai hadis ini 'Sahih' adalah Syaikh al-Albani,Syaikh Sulaiman al-‘Alwan. Kata Syaikh Sulaiman al-‘Alwan dalam video beliau,hadis ini disahihkan oleh imam Ibnu Hibban,Ibn ‘Abdul Hadi & Ibnu Hajar al-Asqalani. Namun ada juga ulama' yg menilai hadis ini sebagai 'Dhaif',kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Muhammad bin Himyar,yg mana Ibnul Jauzi menukilkan dari ad-Daraquthni,bahawa Muhammad bin Himyar bertafarrud (bersendiri) meriwayatkan hadis ini dan Ya'qub bin Sufyan mengatakan (tentang Muhammad bin Himyar): "Laisa bi Qowi (tidak kuat)" (rujuk: al-Maudhu'at,1/244). Dia juga dinilai Dhaif oleh Abu Hatim ar-Razi,dengan katanya: "Hadisnya ditulis namun tidak boleh berhujjah dengannya" (rujuk: al-Mizzi,Tahdzib al-Kamal,25/116. Ibnu Hajar,Tahdzib at-Tahdzib,9/135). Hadis ini juga dinilai 'Dhaif' oleh Ibnu Taimiyyah (rujuk: Majmu' al-Fatawa,22/508). Hadis ini juga dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh Khalid al-Hayek dalam website rasmi beliau ketika beliau ditanya tentang kesahihan hadis ini (pada 'Soalan' - no.146),kata Syaikh Khalid al-Hayek: "hadis Dhaif,tidak sahih". Namun sekiranya hadis ini benar² Dhaif pun,ia masih boleh dibaca sebagai Fadhail A'mal.
InsyaAllah,Wallahua'lam.

Tuesday, August 27, 2013

Jangan Mengkritik (Mencela) Makanan

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ tidak pernah mencela  makanan. Jika baginda berkeinginan untuk memakannya,baginda akan memakannya; dan jika beliau tidak suka,baginda akan meninggalkannya.”
(HR. Bukhari,no.5409. Muslim,no.2064)

::Hadis 2 ::

dari Jabir,dia berkata,
“Nabi ﷺ meminta kepada isterinya lauk. Mereka berkata: ‘Kami tidak mempunyai lauk melainkan hanya cuka.’ Lalu baginda memintanya dan memakan dengannya serta bersabda: ‘Sebaik-baik lauk ialah cuka,sebaik-baik lauk ialah cuka’.”
(HR. Muslim,no.2052)

Doa Sekiranya Terlupa Baca Bismillah Sebelum Makan

:: Hadis 1 ::
dari Aisyah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Apabila seseorang daripada kamu hendak makan,maka sebutlah nama Allah Ta’ala (yakni bacaan basmalah). Jika dia terlupa untuk menyebut nama Allah Ta’ala pada permulaan makan,maka ucapkanlah (ketika teringat):
بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ
Bismillahi Awwalahu Wa Akhirohu
(dengan nama Allah pada awalnya dan akhirnya).”
(HR. Abu Daud,no.3767. dinilai 'Sahih' oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Irwa' al-Ghalil,7/24])

:: Hadis 2 ::
dari Umayyah bin Makhsyi,ia berkata,
“Rasulullah ﷺ pernah duduk,dan ada seorang lelaki sedang makan tetapi tidak membaca nama Allah sehinggalah tidak tinggal daripada makanannya melainkan satu suapan sahaja. Kemudian,tatkala dia mengangkat suapan terakhir tersebut ke dalam mulutnya,dia membaca:
بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ
Bismillahi Awwalahu Wa Akhirohu
(Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya),
maka Nabi ﷺ ketawa dan kemudiannya bersabda: ‘Syaitan terus makan bersamanya,kemudian apabila dia menyebut nama Allah,syaitan itu memuntahkan semula apa yang ada di dalam perutnya (yang dimakan)’.”
(HR. Abu Daud,no.3768)

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif',kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama al-Mutsanna bin Abdurrahman al-Khuza'i,yg mana kata 'Ali Ibnu al-Madini tentangnya: "Majhul (tidak dikenali)". Kata adz-Dzahabi: "La Yu'raf (tidak dikenali)" (rujuk: Tahdzib at-Tahdzib,10/34). Malah di kitab lain,adz-Dzahabi berkata: "Mastur" (rujuk: at-Taqrib,519). Ikut ta'rif Ulama' Hadis al-Mutaqaddimin,'Mastur' bermaksud perawi yg luarannya (keperibadiannya) diketahui baik seperti soleh,zuhud,rajin beribadah,namun selain daripada itu masih samar (kata Ustaz Dr.Kamilin Jamilin dalam status Facebook beliau).

:: Hadis 3 ::
dari ‘Aisyah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sekiranya seorang daripada kamu hendak makan,maka ucapkanlah ‘Bismillah’. Sekiranya dia terlupa (membaca ‘bismillah’) pada awal (mula makan),maka ucapkanlah: 
بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ
Bismillahi Fii Awwalihi Wa Akhirihi
(dengan nama Allah di awal dan akhirnya).”
(HR. at-Tirmidzi,no.1858. Hadis ini dinilai 'Hasan Sahih' oleh imam at-Tirmidzi)

Berkata Yang Baik Adalah Sedekah

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“..Perkataan yang baik adalah sedekah..”
(HR. Bukhari,no.2989. Muslim,no.1009)

Rasulullah Seorang Pemalu

dari Abu Sa’id al-Khudri,dia berkata,
“Nabi ﷺ adalah orang yang lebih pemalu daripada para gadis perawan dalam pingitannya.”
(HR. Bukhari,no.6119)

Allah Suka Orang Yang Pemaaf

:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Oleh itu,biarkanlah golongan kafir yg mendustakanmu itu wahai Muhammad. Layan mereka dengan cara yang elok.”
(al-Hijr [15]: ayat 85)

:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Tidakkah kamu suka Allah mengampuni kamu? Dan ingatlah,Allah itu Maha Pengampun,lagi Maha Penyayang.”
(an-Nur [24]: ayat 22)

:: al-Quran 3 ::
Allah ﷻ berfirman:
 “Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu,sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya),maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.”
(asy-Syura [42]: ayat 40)

:: al-Quran 4 ::
Allah ﷻ berfirman:
 “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiaya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar,lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan,atau menyembunyikannya,atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu),maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.”
(an-Nisa' [4]: ayat 148 - 149)

:: Hadis ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta,dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan pemberian maafnya (kepada saudaranya),kecuali kemuliaan (di dunia dan akhirat),serta tidaklah seseorang merendahkan diri kerana Allah kecuali Allah akan meninggikan (darjat)nya (di dunia dan akhirat).”
(HR. Muslim no. 2588)

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Pada Hari Kiamat

dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: (1) Pemimpin yang adil,(2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah,(3) Seorang yang hatinya selalu terikat dengan masjid,(4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga,(5) Seorang lelaki yang diajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi dia menolaknya sambil berkata: ‘Aku takut kepada Allah’,(6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya,serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga menitis air matanya basah kerana menangis.”
(HR. Bukhari,no.660. Muslim,no.1031)

Saturday, August 24, 2013

4 Ciri-Ciri Munafik

dari ‘Abdullah bin ‘Amr,Nabi ﷺ bersabda,
“Empat perkara,barangsiapa yang ada padanya keempat perkara tersebut maka dia seorang munafiq yang sebenar,jika ada padanya satu di antara sifat tersebut bererti ada padanya satu sifat kemunafikan sehinggalah dia meninggalkannya,iaitu: seorang apabila berbicara ia dusta,apabila berjanji tidak ditepatinya,apabila berselisih melampaui batas dan apabila melakukan perjanjian ingkar.”
(HR. Bukhari,no.34 & 2459. Muslim,no.117,8 & 106)

Azab Orang Yang Sum'ah

dari Tharif bin Abi Tamimah,dia berkata,
“Aku pernah menyaksikan Sofwan dan Jundab serta para sahabat Sofwan ketika dia (Jundab) sedang memberi wasiat kepada mereka. Mereka bertanya: ‘Adakah engkau ada mendengar sesuatu daripada Rasulullah ﷺ?’ Dia (Jundab) menjawab: ‘Aku pernah mendengar baginda bersabda: ‘Sesiapa yang memperdengarkan amalannya (kepada orang lain dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk),maka Allah akan memperdengarkannya (menzahirkan tujuannya itu) pada hari kiamat’. Baginda juga bersabda: ‘Dan barangsiapa yang menyusahkan (orang lain),maka Allah akan menyusahkan dirinya pada hari kiamat’. Mereka berkata: ‘Berilah kami nasihat’. Dia berkata: ‘Sesungguhnya anggota yang mula-mula akan menjadi busuk daripada seseorang ialah perutnya. Barangsiapa yang mampu untuk tidak makan kecuali yang baik-baik,maka hendaklah dia melakukannya. Barangsiapa yang tidak mahu dihalangi antara dirinya dengan syurga dengan sebab sepenuh tapak tangan yang ditumpahkan darah yang ditumpahkannya,maka hendaklah dia melakukannya.” Dia (al-Firabri) berkata: “Aku bertanya kepada Abu ‘Abdillah: ‘Siapa yang mengatakan: ‘Aku (al-Firabri) mendengar Rasulullah ﷺ,adakah Jundab?’ Dia menjawab: ‘Benar,Jundab yang mengatakannya’.”
(HR. Bukhari,no.7152)

Tentang Wali Allah

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya Allah berfirman: ‘Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku,maka Aku telah isytiharkan perang terhadapnya. Dan tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan sesuatu yang Aku cintai daripada amalan-amalan yang Aku fardhukan kepadanya; dan apabila dia sentiasa mendekati-Ku dengan perkara-perkara sunat sehingga Aku suka. Apabila Aku mencintainya,maka Aku akan menjadi telinganya yang dengannya dia mendengar,matanya yang dengannya dia melihat,tangannya yang dengannya dia memegang,kakinya yang dengannya dia berjalan dan jika dia meminta kepada-Ku,pasti akan Aku perkenankan permintaannya dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku,pasti Aku melindunginya. Aku tidak pernah bimbang dalam melakukan sesuatu sebagaimana kebimbangan-Ku ketika hendak mencabut nyawa seorang mukmin yang tidak menyukai sakitnya sakratul maut,sementara Aku pun tidak ingin menyakitinya’.” 
(HR. Bukhari,no.6502)

NOTA:
hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh imam adz-Dzahabi,kerana di dalamnya terdapat perawi bernama Khalid bin Makhlad yg mana Imam Ahmad menilai hadisnya 'Munkar' dengan katanya: "Lahu Ahadith Manakir". Ibn Sa'ad juga menilainya 'Munkar' kerana dia (Khalid bin Makhlad) seorang Syiah & Munkar al-Hadith (rujuk: al-Mizan,2/426).

Jangan Menafikan Kebaikan Orang Lain

dari ‘Umar al-Khattab,dia berkata,
“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah,digelar ‘himar’ (keldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah ﷺ ketawa. Juga pernah Nabi ﷺ menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak),maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatlah dia,alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi ﷺ pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatnya! Demi Allah,apa yang aku tahu,dia mencintai Allah dan Rasul-Nya”. 
(HR. Bukhari,no.6780)

Rasulullah Pernah Pakai Serban Hitam

:: Hadis 1 ::
dari ‘Amru Bin Harith al-Makhzumi,dia berkata,
“Bahawa Rasululah ﷺ menyampaikan khutbah kepada orang ramai dengan mengenakan serban yang berwarna hitam.”
(HR. Muslim,no.1359)

:: Hadis 2 ::
dari Jabir bin ‘Abdullah,dia berkata,
“Bahawa Nabi ﷺ memasuki Mekah ketika pembukaannya dengan memakai serban yang berwarna hitam.”
(HR. Muslim,no.1358)

Warna Pakaian Yang Rasulullah Pernah Pakai

:: Hadis 1 ::
dari al-Bara bin ‘Azib,dia berkata,
“Tidak pernah aku melihat seseorang memiliki rambut melepasi dua cuping telinga,berpakaian Hullah kemerahan yang lebih indah berbanding Rasulullah. Baginda memiliki rambut yang menyentuh dua bahu,jauh jarak dua bahu baginda. Baginda bukan seorang yang rendah,bukan juga seorang yang terlalu tinggi.”
(HR. Bukhari,no.5901. Muslim,no.2337. at-Tirmidzi,no.3635. Ini adalah lafaz at-Tirmidzi. Dinilai ‘Hasan Sahih’ oleh imam at-Tirmidzi)

:: Hadis 2 ::
dari al-Barra bin ‘Azib,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ adalah seorang yang pertengahan (tidak terlalu tinggi dan rendah) lebar antara dua bahu,hujung rambut sampai ke hujung dua telinga. Baginda memakai baju dan kain berwarna merah. Tidak pernah sama sekali aku melihat sesuatu yang lebih indah berbanding baginda.”
(HR. Bukhari,no.3551. Muslim,no.2337)

:: Hadis 3 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Suatu pagi,Rasulullah ﷺ keluar dengan mengenakan kain yang diperbuat daripada bulu yang berwarna hitam,lalu Hasan bin ‘Ali datang. Rasulullah ﷺ menyuruhnya masuk. Kemudian datang pula Husein lalu masuk. Kemudian datang Fathimah,lalu baginda menyuruhnya masuk. Kemudian datang ‘Ali,lalu baginda menyuruhnya masuk. Kemudian,baginda membaca (ayat al-Quran): ‘Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu (wahai “Ahlul Bait”) dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji) (al-Ahzab [33]: ayat 33)’.”
(HR. Muslim,no.2424)

Thursday, August 15, 2013

70,000 Malaikat Berdoa Untuk Orang Melawat Orang Islam Yang Sakit

:: Hadis 1 ::
dari ‘Ali,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tiada seorang muslim yang menziarahi seorang muslim lain (yang sedang sakit) pada waktu pagi,melainkan 70,000 malaikat berselawat ke atasnya sehingga ke petang,jika dia menziarahi saudaranya itu pada waktu petang,70,000 malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga ke subuh,dan untuk dia sebuah kebun di dalam syurga.”
(HR. at-Tirmidzi,no.969. dinilai ‘Hasan Gharib’ oleh imam at-Tirmidzi)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh imam Abu Daud,kerana kata-kata ini adalah kata-kata ‘Ali,bukan kata-kata Rasulullah ﷺ. imam Abu Daud berkata: “Hadis ini disandarkan dari ‘Ali,dari Nabi ﷺ bukan dari sisi yg benar” (rujuk: Sunan Abu Daud,no.3098).

:: Hadis 2 ::
dari ‘Ali,dia berkata,
“Tidaklah seorang lelaki (termasuk perempuan) melawat orang yang sakit pada petang (iaitu malam) hari melainkan akan ikut keluar bersamanya 70,000 malaikat yang meminta ampunan untuknya hingga ke pagi hari,dan baginya kebun di Syurga. Dan barangsiapa yang melawat orang sakit pada pagi hari,maka akan ikut keluar bersamanya 70,000 malaikat yang memohon ampunan baginya hingga petang (iaitu malam) hari,dan baginya kebun di Syurga"
(HR. Abu Daud,no.3098 & 3099)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Sahih' oleh imam ad-Daraquthni (rujuk: al-‘Ilal,3/267,no.398),juga imam Ibnu Abdil Barr dengan katanya: “Hadis ini Hasan Sahih,tsabit isnad” (rujuk: al-istidzkar,8/421).

Saturday, August 10, 2013

Dua Hamba Wanita Menyanyi Depan Rasulullah

:: Hadis 1 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ masuk ke dalam rumahku,dan di sisiku ada dua anak perempuan yang melantunkan nyanyian perang Bu‘ath. Lalu baginda berbaring di atas tempat tidur dan memalingkan wajah baginda. Kemudian Abu Bakar masuk seraya memarahiku. Baginda berkata: ‘Seruling syaitan di sisi Nabi ﷺ?’ Maka Nabi ﷺ berpaling kepada Abu Bakar dan bersabda: ‘Biarkanlah mereka berdua’. Ketika baginda tidak perasan,maka aku pun memberi isyarat kepada kedua perempuan tersebut,lalu keduanya pun keluar.”
(HR. Bukhari,no.949)

:: Hadis 2 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Abu Bakar masuk menemuinya dan Nabi ﷺ berada di sisinya (‘Aisyah) pada Hari Raya Aidilfitri atau (Aidil) Adha. Di sisinya (‘Aisyah) ada dua orang penyanyi sedang menyanyikan lagu yang dinyanyikan kaum Ansar pada hari (perang) Bu‘ath. Maka Abu Bakar berkata: ‘Seruling syaitan?’ Beliau mengucapkannya sebanyak dua kali. Lalu Nabi ﷺ bersabda: ‘Biarkan mereka berdua wahai Abu Bakar,sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari raya,dan hari raya kita adalah hari ini’.”
(HR. Bukhari,no.3931. Muslim,no.892)