Wednesday, September 4, 2013

Kesan Meninggalkan Solat Asar

:: Hadis 1 ::
dari Buraidah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“...Sesiapa yang meninggalkan solat Asar, maka sia-sialah amalnya.”
(HR. Bukhari,no.553)

:: Hadis 2 ::
dari Ibnu ‘Umar,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang terlepas solat Asar maka seolah-olah dia kehilangan ahli keluarga dan hartanya.”
(HR. Bukhari,no.552)

Kelebihan Solat Fardhu (Wajib) 5 Waktu

:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (al-Quran), dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, - khasnya orang-orang yang mendirikan solat, dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar.”
(an-Nisa' [4]: ayat 162)

:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan mereka yang tetap memelihara solatnya, mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi, yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal didalamnya.”
(al-Mukminun [23]: ayat 9-11)

:: Hadis 1 ::
dari ‘Abdullah bin Mas‘ud,dia berkata,
“Ada seorang lelaki mencium seorang wanita. Kemudian lelaki itu memberitahu perkara berkenaan kepada Nabi ﷺ. Dengan sebab itu, Allah menurunkan ayat al-Quran yg bermaksud: ‘Tunaikanlah sembahyang antara waktu siang dan malam. Sebenarnya, pahala daripada amalan baik itu dapat menghapuskan semua dosa amalan jahat’ (Hud [11]: ayat 114). Lelaki itu bertanya: ‘Wahai Rasulullah, adakah ayat itu ditujukan kepadaku sahaja?’ Rasulullah menjawab: ‘Untuk seluruh umatku’.”
(HR. Bukhari,no.526)

:: Hadis 2 ::
dari ‘Abdullah,dia berkata,
“Seorang lelaki datang kepada Rasulullah ﷺ lalu dia berkata: ‘Ya Rasulullah! Aku telah berdosa, kerana aku bermesraan dengan seorang perempuan di pinggir kota Madinah. Aku telah melakukan dosa dengannya, kecuali bersetubuh. Maka hukumlah aku dengan hukuman apa sahaja yang engkau kehendaki’. Maka ‘Umar bin Khatthab berkata kepadanya: ‘Seandainya engkau menutup rahsia dirimu, nescaya Allah sudah tutup kesalahanmu itu’. Nabi ﷺ tidak membantah sedikitpun ucapan ‘Umar tersebut. Maka berdirilah lelaki itu, kemudian dia pergi. Lalu Nabi ﷺ menyuruh seseorang menyusul dan memanggilnya kembali. Kemudian baginda membaca kepadanya ayat ini: ‘Dan dirikanlah solat, pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan kejahatan (dosa). Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat’ (Hud [11]: ayat 114). Maka bertanyalah seseorang dari suatu kaum yang hadir: ‘Ya Nabiyullah! Adakah ayat itu ditujukan khusus untuknya sahaja?’ Nabi ﷺ menjawab: ‘Bahkan untuk seluruh umat manusia’.”
(HR. Muslim,no.2763)

:: Hadis 3 ::
dari ‘Ustman bin ‘Affan,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Seorang Muslim yang hendak mendirikan solat lima waktu apabila tiba waktunya, lalu berwudhu’ dengan sempurna. Kemudian dia solat penuh tumpuan (khusyuk) serta sempurna juga rukuknya. Solat itu menghapuskan semula dosa yang dilakukan oleh orang itu, sebelum dia mendirikan solat berkenaan. Kelebihan ini diberikan kepada orang itu dengan syarat dia tidak melakukan dosa besar sebelum dia mendirikan solat itu. Kelebihan ini diberikan pada sepanjang masa”.
(HR. Muslim,no.228)

:: Hadis 4 ::
dari ‘Abdullah ibnu Mas‘ud,ia berkata,
“Aku pernah bertanya kepada Nabi ﷺ: ‘Amalan apakah yang paling dicintai Allah?’ Baginda bersabda: ‘Solat pada waktunya’. Aku bertanya lagi: ‘Kemudian apa?’ Baginda menjawab: ‘Berbakti kepada kedua orang tua’. Aku bertanya lagi: ‘Kemudian apa lagi?’ Baginda menjawab: ‘Berjihad di jalan Allah’. Aku melanjutkan: ‘Baginda sudah memberitahu kepadaku semuanya, sekiranya aku minta tambahan, nescaya baginda pun akan menambah (amalan) lain kepadaku’.”
(HR. Bukhari,no.5970. Muslim,no.85)

:: Hadis 5 ::
dari Ibnu Mas‘ud,dia berkata,
“Aku bertanya kepada Rasulullah ﷺ,aku katakan: ‘Wahai Rasulullah, apakah amalan yang paling afdhal?’ Baginda menjawab: ‘Solat pada waktunya’. Kemudian aku tanyakan lagi: ‘Kemudian apa?’ Baginda menjawab: ‘Kemudian berbakti kepada kedua orang tua’. Lalu aku tanya lagi: ‘Kemudian apa lagi?’ Baginda menjawab: ‘Jihad di jalan Allah’. Maka aku berhenti bertanya kepada Rasulullah ﷺ. Sekiranya aku menambah terus pertanyaan, baginda pasti akan menambah jawapannya kepadaku”.
(HR. Bukhari,no.2782. Muslim,no.85)

:: Hadis 6 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Bagaimana pendapat kamu seandainya ada sungai di depan pintu rumah salah seorang dari kamu, lalu dia mandi lima kali setiap hari? Apakah kamu merasa masih akan ada kotoran (daki) yang tersisa padanya?” Para sahabat menjawab: “Tidak akan ada yang tersisa sedikitpun kotoran padanya”. Lalu baginda bersabda: “Seperti itu pula dengan solat lima waktu, dengannya Allah menghapus kesalahan-kesalahannya”.
(HR. Bukhari,no.528. Muslim,no.667)

:: Hadis 7 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Solat lima waktu dan solat Jumaat ke Jumaat berikutnya, Ramadan ke Ramadan berikutnya akan menghapuskan dosa di antara keduanya selama mana dia menjauhi dosa-dosa besar”.
(HR. Muslim,no.233)

:: Hadis 8 ::
dari ‘Abdullah bin ‘Amru,bahawa Nabi ﷺ pernah menyebut tentang solat kemudian baginda bersabda,
“Sesiapa yang menjaga solatnya, maka solatnya itu akan menjadi cahaya baginya, dan bukti serta penyelamat pada hari kiamat. Dan sesiapa yang tidak menjaga solatnya maka tiadalah baginya mendapat cahaya, bukti dan keselamatan pada hari kiamat, malah pada hari itu dia akan (dibangkitkan) bersama-sama dengan Fira’un, Haman, Qorun dan Ubai bin Khalaf.”
(HR. Ahmad,no.6576. Ibnu Hibban,no.1467. ad-Darimi,no.2721)

NOTA:
Hadis ini dinilai Sahih oleh imam al-Haitsami, dengan katanya: “Rijal (perawi) Ahmad, tsiqah” (rujuk: Majma’ az-Zawaid,1/297). Juga dinilai sahih oleh imam Ibnu ‘Abdul Hadi, dengan katanya: “(Sanadnya) Jayyid” (rujuk: Tanqih at-Tahqiq,2/614), dinilai sahih oleh imam al-‘Iraqi (rujuk: Tharh at-Tastrib,2/147), Syaikh Syu‘aib al-Arnauth (rujuk: Takhrij Musykil al-Atsar,3180. Takhrij Musnad Ahmad,no.6576. Takhrij Ibnu Hibban,no.1467). Hadis ini juga dijadikkan dalil oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz at-Tharifi di dalam kitab Sifat Solat Nabi-nya.

:: Hadis 9 ::
dari Abu Musa al-Asy‘ari,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“..Solat adalah cahaya..”
(HR. Muslim,no.223)

:: Hadis 10 ::
dari Tsauban (bekas hamba Nabi ﷺ),ketika dia ditanya oleh Ma’dan bin Abi Thalhah al-Ya’mari tentang amalan yang boleh membuatkan Allah memasukkannya ke dalam syurga atau amalan yang paling disukai Allah, dia (Tsauban) menjawab,
“..Aku pernah menanyakan hal tersebut kepada Rasulullah ﷺ, maka baginda menjawab: ‘Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana tidaklah kamu bersujud kepada Allah dengan sekali sujud, melainkan Allah akan mengangkat satu darjatmu, dan menghapuskan satu dosa’.”
(HR. Muslim,no.488)

:: Hadis 11 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“...Neraka akan melahap anak cucu Adam kecuali tanda bekas sujudnya..”
(HR. Bukhari,no.7437. Muslim,no.267)

:: Hadis 12 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan rasul-Nya, mendirikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadan, maka Allah berhak memasukkannya ke dalam syurga, sama ada dia berhijrah fi sabilillah atau duduk di tempat tinggalnya, tempat dia dilahirkan...”
(HR. Bukhari,no.7423)

:: Hadis 13 ::
dari Abu Musa al-Asy‘ari,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Barangsiapa yang menunaikan dua solat yang sejuk (Subuh dan Asar) akan masuk syurga.”
(HR. Bukhari,no.574. Muslim,no.635)

:: Hadis 14 ::
dari Hudzaifah,dia berkata,
“Kami pernah duduk bersama ‘Umar, lalu dia berkata: ‘Siapa di antara kamu yang masih ingat sabda Rasulullah ﷺ tentang fitnah?’ Akupun menjawab: ‘Aku masih ingat seperti yang baginda sabdakan!’ ‘Umar bertanya: ‘Apakah kau dengar dari baginda sendiri atau dari orang lain?’ Jawabku: ‘Fitnah (musibah) seorang lelaki dalam keluarganya (isterinya), hartanya, anaknya dan jirannya dapat dihapuskan dengan solat, puasa dan sedekah serta mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran’...”
(HR. Bukhari,no.525. Muslim,144)

:: Hadis 15 ::
dari Thalhah bin ‘Ubaidillah,dia berkata,
“Seorang lelaki daripada Najd yang rambutnya kusut-masai datang kepada Rasulullah ﷺ, kami mendengar suaranya yang kuat tapi tidak memahami apa yang diucapkannya, sehinggalah dia menghampiri kami barulah kami tahu dia bertanya mengenai Islam. Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Hendaklah kamu solat lima waktu sehari semalam’. Lelaki itu bertanya: ‘Adakah aku perlu lagi solat yang lain?’ Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Tidak, melainkan jika kamu mahu, kamu boleh mendirikan solat-solat sunat’. Rasulullah ﷺ melanjutkan sabdanya: ‘Dan puasa Ramadan’. Lelaki itu bertanya: ‘Adakah aku perlu lagi puasa yang lain?’ Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Tidak, melainkan jika kamu mahu, kamu boleh melakukan puasa-puasa sunat’. Rasulullah ﷺ melanjutkan sabdanya: ‘Zakat’. Lelaki tersebut bertanya: ‘Adakah kewajiban kami selain daripada itu?’ Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Tidak, kecuali jika kamu mahu bersedekah sunat’. Lalu, lelaki tersebut pergi dan berkata: ‘Demi Allah, aku tidak akan tambah atau menguranginya’. Maka Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Beruntunglah dia, jika apa yang diucapkannya itu benar-benar ditepatinya’.”
(HR. Bukhari,no.46)

:: Hadis 16 ::
dari Mu‘adz bin Jabal,Nabi ﷺ bersabda,
“...Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan ke muncaknya adalah berjihad...”
(HR. at-Tirmidzi,no.2616. Dinilai ‘Hasan Sahih’ oleh imam at-Tirmidzi)

:: Hadis 17 ::
dari Tsauban,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Istiqamahlah kamu; walaupun kamu tidak akan berupaya (untuk istiqamah dengan sempurna). Ketahuilah bahawa sebaik-baik amalan kamu adalah solat. Dan tidaklah ada yang menjaga wudhu' kecuali dia seorang mukmin (beriman).”
(HR. Ahmad,no.22378. Ibnu Majah,no.277. Dinilai sahih oleh Syaikh Syu’aib al-Arna’uth [rujuk: Takhrij Musnad Ahmad,no.22378])

:: Hadis 18 ::
dari Jundab bin ‘Abdullah Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah. Allah tidak sesekali menggugurkan daripada jaminan-Nya dengan sesuatu. Oleh yang demikian, sesiapa yang menggugurkan daripada dirinya jaminan Allah, pasti dia akan mendapatkannya (balasan). Kemudian wajahnya akan ditelangkupkan dalam Neraka Jahannam.”
(HR. Muslim,no.657)

3 Jenis Doa Mustajab: Orang Yang Dizalimi, Orang Musafir Dan Doa Ibu Bapa Kepada Anaknya

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“3 doa yang mustajab, tidak ada keraguan padanya: doa org yang dizalimi, doa orang yang musafir dan doa orang tua untuk anaknya.”
(HR. at-Tirmidzi,no.1905. Abu Daud,no.1536. Ibnu Majah,no.3862. Bukhari [rujuk: al-Adab al-Mufrad,no.32]. Dan Ini lafaz at-Tirmidzi)

NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Hasan’ oleh Syaikh al-Albani (rujuk: Sahih al-Adabul Mufrod,no.24)

Malaikat Mendoakan Orang Yang Mendoakan Orang lain Tanpa Pengetahuannya

dari Abu Darda',Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tidak ada seorang hamba yang muslim, apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: ‘Dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)’.”
(HR. Muslim,no.4912)

Kelebihan Zikir 'La Hawla Walaa Quwwata illa Billah'

dari Abu Musa,dia berkata,
“Kami dahulu pernah bersama dengan Nabi ﷺ (dalam suatu permusafiran). Orang ramai bertakbir dengan kuat. Lalu Nabi ﷺ bersabda: ‘Wahai sekalian orang, kasihanilah diri kamu sendiri, sesungguhnya kamu semua bukan memohon kepada Dzat yang pekak dan jauh, sebaliknya kamu semua berdoa kepada tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha memerhatikan. Kemudian baginda datang kepadaku, ketika itu aku membaca: 
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
La ẖaula wala quwwata illa billah
(Tidak ada daya dan kekuatan kecuali [dengan pertolongan] Allah)
Baginda bersabda kepadaku: ‘Wahai ‘Abd Allah bin Qais, ucapkanlah: La ẖaula wala quwwata illa billah, sesungguhnya ia adalah salah satu perbendaharaan (harta bernilai yang tersimpan) di dalam syurga’.”
(HR. Bukhari,no.6384. Muslim,no.2704)

Zikir Paling Afdhal 'La ila Ha ilallah'?

dari Jabir bin ‘Abdillah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sebaik-baik zikir adalah:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه
La ila ha illallah
dan doa yang paling afdhal adalah: Alẖamdulillah.”
(HR. at-Tirmidzi,no.3383. Ibnu Majah,no.3800. dinilai ‘Hasan’ oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Sahih at-Targhib,2/220])

NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh imam at-Tirmidzi sendiri selepas beliau meriwayatkan hadis ini dengan katanya: “Hadis Hasan Gharib”. Hadis ini Dhaif kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Musa bin Ibrahim bin Katsir, yg mana Ibnu Hajar berkata: “Soduq, namun terdapat kesalahan” (rujuk: at-Taqrib,549). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi ketika beliau ditanyakan tentang hadis ini, kata beliau: “Tidak Sahih Sanadnya” (rujuk: video).

Kelebihan Tasbih (Subhanallah) dan Tahmid (Alhamdulillah)

dari Abu Malik al-Asy‘ari,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Bersuci itu separuh daripada keimanan. (Ucapan) Alẖamdulillah akan memenuhi timbangan. (Ucapan) Subẖanallah dan Alẖamdulillah akan memenuhi antara langit dan bumi. Solat adalah cahaya. Sedekah adalah bukti (keimanan). Sabar adalah cahaya. Al-Quran akan menjadi hujah untuk kamu atau menjadi hujah (untuk menghukum) ke atas kamu. Setiap manusia akan keluar pada waktu pagi lalu menjual dirinya untuk dibebaskan atau dimusnahkan.”
(HR. Muslim,no.223)

Larangan Kencing Dalam Lubang?

dari ‘Abdullah bin Sarjis,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ pernah melarang kencing di dalam lubang. Orang ramai pernah bertanya kepada Qatadah: ‘kenapa dibenci kencing di dalam lubang?’ Beliau menjawab: ‘dikatakan ia merupakan tempat tinggal jin’.”
(HR. Abu Daud,no.29. an-Nasaie,no.34)

NOTA:
Hadis ini diperselisihi tentang kesahihannya. Ada ulama' menilai ‘Sahih’, ada ulama’ yg menilai ‘Dhaif’. Mereka berselisih sama ada perawi Qatadah bin Da‘amah dan ‘Abdullah bin Sarjis pernah bertemu atau tidak. Ada ulama’ yg berkata, bahawa mereka pernah bertemu, seperti Abu Hatim ar-Razi (rujuk: al-Marasil,175),'Ali al-Madini, Ibnu Khuzaimah dan Ibn al-Sakan, menurut Ibnu Hajar al-Asqalani (rujuk: al-Talkhisul Habir,1/116), ibnu al-Mulaqqin (rujuk: al-Badrul Munir,2/321) dan al-‘Iraqi (rujuk: Zahr al-Rabbi,1/33).

Namun ada ulama’ yg menilai hadis ini sebagai ‘Dhaif’ kerana Qatadah dan Abdullah bin Sarjis tidak pernah bertemu, seperti Abu Zur‘ah (rujuk: al-Marasil,175). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh al-Huweini (rujuk: an-Nafilah fi al-Ahadith ad-Dha'ifah wa al-Bathilah,no.159). Namun, disisi beliau, Dhaif-nya hadis ini bukan kerana Qatadah tidak pernah bertemu dengan Abdullah bin Sarjis, akan tetapi Qatadah seorang perawi yg melakukan ‘Tadlis’ (menipu dengan cara ‘mengaburi’ nama guru) seperti yg dikatakan oleh Ibnu Jarir di beberapa tempat (dalam: Tahzib al-Atsar), bahawa Qatadah terkenal dengan melakukan ‘Tadlis’ di sisi mereka.
wallahua'lam bissowab.

Cara Menegur Kesilapan Imam Dalam Solat

dari Sahl bin Sa'ad,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Bertasbih (mengucapkan Subhanallah) itu untuk lelaki, menepuk (belakang tapak tangan) pula untuk wanita.”
(HR. Bukhari,no.1203. Abu Daud,no.939. an-Nasaie,no.1210)

6 Bacaan Dalam Sujud Yang Sahih (Rumi & Arab)

:: Hadis 1 ::
 سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى
Subẖana Robbiyal A'la
[Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi]

(HR. Muslim,no.772. dari Hudzaifah)

:: Hadis 2 ::
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
SubẖanakAllahumma Robbana Wa Biẖamdika, Allahummagh-firli
[Maha Suci Engkau Ya Allah, Tuhan kami, Dan Segala Puji bagi-Mu, Ya Allah ampunilah aku]

(HR. Bukhari,no.794 & 817. Muslim,no.484. dari ‘Aisyah)

:: Hadis 3 ::
سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ
Subbuẖun Quddusun Robbul Malaikati War-Ruẖ
[Maha Suci, Maha Kudus, Tuhan Malaikat dan Ruh (Jibril)]

(HR. Muslim,no.487. dari ‘Aisyah)

:: Hadis 4 ::
سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Subẖanaka Wa Biẖamdika, Laa ilaa Ha illaa Anta
[Maha Suci Engkau dan Segala Puji Bagi-Mu, Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Engkau]

(HR. Muslim,no.485. dari Ibnu Juraij)

:: Hadis 5 ::
سُبْحَانَ ذِي الْجَبَرُوتِ ، وَالْمَلَكُوتِ ، وَالْكِبْرِيَاءِ ، وَالْعَظَمَةِ
Subẖana Dzil Jabaruti, Wal Malakuti, Wal Kibriya-i, Wal ‘Azhomah
[Maha Suci Tuhan yang memiliki kekuasaan, pemerintahan, kebesaran dan kemuliaan]

(HR. Abu Daud,no.873. dari ‘Auf bin Malik. dinilai Sahih oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz at-Tharifi dalam Sifatu Solatin Nabi)

:: Hadis 6 ::
 اللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ ، وَبِكَ آمَنْتُ ، وَلَكَ أَسْلَمْتُ ، سَجَدَ وَجْهِي لِلَّذِي خَلَقَهُ ، وَصَوَّرَهُ ، وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ ، تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
Allahumma Laka Sajadtu, Wa Bika Amantu, Wa Laka Aslamtu, Sajada Wajhi Lilladzi Kholaqoh, Wa Sowwaroh, Wa Syaqqo Sam‘ahu Wa Basoroh, TabarokAllahu Asanul Kholiqin
[Ya Allah, kepada-Mu aku sujud, dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku menyerah, Engkaulah Tuhan ku, wajahku sujud kepada yang Menciptanya, yang membentuknya, yang membelah pendengaran dan penglihatannya. Allah yang penuh keberkatan, sebaik-baik pencipta]

(HR. Muslim,no.771. dari ‘Ali)

6 Bacaan Dalam Rukuk Yang Sahih (Rumi & Arab)

:: Hadis 1 ::
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ
Subẖana Robbiyal ‘Azhim
[Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung]

(HR. Muslim,no.772. dari Hudzaifah)

:: Hadis 2 ::
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
SubẖanakAllahumma Robbana Wa Biẖamdika, Allahummagh-firli
[Maha Suci Engkau Ya Allah, Tuhan kami, Dan Segala Puji bagi-Mu, Ya Allah ampunilah aku]

(HR. Bukhari,no.794 & 817. Muslim,no.484. dari ‘Aisyah)

:: Hadis 3 ::
سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ
Subbuẖun Quddusun Robbul Malaikati War-Ru
[Maha Suci, Maha Kudus, Tuhan Malaikat dan Ruh (Jibril)]

(HR. Muslim,no.487. dari ‘Aisyah)

:: Hadis 4 ::
سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Subẖanaka Wa Biẖamdika, Laa ilaa Ha illaa Anta
[Maha Suci Engkau dan Segala Puji Bagi-Mu, Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Engkau]

(HR. Muslim,no.485. dari Ibnu Juraij)

:: Hadis 5 ::
سُبْحَانَ ذِي الْجَبَرُوتِ ، وَالْمَلَكُوتِ ، وَالْكِبْرِيَاءِ ، وَالْعَظَمَةِ
Subẖana Dzil Jabaruti, Wal Malakuti, Wal Kibriya-i, Wal ‘Azhomah
[Maha Suci Dzat yang memiliki kekuasaan, pemerintahan, kebesaran dan kemuliaan]

(HR. Abu Daud,no.873. dari ‘Auf bin Malik. dinilai Sahih oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz at-Tharifi dalam kitabnya 'Sifat Solat Nabi')

:: Hadis 6 :: 
اللَّهُمَّ لَكَ رَكَعْتُ ، وَبِكَ آمَنْتُ ، وَلَكَ أَسْلَمْتُ ، خَشَعَ لَكَ سَمْعِي ، وَبَصَرِي ، وَمُخِّي ، وَعَظْمِي ، وَعَصَبِي 
Allahumma Laka Roka’tu, Wa Bika Amantu, Wa Laka Aslamtu, Khosya-‘a Laka Sam-‘i, Wa Basori,Wa Mukh-khi,Wa ‘Azhmi, Wa 'Asobi
[Ya Allah, kepada-Mu aku ruku’, dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku menyerah, pendengaranku, pandanganku, akan fikiran ku, tulang ku, dan kekuatanku semuanya tunduk kepada-Mu]

(HR. Muslim,no.771. dari ‘Ali)

Thursday, August 29, 2013

Doa: "Allahumma Ajirni Minannar" Tidak Sahih?

dari Muslim bin Harits,dari ayahnya,bahawa Rasulullah ﷺ mengatakan kepada ayahnya,
“Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka ucapkanlah sebelum kamu berkata-kata dengan seorang lain:
اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنْ النَّارِ
Allahumma Ajirnii Minannaar
(Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka)' sebanyak 7 kali, maka sesungguhnya jika kamu mati pada hari tersebut, Allah telah tetapkan untuk kamu pemeliharaan dari neraka. Apabila kamu selesai menunaikan solat Maghrib maka ucapkanlah sebelum kamu berkata-kata dengan seorang lain: Allahumma inni as-alukal jannah! Allahumma Ajirnii Minannaar (Ya Allah, mohon dimasukkan aku ke dalam syurga! Ya Allah,lindungi aku dari api neraka) sebanyak 7 kali. Maka sesungguhnya jika kamu mati pada malam tersebut, Allah telah tetapkan untuk kamu pemeliharaan dari neraka.”
(HR. Ahmad,no.18054 & 18083. Abu Daud,no.5079)

NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh Syaikh Syu‘aib al-Arnauth kerana perawi bernama Muslim bin Harits dinilai Majhul (tidak dikenali) oleh imam ad-Daraquthni (rujuk: Ta'liq Musnad Ahmad,29/593). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh al-Albani (rujuk: as-Silsilah ad-Dha'ifah,no.1624). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi, dengan katanya: “Fi Sanadihi Dha’f (pada sanadnya Dhaif)” (rujuk: video). Sekalipun hadis ini Dhaif, tidaklah menjadi masalah untuk mengamalkan doanya dengan syarat: tidak mempercayai bahawa ianya dari Nabi ﷺ dan tidak berkata “doa ini dari Nabi ﷺ” atau “sunnah dibaca” atau sewaktu dengannya (ketika memberitahu kepada orang lain tentang doa ini).

Kelebihan Baca Ayat Kursi Selepas Solat

dari Abu Umamah,Nabi ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat (Fardhu), tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.”
(HR. an-Nasaie [rujuk: Sunan al-Kubro,no.9848 & ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah,no.100]. at-Thabrani [rujuk: al-Mu'jam al-Kabir,no.7532]. dinilai ‘Sahih’ oleh Syaikh al-Albani dalam as-Silsilah as-Sahihah,no.972 & Sahih al-Jami',5/329)

NOTA:
Hadis ini diperselisihi tentang kesahihannya. Majoriti Ulama’ menilai ‘Sahih’. Salah seorang Ulama’ kontemporari yang menilai hadis ini Sahih adalah Syaikh al-Albani, Syaikh Sulaiman al-‘Alwan. Kata Syaikh Sulaiman al-‘Alwan, hadis ini disahihkan oleh imam Ibnu Hibban, Ibn ‘Abdul Hadi & Ibnu Hajar al-Asqalani (rujuk: video). Namun ada juga ulama’ yg menilai hadis ini sebagai ‘Dhaif’, kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Muhammad bin Himyar, yg mana Ibnul Jauzi menukilkan dari ad-Daraquthni, bahawa Muhammad bin Himyar bertafarrud (bersendiri) meriwayatkan hadis ini dan Ya’qub bin Sufyan mengatakan (tentang Muhammad bin Himyar): “Laisa bi Qowi (tidak kuat)” (rujuk: al-Maudhu'at,1/244). Dia juga dinilai Dhaif oleh Abu Hatim ar-Razi, dengan katanya: “Hadisnya ditulis namun tidak boleh berhujjah dengannya” (rujuk: al-Mizzi,Tahdzib al-Kamal,25/116. Ibnu Hajar,Tahdzib at-Tahdzib,9/135). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Ibnu Taimiyyah (rujuk: Majmu' al-Fatawa,22/508). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Khalid al-Hayek dalam website rasmi beliau ketika beliau ditanya tentang kesahihan hadis ini, kata beliau: “Hadis Dhaif, tidak sahih” (rujuk: 'Soalan' - no.146). Namun sekiranya hadis ini benar² Dhaif pun, ia masih boleh dibaca sebagai Fadhail A’mal.
InsyaAllah, Wallahua'lam.

Tuesday, August 27, 2013

Jangan Mengkritik (Mencela) Makanan

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ tidak pernah mencela  makanan. Jika baginda berkeinginan untuk memakannya, baginda akan memakannya; dan jika beliau tidak suka, baginda akan meninggalkannya.”
(HR. Bukhari,no.5409. Muslim,no.2064)

::Hadis 2 ::

dari Jabir,dia berkata,
“Nabi ﷺ meminta kepada isterinya lauk. Mereka berkata: ‘Kami tidak mempunyai lauk melainkan hanya cuka’. Lalu baginda memintanya dan memakan dengannya serta bersabda: ‘Sebaik-baik lauk ialah cuka, sebaik-baik lauk ialah cuka’.”
(HR. Muslim,no.2052)

Doa Sekiranya Terlupa Baca Bismillah Sebelum Makan

:: Hadis 1 ::
dari Aisyah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Apabila seseorang daripada kamu hendak makan, maka sebutlah nama Allah Ta’ala (yakni bacaan basmalah). Jika dia terlupa untuk menyebut nama Allah Ta’ala pada permulaan makan, maka ucapkanlah (ketika teringat):
بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ
Bismillahi Awwalahu Wa Akhirohu
(dengan nama Allah pada awalnya dan akhirnya).”
(HR. Abu Daud,no.3767. dinilai 'Sahih' oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Irwa' al-Ghalil,7/24])

:: Hadis 2 ::
dari Umayyah bin Makhsyi,ia berkata,
“Rasulullah ﷺ pernah duduk, dan ada seorang lelaki sedang makan tetapi tidak membaca nama Allah sehinggalah tidak tinggal daripada makanannya melainkan satu suapan sahaja. Kemudian, tatkala dia mengangkat suapan terakhir tersebut ke dalam mulutnya, dia membaca:
بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ
Bismillahi Awwalahu Wa Akhirohu
(Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya),
maka Nabi ﷺ ketawa dan kemudiannya bersabda: ‘Syaitan terus makan bersamanya, kemudian apabila dia menyebut nama Allah, syaitan itu memuntahkan semula apa yang ada di dalam perutnya (yang dimakan)’.”
(HR. Abu Daud,no.3768)

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’ kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama al-Mutsanna bin Abdurrahman al-Khuza‘i, yang mana kata ‘Ali Ibnu al-Madini tentangnya: “Majhul (tidak dikenali)”. Kata adz-Dzahabi: “La Yu'raf (tidak dikenali)” (rujuk: Tahdzib at-Tahdzib,10/34). Malah di kitab lain, adz-Dzahabi berkata: “Mastur” (rujuk: at-Taqrib,519). Ikut ta’rif Ulama’ Hadis al-Mutaqaddimin, Mastur bermaksud perawi yg luarannya (keperibadiannya) diketahui baik seperti soleh, zuhud, rajin beribadah, namun selain daripada itu masih samar (kata Ustaz Dr.Kamilin Jamilin dalam status Facebook beliau).

:: Hadis 3 ::
dari ‘Aisyah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sekiranya seorang daripada kamu hendak makan, maka ucapkanlah ‘Bismillah’. Sekiranya dia terlupa (membaca ‘bismillah’) pada awal (mula makan), maka ucapkanlah: 
بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ
Bismillahi Fii Awwalihi Wa Akhirihi
(dengan nama Allah di awal dan akhirnya).”
(HR. at-Tirmidzi,no.1858. Hadis ini dinilai ‘Hasan Sahih’ oleh imam at-Tirmidzi)