dari Usamah bin Zaid,ia berkata,
“Aku pernah bertanya: ‘Wahai Rasulullah, aku belum pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan daripada bulan-bulan yang lain, seperti mana engkau berpuasa dalam bulan Sya’ban’. Baginda menjawab: ‘Bulan ini dilalaikan oleh orang ramai, ia berada antara Rejab dan Ramadhan. Ia juga adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam. Maka aku suka amalanku diangkat, ketika itu aku sedang berpuasa’.”
(HR. an-Nasaie,no.2357. dinilai 'Hasan' oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilah as-Sahihah,4/522)
NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’ kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Tsabit bin Qais Abu al-Ghusn, yg mana imam al-Baihaqi berkata, dia bertafarrud (bersendiri) dalam meriwayatkan hadis ini (rujuk: al-Shu'ab,5/352). Kata Ibnu Hibban, dia banyak waham (kesilapan) dalam riwayat dan khabar (hadis)nya tidak dijadikan hujjah apabila dia tidak disokong oleh perawi yg lain (rujuk: al-Majruhin,1/256). Hadis ini juga dinilai Dhaif Khafif (Dhaif ringan) oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi ketika beliau ditanyakan tentang memperbanyakkan puasa sunat di bulan Rajab dan Sya’ban (rujuk: video). Akan tetapi, memperbanyakkan puasa sunnah dibulan Sya’ban adalah digalakkan, kerana terdapat hadis Sahih tentang Rasulullah ﷺ banyak berpuasa sunat di bulan Sya’ban:
:: Hadis ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah ﷺ menyempurnakan puasa satu bulan penuh selain puasa Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat baginda begitu banyak berpuasa berbanding bulan Sya’ban.”
(HR. Bukhari,no.1969. Muslim,no.1156)