dari ‘Uqbah bin ‘Amir,dia berkata,
”Dahulu kami ada giliran menjaga unta, apabila datang giliranku, aku mengembalikan unta-unta tersebut ke kandangnya pada akhir siang (waktu petang). Setelah itu aku pergi kepada Rasulullah ﷺ, dan aku dapati baginda sedang berdiri berbicara kepada orang ramai, aku dapati dari perkataan baginda ialah: ‘Tiada seorang muslim yang berwudhu’ dan memperelokkan wudhu’nya, kemudian berdiri dan menunaikan solat sunat dua rakaat dengan dihadirkan jantung hati dan wajahnya, melainkan akan dimasukkannya ke dalam syurga’.” Kata ’Uqbah: “lalu aku berkata: ‘Alangkah baik (hebat) perkara ini’. Tiba-tiba seseorang di hadapanku berkata: ‘Yang sebelumnya adalah lebih baik (hebat)’. Lalu aku melihat orang itu, rupanya beliau adalah ‘Umar, lalu ‘Umar berkata: ‘Sesungguhnya aku melihat ketika engkau datang sebentar tadi, sebelum itu (sebelum kehadiranmu), baginda bersabda: Tiada seorang dari kalanganmu yang berwudhu’, dan memperelokkan wudhu’nya, kemudian membaca:

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
Asyhadu alla ilaha illAllah, waẖdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muẖammadan ‘abduhu wa rosuluh
(Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah)
melainkan dibuka untuknya kelapan-lapan pintu Syurga, dia boleh memasukinya dari mana-mana pintu yang dia mahu.”
(HR. Muslim,no.234)
(HR. Muslim,no.234)
No comments:
Post a Comment