MENU

Thursday, December 7, 2023

Berapa Hari Dibolehkan Untuk Qasar Solat Menurut Imam al-Bukhari

dari Ibnu 'Abbas,dia berkata,
“Nabi ﷺ pernah berada dalam safar selama 19 hari dengan mengqasar (meringkas) solatnya. Maka kami bila safar selama 19 hari mengqasar solat. Jika lebih dari itu,kami menyempurnakan solat (tidak qasar solat)”.
(HR. Bukhari,no.1080)

NOTA:
Ini adalah pendapat imam al-Bukhari. Ia dapat dilihat berdasarkan tajuk bab yang imam al-Bukhari tulis dalam kitab Sahih-nya. Hadis ni beliau letak dalam tajuk bab: باب ما جاء في التقصير وكم يقيم حتى يقصر (Bab: Tentang mengqasar solat dan berapa lama yg dibolehkan mengqasar solat). Seperti sedia maklum,tajuk bab dalam kitab Sahih al-Bukhari adalah merujuk kepada fiqh imam al-Bukhari. Wallahua'lam.

Sunday, August 13, 2023

Firman Allah: Sombong Adalah Selendang-Ku Dan Keagungan Adalah Sarung-Ku

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Keagungan adalah sarung-Nya dan kesombongan adalah selendang-Nya. (Allah berfirman:) ‘Barangsiapa yang menandingi-Ku (pada kedua sifat ini),maka Aku akan mengazabnya’.”
(HR. Muslim,no.2620)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Allah 'azza wa Jalla berfirman: ‘Kesombongan adalah selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Siapa yang berusaha merebut salah satunya daripada-Ku,Aku akan mencampakkannya ke dalam neraka’.”
(HR. Abu Daud,no.4090)

NOTA:
Kata imam al-Khattabi: "Makna sabda Nabi ini ialah kebesaran dan keagungan adalah sifat khas bagi Allah S.W.T. yang tidak dikongsi dengan orang lain. Makhluk tidak layak meniru kedua-dua sifat tersebut kerana sifat yang layak bagi makhluk adalah tawadhu' dan merendah. Perkataan 'Selendang' dan 'Sarung' disebutkan sebagai kiasan. Allah seolah-olah mengatakan: 'Sebagaimana seorang manusia tidak berkongsi sarung dan selendang dengan orang lain,makhluk tidak boleh berkongsi kebesaran dan keagungan dengan-Ku'. Wallahua'lam" (rujuk: Ma'alim al-Sunan,4/196). Kata imam Abu Ya'la ibn al-Farra': "Diketahui bahawa sabda Nabi 'Kesombongan adalah selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku' yang dimaksudkan dengannya adalah sesungguhnya demikian sifat dari sifat-Ku,kerana Aku mengkhususkan dengannya bukan untuk selain-Ku. Maka barangsiapa yang mengambil diantara keduanya,mereka angkuh dan bangga terhadap manusia,Aku akan masukkan ia ke dalam neraka. Dan ini sebagaimana yang dikatakan: Sesungguhnya dikatakan kepada fulan yang mempunyai dalam hatinya sebesar biji syair atau zarrah sifat tersebut" (rujuk: Ibthal al-Takwilat,481).

Saturday, August 12, 2023

Yahudi Berkata Tentang Makhluk Yang Berada Di Jari Allah

:: Hadis 1 ::
dari Abdullah (Ibn Mas’ud),dia berkata,
“Telah datang seorang Ulama’ Yahudi (kepada Nabi ﷺ) seraya berkata: ‘Sesungguhnya apabila berlaku hari kiamat,Allah akan meletakkan langit-langit di atas satu jari,bumi-bumi di atas satu jari,air dan tanah di atas satu jari,dan seluruh makhluk yang lain di atas satu jari. kemudian Dia akan menggoncangkan semuanya lalu Dia berkata: “Aku adalah al-Malik (Raja),Aku adalah al-Malik (Raja)”.’ Sesungguhnya aku telah melihat Nabi ﷺ ketawa sehingga tampak gusi baginda kerana kagum dan membenarkan perkataannya. Kemudian Nabi ﷺ membaca: ‘Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya. Padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan (az-Zumar [39]: ayat 67)’.”
(HR. Bukhari,no.7513. Muslim,no.2786)

:: Hadis 2 ::
dari Abdullah bin Mas'ud,dia berkata,
“Seorang Yahudi menemui Nabi ﷺ dan berkata: ‘Wahai Muhammad,Allah memegang langit di atas satu jari,dan seluruh bumi dengan satu jari,dan seluruh gunung dengan satu jari,dan semua pokok hanya dengan satu jari,dan seluruh makhluk yang ada hanya dengan satu jari,lalu berkata: “Akulah Raja”. Maka Rasulullah ﷺ pun tertawa hingga kelihatan gigi serinya,kemudian baginda membaca ayat: “Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya... (az-Zumar [39]: ayat 67)’.”
(HR. Bukhari,no.7414)

Friday, August 11, 2023

Solat Sunat Taubat: Hadis Dhaif & Dalil Yang Sahih

dari Abu Bakar,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tidak ada seorang hamba yang melakukan satu dosa,lalu dia memperelokkan dalam bersuci (berwudhu') dan dia kemudiannya bangun lalu mengerjakan solat dua rakaat dan memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan mengampunkan dosanya. Kemudian dia membaca ayat ini: ‘Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri,mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah,dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu,sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya) (Ali Imran [3]: ayat 135)’.”
(HR. at-Tirmidzi,no.406. Abu Daud,no.1521. Ibnu Majah,no.1395. al-Bazzar,no.9)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh imam al-Bukhari,Yahya ibn Ma'in dan al-Bazzar. Kerana hadis ini diriwayatkan oleh 'Ali bin Rabi'ah dari Asma' bin al-Hakam,dari 'Ali bin Abi Thalib,dari Abu Bakar as-Siddiq,yg mana kata imam al-Bukhari: "Asma' bin al-Hakam al-Fazari mendengar 'Ali (bin Abi Thalib),dan 'Ali bin Rabi'ah meriwayatkan daripadanya,yang termasuk dari al-Kufiyyin (Ahli Kufah)” (rujuk: at-Tarikh al-Kabir,2/54). imam al-Bukhari menyebut “al-Kufiyyin (Ahli Kufah)” kerana diketahui bahawa ahli Kufah secara adatnya (dalam periwayatan hadis) kerapkali mereka meriwayatkan hadis yang Mauquf dengan menjadikannya berstatus Marfu’. Kedua,perawi Asma' bin al-Hakam dinilai 'Majhul' (tidak dikenali) oleh imam Yahya Ibn Ma'in,dengan katanya: "Perawi ini tidak dikenali" (rujuk: Sualat al-Junaid,78). imam al-Bazzar juga berkata tentangnya (Asma' bin al-Hakam): “Majhul (tidak dikenali),dia tidak meriwayatkan selain yang ini,dan hanya Ali bin Rabi'ah yang meriwayatkannya” (rujuk: al-Bahr al-Zakhkhar,1/61/8). Malah imam at-Tirmidzi juga menilai hadis ini Dhaif selepas meriwayatkan hadis ini,dengan katanya: “Hadis 'Ali hadis yang Hasan”. Kata Syaikh Musthofa al-'Adawi (dalam video beliau),hadis ini sanadnya ada pertikaian (dari kalangan ulama' hadis),namun beliau menggunakan dalil umum yang lain sebagai dalil solat sunat taubat:

:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan dirikanlah solat (wahai Muhammad,engkau dan umatmu) pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat”.
(Hud [11]: ayat 114)

Friday, August 4, 2023

Hadis Bithaqah (Kad Kecil)

dari Abdullah bin 'Amr,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Pada hari kiamat kelak (di padang Mahsyar),akan ada salah seorang dari umatku yang dipanggil (untuk dihisab) di hadapan seluruh makhluk. Lalu dibukakan dan dibentangkan untuknya 99 buku catatan (amal buruknya semasa di dunia),yang mana setiap buku catatan tersebut luasnya sejauh mata memandang. Kemudian Allah 'Azza wa Jalla berfirman: ‘Adakah engkau mengingkari sesuatu dari catatan ini?’ Dia menjawab: ‘Tidak wahai Rabb-ku’. Allah bertanya lagi: ‘Adakah Malaikat penulis-Ku menzalimimu? Adakah engkau punya kebaikan?’ Maka dengan rasa takut,orang itu menjawab: ‘Tidak’. Allah berfirman: ‘Ada. Sesungguhnya engkau mempunyai beberapa kebaikan di sisi-Ku. Dan sesungguhnya hari ini,engkau tidak akan dizalimi’. Lalu dikeluarkan sebuah kad (kad kecil) yang tertulis padanya “Asyhadu allaa ilaaha illallaah,wa anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh (Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya)”. Lelaki itu berkata: ‘Wahai Rabb-ku,apakah (ertinya) satu kad ini (bila) dibandingkan buku yang besar ini?’ Allah menjawab: ‘Sesungguhnya engkau tidak akan dizalimi’. Lalu buku-buku catatan tersebut diletakkan dalam timbangan,sedangkan kad itu diletakkan pada ujung timbangan yang sama. Maka buku-buku catatan tersebut terangkat dan ternyata kad tersebut lebih berat’. (perawi) Muhammad bin Yahya berkata: ‘al-Bithaqah (kad) itu adalah ar-Ruq'ah (lembaran dari kertas atau kulit). Dan penduduk Mesir biasa menyebut ar-Ruq'ah dengan nama al-Bithaqah’.”
(HR. Ibnu Majah,no.4300. at-Tirmidzi,no.2639. Hadis ini dinilai 'Hasan' oleh Syaikh Musthofa al-'Adawi dalam video beliau)

Wednesday, July 26, 2023

Kisah 3 Lelaki Yang Diheret Ke Neraka Namun Dibebaskan

dari Ibnu Abbas,dia berkata,
“Seorang lelaki akan diheret ke neraka. Namun,neraka malah menjauhkan diri dan bahagian-bahagiannya mengecut antara satu sama yang lain. Allah Yang Maha Pengasih bertanya kepada neraka: ‘Apa yang terjadi padamu?’ Neraka menjawab: ‘Lelaki itu selalu memohon perlindungan (pada-Mu) agar selamat dariku’. Kemudian,Allah berfirman kepada para malaikat: ‘Bebaskanlah hamba-Ku itu’. Selanjutnya,ada lagi lelaki yang tengah diheret ke neraka. Ketika diheret,dia berkata: ‘Wahai Tuhanku,bukankah ini prasangka (baik) pada-Mu.’ Allah lalu bertanya: ‘Apa prasangka baikmu?’ Dia menjawab: ‘Rahmat-Mu akan meliputiku’. Maka Allah kembali berfirman kepada para malaikat: ‘Bebaskanlah hamba-Ku’. Terakhir,ada lagi lelaki yang diheret ke neraka,akan tetapi neraka berteriak kepadanya seakan-akan seperti tarikan baghal ketika melihat gandum,lalu berbunyi dengan kuat tatkala semua orang di sana ketakutan.”
(HR. at-Thobari [rujuk: Tafsir at-Thobari,19/244]. Ibnu Katsir [rujuk: Tafsir Ibnu Katsir,6/97]. Kata Ibnu Katsir: “Ini adalah sanad yg Sahih”)

Tuesday, July 25, 2023

Rintihan Rasulullah ﷺ Ketika Berada Di Thaif

 اللَّهمّ إلَيْكَ أَشْكُو ضَعْفَ قُوَّتِي، وَقِلَّةَ حِيلَتِي، وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، أَنْتَ رَبُّ" الْمُسْتَضْعَفِينَ، وَأَنْتَ رَبِّي، إلَى مَنْ تَكِلُنِي؟ إلَى بَعِيدٍ يَتَجَهَّمُنِي؟ أَمْ إلَى عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِي؟ إنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ عَلَيَّ غَضَبٌ فَلَا أُبَالِي، وَلَكِنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أَوْسَعُ لِي، أَعُوذُ بِنُورِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتُ، وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ مِنْ أَنْ تُنْزِلَ بِي غَضَبَكَ، أَوْ يَحِلَّ عَلَيَّ سُخْطُكَ، لَكَ الْعُتْبَى حَتَّى تَرْضَى، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إلَّا بِكَ

dari 'Abdullah bin Ja'far,dia berkata,
“Apabila meninggalnya Abu Talib,nabi ﷺ keluar menuju ke Thaif dengan berjalan kaki. Baginda ﷺ menyeru penduduk di sana untuk memeluk Islam,akan tetapi penduduk di sana tidak menerima dakwah nabi ﷺ. Lalu nabi ﷺ pun beredar sehinggalah tiba di sebatang pokok. Baginda ﷺ mendirikan solat dua rakaat kemudian berdoa: ‘Ya Allah,kepada-Mu aku mengadu lemahnya kekuatanku,sedikitnya dayaku dan kehinaanku di hadapan manusia. Wahai yang Maha Pengasih di kalangan yang pengasih! Engkau Tuhan orang-orang yang lemah (ditindas) dan Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku? Kepada orang yang jauh yang bermasam muka terhadapku atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Hal itu tidak aku risaukan,jika Engkau tidak murka kepadaku. Namun,rahmat-Mu bagiku amat luas. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menerangi kegelapan dan dibaiki urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung dari murka-Mu atau halalkan ke atasku marah-Mu. Aku sentiasa memohon redha-Mu dan tidak ada daya upaya melainkan Engkau’.”
(HR. at-Thabrani [rujuk: ad-Du'a,315]. Ibn 'Adiy [rujuk: al-Kamil,6/111]. Khatib al-Baghdadi [rujuk: al-Jami' Li-Akhlaq al-Rawi,2/275]).

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Silsilah Ahadith ad-Dha'ifah,no.2933]. Imam al-Haitsami berkata: “Diriwayatkan oleh at-Thabrani. Dan di dalam riwayat ini terdapat (perawi) Ibn Ishak,dia seorang Mudallis yg tsiqah. Perawi yg lain kesemuanya tsiqah.” (rujuk: Majma' az-Zawaid,6/35)

Wednesday, July 19, 2023

Masuk Neraka Kerana Berkata ‘Allah Tidak Akan Mengampunimu’

:: Hadis 1 ::
dari Jundab,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya ada seorang lelaki berkata: ‘Demi Allah,Allah tidak akan mengampuni si Fulan!’ Maka Allah berfirman: ‘Siapakah yang bersumpah mendahului-Ku bahawa Aku tidak akan mengampuni si Fulan? Sungguh,Aku telah mengampuninya dan menghapuskan amalmu!’.”
(HR. Muslim,no.2621)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Ada dua orang lelaki bersaudara daripada Bani Israel. Salah seorang sering melakukan dosa dan seorang lagi bersungguh-sungguh beribadah. Lelaki yang bersungguh-sungguh dalam ibadah ini setiap kali dia melihat saudaranya melakukan dosa dia akan berkata: ‘Tinggalkanlah dosa ini’. Pada suatu hari,dia mendapati saudaranya sedang melakukan dosa,lalu dia berkata: ‘Tinggalkanlah dosa ini’. Lalu saudaranya menjawab: ‘Biarkan aku dan Tuhan ku. Adakah engkau diutuskan kepada ku untuk menjadi pemerhati ke atas ku?’ Saudaranya menjawab: ‘Demi Allah,Allah tidak akan mengampuni engkau,Dia tidak akan memasukkan engkau ke dalam syurga’. Lalu Allah mencabut nyawa mereka dan mereka berkumpul di hadapan Tuhan sekalian alam. Allah berkata kepada lelaki yang kuat beribadah: ‘Adakah engkau tahu apa yang Aku tahu? Adakah engkau berkuasa atas apa yang ada pada Tangan-Ku?’ Allah berkata kepada yang sering berdosa: ‘Pergilah,masuklah ke dalam syurga dengan rahmat-Ku’. Allah berkata kepada yang lain pula: ‘Pergilah bersamanya (iaitu lelaki yang rajin beribadah itu) ke neraka’. Abu Hurairah berkata: ‘Demi tuhan yang diri ku di Tangan-Nya,lelaki itu (yang kuat beribadah itu) berkata dengan satu perkataan yang memusnahkan dunia dan akhiratnya’.”
(HR. Abu Daud,no.4901. Dinilai 'Sahih' oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Sahih wa Dha'if Sunan Abi Daud,3/926,no.4097])

Tuesday, July 18, 2023

Anjuran Memperbanyakkan Puasa Sunat Pada Bulan Muharram Dan Puasa Asyura

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sebaik-baik solat selepas solat fardhu adalah solat malam. Dan sebaik-baik puasa selepas Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah,(iaitu) Muharram”
(HR. Muslim,no.1163)

NOTA:
kata imam Ibnu Rajab al-Hanbali: “Puasa yang paling afdhal di antara bulan-bulan haram (Dzulqa'dah,Dzulhijjah,Muharram,Rajab) adalah puasa di bulan Muharram” (rujuk: Lathaif al-Ma'arif,67). Kata imam Ibnu Rajab juga: “Sesungguhnya Nabi ﷺ menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah. Penisbahannya kepada Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihannya. Sesungguhnya Allah tidak menisbahkan kepada diri-Nya melainkan makhluk-makhluk-Nya yang istimewa…” (rujuk: Lathaif al-Ma'arif,36)

:: Hadis 2 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Di zaman jahiliah dahulu,orang Quraisy biasa melakukan puasa ’Asyura. Rasulullah ﷺ juga melakukan puasa tersebut. Tatkala tiba di Madinah,baginda melakukan puasa tersebut dan memerintahkan yang lain untuk melakukannya. Namun tatkala puasa Ramadhan diwajibkan,baginda meninggalkan puasa ’Asyura. (Lalu baginda mengatakan) ‘Barangsiapa yang mahu,silakan berpuasa. Barangsiapa yang mahu,silakan meninggalkannya (tidak berpuasa)’.” 
(HR. Bukhari,no: 2002)

:: Hadis 3 ::
dari Ibnu 'Abbas,dia berkata,
“Nabi ﷺ datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Lalu baginda berkata: ‘Apakah ini?’ Mereka pun menjawab: ‘Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut’. Lalu baginda bersabda: ‘Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu’. Maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu.”
(HR. Bukhari,no.2004)

:: Hadis 4 ::
dari Ibnu ‘Abbas,dia berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ datang ke Madinah dan mendapati orang Yahudi sedang berpuasa pada hari Asyura’ (10 Muharram). Lalu Nabi ﷺ berkata kepada mereka: ‘Mengapakah kamu berpuasa pada hari ini?’ Mereka menjawab: ‘Hari ini adalah hari yang agung di mana Allah S.W.T. telah menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya serta Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Nabi Musa berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda syukur. Disebabkan itu kami pun turut berpuasa’. Maka Nabi ﷺ bersabda: ‘Kami lebih berhak dan utama mengikut Nabi Musa berbanding kamu’. Dengan itu,Rasulullah ﷺ berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut.”
(HR. Bukhari,no.3397. Muslim,no.1130. Ini adalah lafaz riwayat Muslim)

:: Hadis 5 ::
dari Ibnu 'Abbas,dia berkata,
“Aku tidak pernah melihat Nabi ﷺ berpuasa pada satu hari di mana baginda ﷺ lebih istimewakannya berbanding hari-hari yang lain melainkan pada hari ini iaitu hari Asyura' (10 Muharram)...”
(HR. Bukhari,no.2006)

NOTA:
Ganjaran pahala bagi orang yang berpuasa tersangatlah besar. Boleh rujuk post sebelum ini tentang kelebihan memperbanyakkan puasa sunat. klik:

Friday, July 7, 2023

Ganjaran Bagi Orang Yang Selalu Berpuasa Sunat

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Setiap amalan anak Adam akan digandakan,1 kebaikan digandakan dengan 10 kali sehingga 700 kali ganda. Allah 'Azza wa Jalla berkata: ‘Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Aku lah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya. Orang yang berpuasa itu telah meninggalkan nafsu syahwat dan makan minum kerana Aku’. Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi.”
(HR. Muslim,no.1151)

NOTA:
Tentang sabdaan Nabi ﷺ “Semua amalan digandakan 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda,kecuali puasa”,imam Ibnu Rajab al-Hanbali berpendapat bahawa ia bermaksud bilangan pahalanya tidak terhad kepada bilangan itu,malah Allah melipatgandakan pahalanya tanpa batas. Kerana puasa itu sebahagian daripada kesabaran,dan Allah ﷻ berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk mereka dengan tidak terkira” (Surah az-Zumar [39]: ayat 10). (rujuk: Lathaif al-Ma'arif,283-284). Imam al-Munawi berkata: “Orang yang berpuasa,Aku (Allah) memberinya balasan pahala yang banyak. Aku yang menguruskan balasan pahala itu tanpa diwakilkan kepada malaikat yang paling dekat atau makhluk-makhluk lain kerana puasa itu rahsia antara-Ku dengan hamba-Ku. Ini kerana apabila ditahan dirinya daripada nafsu syahwat maka ia diberi pahala dengan pengawasan Allah SWT.” (rujuk: Faidh al-Qadir,4/250)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
Allah berfirman: “Semua amal perbuatan anak Adam (manusia) adalah untuknya melainkan puasa,kerana sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Aku yang akan memberinya ganjaran (pahala). Puasa itu adalah merupakan perisai. Oleh itu,janganlah berkata keji dan jangan pula berteriak-teriak. Sekiranya ada seseorang mencelanya atau memeranginya,maka katakanlah: ‘Sesungguhnya aku berpuasa’. Demi Dia (Allah) yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya,bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT daripada aroma minyak kasturi. Orang yang berpuasa itu memiliki dua kegembiraan,dia berasa gembira dengan dua perkara,iaitu apabila berbuka dia berasa gembira  dan apabila bertemu Tuhannya,dia berasa gembira dengan puasanya.”
(HR. Bukhari,no.1904)

NOTA:
Namun harus diingat,untuk mendapatkan gandaan pahala ini juga memerlukan syarat lain yg perlu dituruti. Jika mengabaikannya,maka pahala puasanya boleh berkurang,malah tidak mendapat pahala walau sedikitpun,berdasarkan sebuah hadis:

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya,maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”.
(HR. Bukhari,no.6057)

:: Hadis 3 ::
dari Abu Sa'id al-Khudri,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah,maka Allah akan menjauhkan wajahnya dari neraka sejauh 70 musim”
(HR. Bukhari,no.2840. Muslim,no.1153)

NOTA:
Kata imam Ibnu Hajar al-Asqalani,maksud "70 musim" dalam hadis ini ialah "70 tahun perjalanan" (rujuk: Fathul Bari,6/48)

:: Hadis 4 ::
dari Sahl,bahawa Nabi ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melaluinya (pintu tersebut) pada hari kiamat,serta tidak ada seorang pun selain daripada mereka yang akan masuk melaluinya (pintu itu). Ditanyakan: ‘Dimanakah orang-orang yang berpuasa?’ Lalu mereka pun berdiri. Tidak ada seorang pun selain daripada mereka yang akan masuk melaluinya (pintu itu). Apabila mereka telah masuk,pintu itu ditutup dan tidak ada seorang pun yang masuk (lagi) melaluinya.”
(HR. Bukhari,no.1896. Muslim,no.1152)

:: Hadis 5 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa menginfakkan sepasang (daripada harta benda) di jalan Allah,maka dia akan diseru dari pintu-pintu syurga: ‘Wahai hamba Allah,ini adalah satu kebaikan’. Sesiapa yang terdiri daripada kalangan orang yang solat,maka akan diseru daripada pintu solat,sesiapa yang terdiri daripada kalangan orang yang berjihad,akan diseru dari pintu jihad,sesiapa yang terdiri daripada kalangan orang yang berpuasa,akan diseru daripada pintu ar-Rayyan,dan sesiapa yang terdiri daripada kalangan orang yang bersedekah,akan diseru daripada pintu sedekah”. Setelah itu,Abu Bakar r.a. bertanya: “Demi bapa dan ibuku sebagai tebusanmu wahai Rasulullah! Tiadalah ke atas orang yang diseru dari pintu-pintu itu ditimpa daripada sebarang kemudaratan. Lalu adakah terdapat orang yang akan diseru daripada semua pintu-pintu itu?” Baginda menjawab: “Ya,dan aku berharap engkau termasuk dalam kalangan mereka.”
(HR. Bukhari,no.1897)

Saturday, June 24, 2023

Mencaci Ibu Bapa Orang Lain Adalah Dosa Besar

dari Abdullah bin 'Amr,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya dosa yang paling besar dalam dosa-dosa yang besar ialah seorang lelaki melaknat ibu bapanya”. Ditanya: “Wahai Rasulullah,bagaimana boleh seseorang itu melaknat ibu bapanya?” Baginda bersabda: “Seseorang itu mencaci ayah kepada orang lain,lalu orang itu mencaci ayahnya dan ibunya.”
(HR. Bukhari,no.5973. Muslim,no.90)

Friday, June 23, 2023

Dunia Merupakan Penjara Bagi Orang Beriman Dan Syurga Bagi Orang Kafir

dari Abu Hurairah,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir.”
(HR. Muslim,no.2956. at-Tirmidzi,no.2324. Ahmad,no.8289. Ibnu Majah,no.4113)

NOTA:
Imam an-Nawawi menjelaskan bahawa makna hadis ini bahawa orang mukmin (beriman) terpenjara di dunia kerana dia mesti menahan diri daripada pelbagai syahwat yang diharamkan dan dimakruhkan. Orang mukmin juga diperintahkan untuk melakukan ketaatan. Ketika dia mati,barulah dia rehat daripada hal itu. Kemudian dia akan memperoleh apa yang telah Allah janjikan dengan kenikmatan yang kekal,dan juga kerehatan yang sebenarnya tanpa berkurang sedikit pun. Adapun orang kafir,dunia yang dia peroleh sedikit ataupun banyak,ketika dia meninggal dunia,dia akan mendapat azab seksa selama-lamanya dan akan berada dalam kesusahan yang abadi (rujuk: Syarh 'ala Sahih Muslim,18/93). Imam Ibn al-Qayyim menyebut dua pentafsiran daripada hadis ini,iaitu: Pertama,orang yang beriman di dunia ini,maka keimanannya yang kuat dapat menghalangnya daripada menuruti nafsu syahwat yang diharamkan oleh Allah SWT. Sehingga dengan keadaan seperti ini,seolah-olah dia hidup dalam penjara. Atau dengan kata lain,dunia ini adalah tempat orang yang beriman memenjarakan (menahan) hawa nafsunya daripada perbuatan-perbuatan yang diharamkan oleh Allah SWT,berbeza dengan orang kafir yang hidup bebas menurutkan nafsu syahwatnya. Kedua,dunia ini adalah penjara (bagi) orang yang beriman dan syurga (bagi) orang kafir apabila dibandingkan dengan keadaan atau balasan orang yang beriman dan orang kafir di hari akhirat kelak. Ini kerana,bagi orang yang beriman,meskipun hidupnya di dunia paling senang dan bahagia,namun keadaan tersebut tetap sahaja seperti penjara jika dibandingkan dengan besarnya balasan kebaikan dan kenikmatan yang Allah SWT sediakan untuknya di syurga pada hari akhirat kelak. Manakala bagi orang kafir,meskipun hidupnya di dunia paling sengsara dan menderita,namun keadaan tersebut tetap sahaja seperti syurga jika dibandingkan dengan pedihnya balasan keburukan dan azab seksaan yang Allah SWT akan timpakan kepadanya di neraka pada hari akhirat nanti (rujuk: Bada’i’ al-Fawa’id,3/696). Wallahua'lam.

Thursday, June 22, 2023

Puasa 3 Hari Setiap Bulan Umpama Berpuasa Sepanjang Tahun

:: Hadis 1 ::
dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As̄,Nabi ﷺ bersabda,
“...Puasa tiga hari (setiap bulan) adalah seperti puasa sepanjang tahun...”
(HR. Bukhari,no.1979. Muslim,no.1159)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Kekasihku (Rasulullah) ﷺ berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan,dua rakaat Dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur.”
(HR. Bukhari,no.1981. Muslim,no.721)

:: Hadis 3 ::
dari Mu'adz al-'Adawiyah,bahawa dia bertanya kepada 'Aisyah isteri Nabi ﷺ,
“Apakah setiap bulan Rasulullah ﷺ selalu berpuasa tiga hari?” 'Aisyah menjawab: ‘Ya’. Aku bertanya lagi kepadanya: ‘Pada hari apa baginda berpuasa?’ 'Aisyah menjawab: ‘Baginda tidak terlalu mempersoalkan pada hari apa sahaja baginda berpuasa’.”
(HR. Muslim,no.1160)

Makan Daging Unta Membatalkan Wudhu'

dari Jabir bin Samurah,dia berkata,
“Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah ﷺ: ‘Apakah aku perlu berwudhu setelah (makan) daging kambing?’ Baginda menjawab: ‘Berwudhulah jika engkau mahu. Jika tidak,maka jangan berwudhu’. Orang itu bertanya lagi: ‘Apakah aku harus berwudhu setelah (makan) daging unta?’ Baginda menjawab: ‘Ya,berwudhulah setelah (makan) daging unta’. Orang itu bertanya lagi: ‘Bolehkah aku solat di kandang kambing?’ Baginda menjawab: ‘Ya,boleh’. Dia bertanya lagi: ‘Bolehkah aku solat di kandang unta?’ Baginda menjawab: ‘Tidak boleh’.”
(HR. Muslim,no.360)

NOTA:
Ulama' berselisih pendapat tentang batalnya wudhu orang yg makan daging unta. Imam Ahmad ibn Hanbal dan Imam Ishaq bin Rahawaih berpendapat bahawa makan daging unta membatalkan wudhu,namun imam Sufyan ast-Tsauri & sebahagian ulama' berpendapat ianya tidak membatalkan wudhu seperti yg dikatakan oleh imam at-Tirmidzi: “Ini pendapat Ahmad dan Ishaq. Dan telah diriwayatkan dari sebahagian ahli ilmu dari kalangan tabi'in dan selainnya,mereka berpendapat bahawasanya tidak harus wudhu kerana makan daging unta. Ini adalah pendapat Sufyan ast-Tsauri dan penduduk Kufah” (rujuk: Jami' at-Tirmidzi,no.81)

Status Hadis: Wajib Berniat Puasa Pada Malam Hari

dari Hafsah,isteri Nabi ﷺ,bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda,
“Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar,maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut).”
(HR. Abu Daud,no.2454. at-Tirmidzi,no.730. an-Nasaie,no.2331)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' (lemah: tidak sahih) & Ma'lul (cacat) oleh para Ulama' Hadis. Yg rajih (tepat),hadis ini Mauquf (ucapan Hafsah),bukan Marfu' (ucapan Nabi ﷺ). Imam Bukhari berkata tentang hadis ini: “Tidak marfu' lebih tepat” (rujuk: al-Awsath,2/253). imam an-Nasaie berkata: “Yg benar di sisiku adalah Mauquf,tidak sahih akan marfu'nya,wallahua'lam. Sebab Yahya bin Ayyub (perawi dalam sanad ini) tidak kuat,dan hadis ibnu Juraij,dari az-Zuhri tidak terpelihara” (rujuk: al-Mizzi,at-Tuhfah,11/286). imam at-Tirmidzi menyebut bahawa dia telah tersilap (iaitu disandarkan kepada Nabi ﷺ),lalu at-Tirmidzi berkata: “Ia adalah hadis yg di dalamnya terdapat idthirab (kekeliruan),dan yg sahih dari ibnu Umar adalah Mauquf,dan (perawi) Yahya bin Ayyub adalah seorang yg Soduq (benar)” (rujuk: al-'ilal al-Kabir,118). Imam Abu Hatim ar-Razi menyebutkan riwayat dari Abdullah bin Abi Bakr,dan perbezaannya,lalu dia berkata: “Diriwayatkan dari az-Zuhri,dari Hamzah bin Abdullah bin Umar,dari Hafsah ucapannya,bukan Marfu',dan ini bagiku lebih (tepat) seperti” (rujuk: al-'ilal,1/225,no.654). Syaikh Yusuf al-Qaradhawi berkata: “Bagi mereka yang mengamalkan hadis di atas,maka waktu niat baginya adalah sebelum fajar,sedangkan bagi mereka yang tidak berpegang dengan hadis di atas,boleh saja berniat sebelum atau sesudah fajar (apabila telah siang) sebagaimana mazhab Abu Hanifah yg membolehkan niat di lakukan sehingga tengah hari” (rujuk: Fiqh as-Siyam,105). Wallahua'lam.

Wednesday, June 21, 2023

Urusan Dan Amal Yang Baik Naik Kepada Allah

:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Allah mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya (bagi melaksanakan tadbir-Nya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi,kemudian diangkat naik kepada-Nya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbir-Nya itu untuk dihakimi-Nya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa”
(as-Sajdah [32]: ayat 5)

:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah) kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan),dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya,orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan) adalah bagi mereka azab seksa yang berat dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa”
(Faatir [35]: ayat 10)

:: Hadis ::
dari Abu Hurairah,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Di antara kamu ada malaikat yang silih berganti bertugas mengiringi kamu di waktu malam dan siang,mereka berkumpul ketika solat Asar dan solat Subuh. Malaikat yang mengawasi amal kamu pada malam hari naik (ke langit) lantas Allah bertanya kepada mereka (dan Allah lebih tahu keadaan kamu): ‘Bagaimana kamu tinggalkan hamba-hamba-Ku?’ Para malaikat menjawab: ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka tengah mendirikan solat dan kami mendatangi mereka dalam keadaan mereka mendirikan solat’.”

Pada jalur lain,dari Abu Hurairah,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Barangsiapa bersedekah dengan sebutir biji kurma dari penghasilan yang baik,dan tidak ada yang naik kepada Allah kecuali amal yang baik,maka Allah menerimanya dengan tangan kanan-Nya,kemudian mengembangkannya untuk pelakunya sebagaimana salah seorang diantara kamu merawat kuda peliharaannya hingga menjadi sebesar gunung”.
(HR. Bukhari,no.7429,7430. Muslim,no.632. Dan ini adalah lafaz riwayat Bukhari)

Malaikat Naik Kepada Allah

:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“Para malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan,dalam sehari setara dengan lima puluh ribu tahun”
(al-Ma'arij [70]: ayat 4)

:: Hadis ::
dari Abu Hurairah,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Di antara kamu ada malaikat yang silih berganti bertugas mengiringi kamu di waktu malam dan siang,mereka berkumpul ketika solat Asar dan solat Subuh. Malaikat yang mengawasi amal kamu pada malam hari naik (ke langit) lantas Allah bertanya kepada mereka (dan Allah lebih tahu keadaan kamu): ‘Bagaimana kamu tinggalkan hamba-hamba-Ku?’ Para malaikat menjawab: ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka tengah mendirikan solat dan kami mendatangi mereka dalam keadaan mereka mendirikan solat’.”

Pada jalur lain,dari Abu Hurairah,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Barangsiapa bersedekah dengan separuh biji kurma dari penghasilan yang baik,dan tidak ada yang naik kepada Allah kecuali amal yang baik,maka Allah menerimanya dengan tangan kanan-Nya,kemudian mengembangkannya untuk pelakunya sebagaimana salah seorang diantara kamu merawat kuda peliharaannya hingga sebesar gunung”.
(HR. Bukhari,no.7429,7430. Muslim,no.632. Dan ini adalah lafaz riwayat Bukhari)

Mengatakan ‘Dosa Sekian Lebih Baik Dari Dosa Sekian’

dari 'Abdullah ibnu Mas'ud,dia berkata,
“Aku bersumpah dengan nama Allah lalu aku mendustai (sumpah itu),lebih aku sukai daripada aku bersumpah dengan selain-Nya,meskipun aku jujur (menunaikan sumpah itu)”.
(HR. Abdurrazaq,no.15929)

NOTA:
Hadis ini 'Sahih' kerana kata imam al-Mundziri (tentang sanad hadis ini): “Dan perawinya adalah perawi yg sahih” (rujuk: at-Targhib,5/209). Kata imam al-Haitsami: “Dan rijalnya adalah rijal yg sahih” (rujuk: al-Majma',4/177). Hadis ini juga dinilai 'Sahih' oleh Syaikh al-Albani (rujuk: Irwa' al-Ghalil,no.2562).

Dari hadis ini dapat difahami bahawa dibolehkan untuk kita membandingkan di antara dua dosa dengan tujuan untuk membandingkan bahawa dosa pertama adalah dosa besar,akan tetapi dosa kedua itu lebih dahsyat dan besar dosanya daripada dosa yg pertama. Bukan dengan maksud/tujuan untuk meringan-ringankan dosa. Wallahua'lam.

Monday, June 19, 2023

1 - 10 Dzulhijjah: Pahala Amal Ibadah Digandakan

:: Hadis 1 ::
dari Ibnu ‘Abbas,Nabi ﷺ bersabda,
“Tidak ada amalan pada hari-hari lain yang lebih utama daripada amalan pada hari ini (hari yang kesepuluh bulan Dzulhijjah). Mereka (sahabat) bertanya: ‘Meskipun jihad?’ Baginda menjawab: ‘(Ya),tidak juga jihad,melainkan seorang lelaki yang keluar untuk membahayakan dirinya dan hartanya (untuk jalan Allah),dan tidak kembali dengan membawa apa-apa’.”
(HR. Bukhari,no.969)

:: Hadis 2 ::
dari Ibnu ‘Abbas,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tiadalah hari di mana amalannya yang soleh lebih baik dan disukai oleh Allah SWT daripada hari-hari sepuluh Dzulhijjah. Lantas sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah sekalipun jihad pada jalan Allah?’ Baginda menjawab: ‘Sekalipun jihad pada jalan Allah,kecualilah seseorang lelaki keluar dengan dirinya dan hartanya kemudian tidak pulang daripada demikian itu (iaitu mati syahid)’.”
(HR. Abu Daud,no.2438)

Thursday, June 15, 2023

Allah Memaafkan Dosa Yang Disebabkan Tersilap,Terlupa Atau Dipaksa

:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“...Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya,tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan ingatlah,Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.
(al-Ahzab [33]: ayat 5)

:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah),kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman. Akan tetapi,sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur,maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah dan mereka pula beroleh azab yang besar.”
(an-Nahl [16]: ayat 106)

:: Hadis ::
dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Ketika turun ayat pada Rasulullah ﷺ: “Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya,nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) Dan (ingatlah),Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (al-Baqarah [2]: ayat 284)”. Abu Hurairah berkata: ‘Maka hal tersebut terasa berat atas para sahabat Rasulullah ﷺ,lalu mereka mendatangi Rasulullah ﷺ dan mengucapkan salam di atas kenderaan lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah,kami diberi beban amalan yang mana kami mampu melakukannya,iaitu solat,puasa,jihad dan sedekah. Sungguh telah diturunkan ayat ini kepadamu dan kami tidak mampu melakukannya’. Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Apakah kamu ingin mengucapkan sebagaimana Ahlul Kitab sebelum kamu mengucapkan ‘Kami mendengar dan kami menderhakai’,akan tetapi katakanlah ‘Kami mendengar dan kami mentaatinya,ampunilah kami ya Rabb kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.’ Mereka menjawab: ‘Kami mendengar dan kami mentaatinya,ampunilah kami ya Rabb kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.’ Ketika kaum tersebut membacanya,maka lisan-lisan mereka tunduk dengannya,lalu Allah menurunkan selepasnya: “Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya,demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah,dan malaikat-malaikat-Nya,dan Kitab-kitab-Nya,dan Rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): ‘Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya’. Mereka berkata lagi: ‘Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami,dan kepada-Mu jualah tempat kembali’ (al-Baqarah [2]: ayat 285)”. Ketika mereka melakukan hal tersebut,maka Allah menghapusnya,lalu menurunkan (ayat): “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya,dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah”. Allah menjawab: ‘Ya’. (Mereka berdoa lagi): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami”. Allah menjawab: ‘Ya’. (Mereka berdoa lagi): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya”. Allah menjawab: ‘Ya’. (Mereka berdoa lagi): “Dan maafkanlah kesalahan kami,serta ampunkanlah dosa kami,dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami. Oleh itu,tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (al-Baqarah [2]: ayat 286)”. Allah menjawab: ‘Ya’.”
(HR. Muslim,no.125)

Wednesday, June 14, 2023

Allah Berbisik Kepada Seorang Hamba Yang Berdosa Di Akhirat

dari Sofwan bin Muhriz,dia berkata,
“Seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibnu Umar: ‘Bagaimana engkau mendengar sabda Rasulullah ﷺ tentang an-Najwa (bisikan di hari kiamat)?’ Ibnu Umar menjawab: ‘Salah seorang dari kamu akan mendekat kepada Rabb-nya. Kemudian Dia meletakkan naungan-Nya di atasnya (maksudnya menutupi kesalahannya),kemudian Dia berfirman: ‘Apakah kamu telah berbuat (dosa) ini dan ini?’ hamba itu menjawab: ‘Ya,benar’. Dia berfirman lagi: ‘Apakah kamu telah melakukan (dosa) ini dan ini?’ Hamba itu menjawab: ‘Ya,benar’. Dia pun mengulang-ulang pertanyannya,kemudian berfirman: ‘Sesungguhnya Aku telah menutupinya (merahsiakannya) di dunia dan pada hari ini aku telah mengampuninya bagimu’.”
(HR. Bukhari,no.6070)

Tuesday, June 13, 2023

Adab & Sunnah Ketika Mengetuk Pintu Rumah Orang

dari ‘Abdullah bin Busr,dia berkata,
“Apabila Rasulullah ﷺ sampai di pintu rumah seseorang,baginda tidak akan berdiri menghadap pintu tersebut,sebaliknya baginda akan berdiri di sisi kanan atau kiri pintu sambil mengucap: ‘Assalamu'alaikum,Assalamu'alaikum’. Ini kerana ketika itu tiada langsir di pintu rumah.”
(HR. Abu Daud,no.5186. Hadis ini dinilai ‘Sahih’ oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Sahih al-Jami',2/849,no.4638])

NOTA:
Hikmah dari perbuatan Nabi ﷺ ini adalah agar tetamu tidak terlihat perkara yang aib atau haram dilihat ataupun perkara yg mungkin ‘tuan rumah’ tidak suka jika dilihat oleh orang lain.

Monday, June 12, 2023

Orang Kafir Berjalan Menggunakan Wajahnya Di Akhirat Kelak

dari Anas,dia berkata,
“Sesungguhnya seseorang bertanya: ‘Wahai Rasulullah,bagaimanakah orang kafir dihimpunkan di atas wajah mereka pada Hari Kiamat?’ Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Bukankah Allah yang menjadikannya berjalan dengan menggunakan dua kakinya semasa di dunia. Jadi,sudah tentu Dia mampu menjadikan mereka berjalan dengan menggunakan wajahnya pada Hari Kiamat’.”
(HR. Bukhari,no.4760. Muslim,no.2806)

Sunday, June 11, 2023

Makan Daging Yang Disembelih Oleh Muallaf

 dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Suatu kaum berkata kepada Nabi ﷺ: ‘Sesungguhnya ada suatu kaum datang kepada kami dengan membawa daging. Kami tidak tahu adakah ketika disembelih,(mereka) menyebut nama Allah atau tidak’. Baginda menjawab: ‘Hendaklah kamu menyebut nama Allah,kemudian makanlah’. Mereka baru sahaja meninggalkan kekufuran (baru masuk islam)”.
(HR. Bukhari,no.5507)

Rasulullah Makan Masakan Yahudi

:: Hadis 1 ::
dari Anas bin Malik,dia berkata,
“Ada seorang wanita Yahudi yang datang menemui Nabi ﷺ dengan membawa seekor kambing yang telah diracun,lalu baginda memakannya. Kemudian wanita itu diringkus dengan bukti daging tersebut dan dikatakan: ‘Tidakkah sebaiknya kita bunuh saja?’. Baginda menjawab: ‘Jangan’. Sejak itu aku sentiasa melihat bekas racun tersebut pada anak lidah Rasulullah ﷺ.”
(HR. Bukhari,no.2617)

:: Hadis 2 ::
dari Anas,dia berkata,
“Seorang wanita Yahudi menghantar daging yang telah dibubuh racun kepada Nabi ﷺ,lalu baginda makan sebahagian. Kemudian wanita itu dipanggil ke hadapan Rasulullah ﷺ,lalu baginda bertanya kepadanya tentang racun itu. Jawabnya: ‘Aku sengaja hendak membunuhmu’. Nabi ﷺ bersabda: ‘Tidak mungkin Allah S.W.T. akan memberi wewenang kepadamu untuk melakukan demikian’. Para sahabat bertanya: ‘Bolehkah kami bunuh wanita itu?’ Jawab baginda: ‘Jangan!’ Kami melihat jelas bekas racun itu kelihatan di leher Rasulullah ﷺ.”
(HR. Muslim,no.2190)

:: Hadis 3 ::
dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Ketika Khaibar ditakluk,Rasulullah ﷺ diberi hadiah seekor kambing beracun. Rasulullah ﷺ langsung bersabda: ‘Tolong kumpulkan orang-orang Yahudi yang ada di sini’. Maka mereka dikumpulkan di hadapan baginda. Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Aku akan bertanya kepada kamu tentang sesuatu,apakah kamu akan menjawab dengan jujur?’. Mereka menjawab: ‘Ya,wahai Abu Qasim (Nabi Muhammad ﷺ)’. Lalu Rasulullah ﷺ bertanya: ’Siapakah ayah kamu?’ Mereka menjawab: ‘Ayah kami si fulan’. Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Kamu bohong! Padahal ayah kamu adalah si fulan’. Mereka menjawab: ‘Engkau benar’. Lalu baginda bersabda kepada mereka: ‘Apakah kamu akan jujur jika aku tanya tentang sesuatu?’ Mereka menjawab: ‘Ya,dan jika kami berbohong (lagi),nescaya engkau mengetahuinya sebagaimana engkau mengetahui ayah-ayah kami’. Rasulullah ﷺ bertanya kepada mereka: ‘Siapakah penghuni neraka?’ Mereka menjawab: ‘Kami berada di dalamnya sebentar dan kemudian engkau menggantikan kami di dalamnya’. Maka Rasulullah ﷺ berkata kepada mereka: ‘Terhinalah kamu di dalamnya,demi Allah S.W.T.,kami tidak akan menggantikan kamu di dalamnya selamanya’. Lalu Rasulullah ﷺ bertanya kepada mereka: ‘Apakah kamu akan berkata jujur terhadap pertanyaan yang akan aku tanyakan kepada kamu?’ Mereka menjawab: ‘Ya’. Baginda bersabda: ‘Apakah kamu membubuh racun pada (daging) kambing tersebut?’ Mereka menjawab: ‘Ya’. Baginda bertanya: ‘Apa yang menyebabkan kamu melakukan demikian?’ Mereka menjawab: ‘Kami ingin terbebas jika engkau seorang pembohong. Dan jika engkau benar seorang Nabi,maka (racun itu) tidak akan membahayakanmu’.”
(HR. Bukhari,no.5777)

Rasulullah Pernah Makan Ayam

:: Hadis 1 ::
dari Abu Musa al-Asy'ari,dia berkata,
“Aku melihat Nabi ﷺ makan (daging) ayam.”
(HR. Bukhari,no.5517)

:: Hadis 2 ::
dari Zahdam,dia berkata,
“Aku pernah bersama Abu Musa al-Asy'ari,sementara kami dengan kaum tersebut sedang menjalin hubungan persaudaraan. Kemudian kami di jamu dengan jamuan yang terdapat daging ayam. Di kaum tersebut terdapat seorang lelaki berkulit merah sedang duduk menyendiri dan tidak mahu mendekat,lalu Abu Musa berkata: ‘Mendekatlah,kerana aku pernah melihat Rasulullah ﷺ memakannya’..."
(HR. Bukhari,no.5518)

Saturday, June 10, 2023

5 Hari Yang Dilarang Berpuasa

● HARI RAYA AIDILFITRI & AIDILADHA ●

dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ melarang puasa dua hari kebesaran iaitu pada Hari Raya Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan pada Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal).”
(HR. Muslim,no.1138)


● HARI TASYRIQ ●

dari Nubaisyah al-Hudzali,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Dzulhijjah) adalah hari makan dan minum.”
(HR. Muslim,no.1141)

NOTA:
Larangan berpuasa pada hadis-hadis ini termasuk puasa Qadha (ganti),puasa Nadzar & puasa Kaffarah. Wallahua'lam.

Thursday, June 1, 2023

Wajib Mengikuti Salaf Dan Salaf Adalah Generasi Terbaik

:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar,dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat),Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia,serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.”
(at-Taubah [9]: ayat 100)

:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya),dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman,Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali”.
(an-Nisa' [4]: ayat 115)

:: Hadis 1 ::
dari ‘Aisyah,bahawa Rasulullah ﷺ berkata kepada Fathimah,
“..Aku adalah sebaik-baik Salaf (pendahulu) buat kamu..”
(HR. Bukhari,no.6285,6286. Muslim,no.2450)

:: Hadis 2 ::
dari Ibnu Mas'ud,Nabi ﷺ bersabda,
“Sebaik-baik umatku ada yang kurun yang mana mereka menyertai aku,kemudian orang yang datang selepas mereka kemudian orang yang datang selepas mereka. Kemudian akan datang satu golongan yang mana mendahulukan penyaksian daripada sumpah dan menjadikan sumpahnya sebagai penyaksian (isyarat kepada banyaknya penyaksian dan sumpah yang palsu).”
(HR. Bukhari,no.3650. Muslim,no.2533)

Memfitnah Adalah Dosa Besar

:: Hadis 1 ::
dari Hudzaifah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)”
(HR. Bukhari,no.6056. Muslim,no.105)

:: Hadis 2 ::
dari Ibnu ‘Abbas,dia berkata,
“Nabi ﷺ pernah melalui dua buah kubur,lalu baginda bersabda: ‘Sesungguhnya dua mayat ini (di dalam kubur ini) sedang diseksa tetapi bukanlah kerana mereka melakukan dosa yang besar. Seorang daripadanya diseksa kerana tidak mencuci air kencingnya (dengan betul dan sempurna),manakala seorang lagi diseksa kerana sentiasa berjalan bagi tujuan mengadu domba’. Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu mematahkannya menjadi dua. Setelah itu baginda menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua. Para sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah,mengapa engkau melakukan hal sedemikian?’ Maka Rasulullah bersabda: ‘Semoga dengan pelepah ini dapat meringankan seksanya selagimana ia belum kering’.”
(HR. Bukhari,no.216. Muslim,no.439)

:: Hadis 3 ::
dari ‘Abdullah bin Mas’ud,Muhammad ﷺ bersabda,
“Mahukah aku khabarkan kepada kamu apa itu al'-‘Adhhu? Itulah perbuatan namimah untuk merosakkan hubungan antara sesama manusia. Sesungguhnya seseorang itu sentiasa berlaku jujur sehingga dia ditulis (di sisi Allah) sebagai seorang yang jujur dan yang sentiasa berdusta sehingga dia ditulis sebagai seorang pendusta”
(HR. Muslim,no.2606)

Sahihkah Doa “Allahumma Innaka 'Afuw...”

dari 'Aisyah,dia berkata,
“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ: ‘Jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah Lailatul Qadar,maka apakah doa yang mesti kuucapkan?’ Jawab Nabi ﷺ: ‘Berdoalah:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allahumma innaka ʿAfuwwun Tuẖibbul ʿAfwa,Faʿfuʿanni
(Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka akan keampunan,maka ampunkanlah aku).”
(Ibnu Majah,no.3840. at-Tirmidzi,no.3435. at-Tirmidzi berkata,hadis ini 'Hasan Sahih')

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh ad-Daraquthni,kerana hadis ini diriwayatkan oleh Abdullah bin Buraidah dari 'Aisyah,yg mana dia (Abdullah) tidak mendengar apa-apa daripada 'Aisyah (rujuk: as-Sunan,4/336). al-Baihaqi juga menukilkan perkataan ad-Daraquthni bahawa Abdullah bin Buraidah tidak mendengar daripada 'Aisyah (rujuk: al-Ma'rifah,10/48). Hadis ini juga dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh Khalid al-Hayek di dalam website rasmi beliau (pada 'Soalan' - no.36) ketika ditanya tentang kesahihan hadis ini,dan Syaikh Khalid al-Hayek berkata 'Mursal' (sanad terputus). Syaikh Musthofa al-'Adawi juga menilai hadis ini sebagai 'Dhaif' di dalam video beliau,kerana hadis ini Munqothi' (sanad terputus) antara Abdullah bin Buraidah dan 'Aisyah. Namun terdapat sebuah hadis yg Sahih berkenaan Lailatul Qadar dari 'Aisyah:

dari 'Aisyah,dia berkata,
“Seandainya aku mengetahui suatu malam,Lailatul Qadar,aku tidak akan meminta kepada Allah di dalamnya melainkan keselamatan”.
(HR. Ibnu Abi Syaibah [rujuk: al-Musonnaf,no.29187]. Hadis ini dinilai 'Sahih' oleh Syaikh Khalid al-Hayek)

Hijab (Pembatas) Allah Adalah Cahaya

:: Hadis 1 ::
Dari Abu Musa al-Asy’ari,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ pernah berdiri di hadapan kami dan menyampaikan lima kalimat. Baginda ﷺ bersabda: ‘Sesungguhnya Allah tidak tidur dan tidak layak bagi-Nya tidur. Diangkat kepada-Nya amalan malam sebelum amalan siang. Hijab-Nya adalah cahaya. Sekiranya hijab itu terangkat,nescaya sinaran wajah-Nya akan membakar semua makhluk yang tercapai oleh pandangan-Nya’.”
(HR. Muslim,no.179)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Dzar,dia berkata,
“Aku bertanya kepada Rasulullah ﷺ: ‘Adakah kamu melihat Rabb-mu (ketika peristiwa Mi'raj)?’ Baginda menjawab: ‘Ada cahaya,bagaimana mungkin aku boleh melihat-Nya’.”
(HR. Muslim,no.178)

:: Hadis 3 ::
dari Suhaib,Nabi ﷺ bersabda,
“Apabila seorang ahli syurga memasuki syurga,Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman: ‘Apakah kamu ingin aku tambahkan lagi nikmat kepadamu?’ Mereka menjawab: ‘Tidakkah Engkau telah memutihkan wajah-wajah kami? Tidakkah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatakan kami daripada api neraka?’ Lalu Allah membuka hijab (membuka pembatas-Nya dan menampakkan diri-Nya),dan tidaklah mereka itu diberikan sesuatu yang lebih mereka cintai berbanding nikmat melihat Tuhan mereka Allah ‘Azza wa Jalla.”
(HR. Muslim,no.181. Ibnu Majah,no.187)

Bercakap (Berbual) Ketika Makan Adalah Sunnah

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Kami pernah bersama Nabi ﷺ dalam sebuah undangan. Kemudian dibawakanlah paha kambing dan baginda menyukainya. Kemudian baginda menggigitnya dengan satu gigitan lalu bersabda: ‘Aku adalah penghulu kaum (manusia) pada hari kiamat...”
(HR. Bukhari,no.3340. Muslim,no.194)

:: Hadis 2 ::
Jabir bin Abdullah,dia berkata,
“Suatu hari aku diajak oleh Rasulullah ﷺ untuk ke rumahnya. Kemudian baginda mengeluarkan sepotong roti. Baginda bertanya kepada isterinya: ‘Apakah ada lauk pauk?’ Mereka menjawab: ‘Tidak ada,kecuali sedikit cuka’. Lalu baginda bersabda: ‘Sesungguhnya cuka adalah sebaik-baik lauk’. Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya dari Nabiyullah ﷺ’.”
(HR. Muslim,no.2052)

NOTA:
Kata imam an-Nawawi,hadis ini menjadi dalil disunatkan bercakap ketika makan kerana menambah kemesraan sesama orang-orang yg makan (rujuk: Syarah 'ala Sahih Muslim,7/14).

Wednesday, May 31, 2023

Cara Benar Merapatkan Saf

dari Anas bin Malik,Nabi ﷺ bersabda,
“Luruskanlah saf kamu,kerana aku melihat kamu dari belakang bahuku.” Terdapat seorang diantara kami yang menempelkan bahunya dengan bahu temannya dan telapak kaki dengan telapak kakinya”.
(HR. Bukhari,no.725)

Isteri Nabi ﷺ Yang Dinikahkan Oleh Allah ﷻ Tanpa Wali

:: Hadis 1 ::
dari Anas,dia berkata,
“Zaid bin Haritsah datang mengadu (sesuatu),lalu Nabi ﷺ bersabda kepadanya: ‘Bertaqwalah kamu kepada Allah,dan tahanlah isterimu (jangan ceraikan dia)’. Seandainya Rasulullah ﷺ menyembunyikan sesuatu,tentu baginda ﷺ akan menyembunyikan hal (ayat) ini. Ketika itu Zainab merasa bangga terhadap para isteri Nabi ﷺ dengan berkata: ‘Kamu semua dinikahkan oleh ahli keluarga kamu,sedangkan aku dinikahkan oleh Allah dari atas tujuh langit’. Daripada Tsabit (Firman Allah ﷻ): ‘Sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya dan engkau pula takut kepada (cacian) manusia’ (Surah al-Ahzab [33]: ayat 37),diturunkan berkenaan dengan perkara ini (yang berlaku antara) Zainab dan Zaid bin Haritsah.”
(HR. Bukhari,no.7420)

:: Hadis 2 ::
Dari Anas,bahawa dia berkata,
“Ayat hijab diturunkan berkenaan dengan Zainab binti Jahsyi,ketika (pernikahannya) itu baginda ﷺ memberi jamuan berupa roti dan daging. Zainab sering berbangga terhadap para isteri Nabi ﷺ dengan berkata: ‘Sesungguhnya Allah-lah yang menikahkanku di langit.’”
(HR. Bukhari,no.7421)

Boleh Solat Sunat Selepas Solat Witir

dari Sa'ad,bahawa dia berkata kepada 'Aisyah,
“..Wahai Ummul Mukminin,beritahu kepadaku tentang witir Rasulullah ﷺ!’ ‘Aisyah menjawab: ‘Kami dulu selalu menyiapkan siwaknya dan bersucinya,setelah itu Allah membangunkannya sekehendaknya untuk bangun malam. Kemudian baginda bersiwak dan berwudhu` dan solat sembilan rakaat. Baginda tidak duduk dalam kesembilan rakaat itu kecuali pada rakaat kelapan,baginda menyebut nama Allah,memuji-Nya dan berdoa kepada-Nya,kemudian baginda bangkit dan tidak mengucapkan salam. Setelah itu baginda berdiri dan solat untuk rakaat ke sembilan. Kemudian baginda berzikir kepada Allah,memuji-Nya dan berdoa kepada-Nya,lalu baginda mengucapkan salam dengan nyaring agar kami mendengarnya. Setelah itu baginda solat dua rakaat setelah salam sambil duduk,itulah sebelas rakaat wahai anakku...”
(HR. Muslim,no.746)

NOTA:
Kata imam at-Tirmidzi,ini pendapat imam Sufyan ast-Tsauri,imam Malik,imam Ibnul Mubarak,imam Syafi'i,imam Ahmad & penduduk Kufah. Dan ini adalah pendapat yang paling sahih (rujuk: Jami' at-Tirmidzi,no.470). Ibnu Hazm juga berpendapat bahawa boleh solat sunat selepas solat witir dan tidak perlu mengulangi witir (rujuk: al-Muhalla,2/91).

Monday, May 29, 2023

Jangan Berdoa Agar Allah Membalas Dosa Kita Di Dunia

dari Anas,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ menziarahi seorang lelaki daripada kaum Muslimin yang tubuhnya semakin lemah umpama anak burung. ‏Rasulullah ﷺ bertanya: ‘Adakah kamu ada berdoa atau meminta sesuatu daripada Allah?’ Lelaki itu menjawab: ‘Ya,aku berdoa dengan menyebut: Ya Allah, hukuman yang Kau mahu jatuhkan kepada ku di akhirat, segerakanlah ia untuk ku di dunia’. Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Maha Suci Allah,kamu tidak akan mampu. Kenapa tidak kamu menyebut: Allahumma atina fiddunya ẖasanah,wa fil akhirati ẖasanah,wa qina 'adza bannar (Ya Allah,berikan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,dan selamatkan kami daripada azab neraka)’. Baginda pun mendoakan lelaki itu,lalu Allah menyembuhkannya.”
(HR. Muslim,no.2688)

Monday, April 10, 2023

Rasulullah Suruh Gigit Kemaluan Ayah?

 dari ‘Utay bin Dhamrah,dia berkata,
“Aku melihat disisi Ubay (bin Ka’ab) ada seorang lelaki yang berta’ziah (berslogan) dengan ta’ziah jahiliyyah,maka Ubay menyuruhnya agar menggigit kemaluan (zakar) ayahnya dan tidak bercakap dengan kiasan. Lalu sahabat-sahabatnya melihatnya,maka dia berkata: ‘Seakan-akan kamu mengingkari perbuatanku?’ Lalu dia berkata: ‘Aku tidak takut pada sesiapapun dalam hal ini kerana sesungguhnya aku mendengar Nabi ﷺ bersabda: Sesiapa yang mengucapkan dengan ucapan ta’ziah jahiliyyah,maka suruhlah dia gigit kemaluan ayahnya dan jangan cakap berkias’.”
(HR. al-Bukhari [rujuk: al-Adab al-Mufrad,no. 963])

NOTA:
Hadis ini Dha'if (lemah: tidak sahih). Kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama 'Utaiy bin Dhamrah,yg mana kata Imam 'Ali ibnu al-Madini (tentangnya): "Majhul (tidak dikenali)" (rujuk: Ibnu Hajar,Tahdzib at-Tahdzib,7/104). Hadis ini juga dinilai Dha'if oleh Syaikh Musthofa al-'Adawi dalam video beliau. Syaikh Usman al-Khamis juga menilai hadis ini Dha'if dalam video beliau.

Monday, January 23, 2023

Doa Nabi Isa

Allah ﷻ berfirman:
“Jika Engkau menyeksa mereka,(maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu,dan jika Engkau mengampunkan mereka,maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa,lagi Maha Bijaksana.”
(al-Ma'idah [5]: ayat 118)