MENU

Tuesday, July 18, 2023

Anjuran Memperbanyakkan Puasa Sunat Pada Bulan Muharram Dan Puasa Asyura

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sebaik-baik solat selepas solat fardhu adalah solat malam. Dan sebaik-baik puasa selepas Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah, (iaitu) Muharram”
(HR. Muslim,no.1163)

NOTA:
kata imam Ibnu Rajab al-Hanbali: “Puasa yang paling afdhal di antara bulan-bulan haram (Dzulqa'dah, Dzulhijjah, Muharram, Rajab) adalah puasa di bulan Muharram” (rujuk: Lathaif al-Ma‘arif,67). Kata imam Ibnu Rajab juga: “Sesungguhnya Nabi ﷺ menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah. Penisbahannya kepada Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihannya. Sesungguhnya Allah tidak menisbahkan kepada diri-Nya melainkan makhluk-makhluk-Nya yang istimewa…” (rujuk: Lathaif al-Ma'arif,36)

:: Hadis 2 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Di zaman jahiliah dahulu, orang Quraisy biasa melakukan puasa ‘Asyura. Rasulullah ﷺ juga melakukan puasa tersebut. Tatkala tiba di Madinah, baginda melakukan puasa tersebut dan memerintahkan yang lain untuk melakukannya. Namun tatkala puasa Ramadhan diwajibkan, baginda meninggalkan puasa ‘Asyura. (Lalu baginda mengatakan) ‘Barangsiapa yang mahu, silakan berpuasa. Barangsiapa yang mahu, silakan meninggalkannya (tidak berpuasa)’.” 
(HR. Bukhari,no: 2002)

:: Hadis 3 ::
dari Ibnu ‘Abbas,dia berkata,
“Nabi ﷺ datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Lalu baginda berkata: ‘Apakah ini?’ Mereka pun menjawab: ‘Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut’. Lalu baginda bersabda: ‘Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu’. Maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu.”
(HR. Bukhari,no.2004)

:: Hadis 4 ::
dari Ibnu ‘Abbas,dia berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ datang ke Madinah dan mendapati orang Yahudi sedang berpuasa pada hari Asyura’ (10 Muharram). Lalu Nabi ﷺ berkata kepada mereka: ‘Mengapakah kamu berpuasa pada hari ini?’ Mereka menjawab: ‘Hari ini adalah hari yang agung di mana Allah S.W.T. telah menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya serta Allah menenggelamkan Fir‘aun dan kaumnya. Lalu Nabi Musa berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda syukur. Disebabkan itu kami pun turut berpuasa’. Maka Nabi ﷺ bersabda: ‘Kami lebih berhak dan utama mengikut Nabi Musa berbanding kamu’. Dengan itu, Rasulullah ﷺ berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut.”
(HR. Bukhari,no.3397. Muslim,no.1130. Ini adalah lafaz riwayat Muslim)

:: Hadis 5 ::
dari Ibnu ‘Abbas,dia berkata,
“Aku tidak pernah melihat Nabi ﷺ berpuasa pada satu hari di mana baginda ﷺ lebih istimewakannya berbanding hari-hari yang lain melainkan pada hari ini iaitu hari Asyura' (10 Muharram)...”
(HR. Bukhari,no.2006)

NOTA:
Ganjaran pahala bagi orang yang berpuasa tersangatlah besar. Boleh rujuk post sebelum ini tentang kelebihan memperbanyakkan puasa sunat. klik:

No comments:

Post a Comment