MENU

Wednesday, July 19, 2023

Masuk Neraka Kerana Berkata ‘Allah Tidak Akan Mengampunimu’

:: Hadis 1 ::
dari Jundab,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya ada seorang lelaki berkata: ‘Demi Allah,Allah tidak akan mengampuni si Fulan!’ Maka Allah berfirman: ‘Siapakah yang bersumpah mendahului-Ku bahawa Aku tidak akan mengampuni si Fulan? Sungguh,Aku telah mengampuninya dan menghapuskan amalmu!’.”
(HR. Muslim,no.2621)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Ada dua orang lelaki bersaudara daripada Bani Israel. Salah seorang sering melakukan dosa dan seorang lagi bersungguh-sungguh beribadah. Lelaki yang bersungguh-sungguh dalam ibadah ini setiap kali dia melihat saudaranya melakukan dosa dia akan berkata: ‘Tinggalkanlah dosa ini’. Pada suatu hari,dia mendapati saudaranya sedang melakukan dosa,lalu dia berkata: ‘Tinggalkanlah dosa ini’. Lalu saudaranya menjawab: ‘Biarkan aku dan Tuhan ku. Adakah engkau diutuskan kepada ku untuk menjadi pemerhati ke atas ku?’ Saudaranya menjawab: ‘Demi Allah,Allah tidak akan mengampuni engkau,Dia tidak akan memasukkan engkau ke dalam syurga’. Lalu Allah mencabut nyawa mereka dan mereka berkumpul di hadapan Tuhan sekalian alam. Allah berkata kepada lelaki yang kuat beribadah: ‘Adakah engkau tahu apa yang Aku tahu? Adakah engkau berkuasa atas apa yang ada pada Tangan-Ku?’ Allah berkata kepada yang sering berdosa: ‘Pergilah,masuklah ke dalam syurga dengan rahmat-Ku’. Allah berkata kepada yang lain pula: ‘Pergilah bersamanya (iaitu lelaki yang rajin beribadah itu) ke neraka’. Abu Hurairah berkata: ‘Demi tuhan yang diri ku di Tangan-Nya,lelaki itu (yang kuat beribadah itu) berkata dengan satu perkataan yang memusnahkan dunia dan akhiratnya’.”
(HR. Abu Daud,no.4901. Dinilai 'Sahih' oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Sahih wa Dha'if Sunan Abi Daud,3/926,no.4097])

No comments:

Post a Comment