MENU

Thursday, June 22, 2023

Puasa 3 Hari Setiap Bulan Umpama Berpuasa Sepanjang Tahun

:: Hadis 1 ::
dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As̄,Nabi ﷺ bersabda,
“...Puasa tiga hari (setiap bulan) adalah seperti puasa sepanjang tahun...”
(HR. Bukhari,no.1979. Muslim,no.1159)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Kekasihku (Rasulullah) ﷺ berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan,dua rakaat Dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur.”
(HR. Bukhari,no.1981. Muslim,no.721)

:: Hadis 3 ::
dari Mu'adz al-'Adawiyah,bahawa dia bertanya kepada 'Aisyah isteri Nabi ﷺ,
“Apakah setiap bulan Rasulullah ﷺ selalu berpuasa tiga hari?” 'Aisyah menjawab: ‘Ya’. Aku bertanya lagi kepadanya: ‘Pada hari apa baginda berpuasa?’ 'Aisyah menjawab: ‘Baginda tidak terlalu mempersoalkan pada hari apa sahaja baginda berpuasa’.”
(HR. Muslim,no.1160)

No comments:

Post a Comment