dari Ummu Salamah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tidaklah seorang Muslim ditimpa musibah lalu dia membaca apa yang diperintahkan oleh Allah:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji‘uun, Allahummak-Jurni Fii Mus̄ibati Wa Akhlif Lii Khoiron Minha
(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah, berilah kami pahala kerana musibah ini dan berikanlah ganti kepadaku dengan yang lebih baik daripadanya),
melainkan Allah akan memberikan ganti kepadanya dengan yang lebih baik.” Ummu Salamah berkata: “Ketika Abu Salamah telah meninggal dunia, aku bertanya: ‘Siapakah Muslim yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dia ialah orang yang pertama hijrah kepada Rasulullah ﷺ. Kemudian aku pun mengucapkan doa tersebut. Maka Allah menggantikan buatku Rasulullah ﷺ.” Ummu Salamah berkata: “Rasulullah ﷺ menghantar Hatib bin Abu Balta‘ah untuk melamarku bagi pihak baginda. Aku pun berkata: ‘Aku mempunyai seorang anak perempuan dan aku jenis yang kuat cemburu’. (Maksudnya beliau risau jika berkahwin nanti, anaknya akan terbiar dan beliau akan menyakitkan baginda disebabkan oleh cemburunya itu). Baginda bersabda: ‘Adapun anak perempuannya, kita doakan semoga Allah mencukupkan keperluannya (yakni bertemu dengan pasangannya sendiri, lalu ada yang menjaganya agar tidak terlalu terikat dengan Ummu Salamah) dan aku juga berdoa agar Allah menghilangkan perasaan kuat cemburu itu’.”
(HR. Muslim,no.918)
Thursday, November 24, 2022
Doa Agar Allah Menggantikan Musibah Yang Menimpa Dengan Sesuatu Yang Lebih Baik
Tuesday, November 22, 2022
Ayat Yang Allah 'Tulis' Dalam Kitab-Nya
:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Ketika Allah menetapkan penciptaan makhluk, Dia menulis di dalam kitab-Nya, yang berada di sisi-Nya di atas ‘Arasy (yang isinya): ‘Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku’.”
(HR. Bukhari,no.7404. Muslim,no.2751)
:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Ketika Allah menetapkan penciptaan, Dia tulis di sisi-Nya di atas ‘Arasy-Nya: ‘Rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku’.”
(HR. Bukhari,no.7422. Muslim,no.2751)
:: Hadis 3 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Ketika Allah menciptakan makhluk, Dia menulis di dalam kitab-Nya yang berada di atas ‘Arasy: ‘Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku’.”
(HR. Muslim,no.4939)
Tuesday, November 15, 2022
Doa Agar Allah Permudahkan Hisab (Perhitungan) Amal Di Akhirat Kelak
dari Aisyah,dia berkata,
“Aku mendengar Nabi ﷺ pada sebahagian solatnya, baginda membaca:
اللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرً
Allahumma H̱asibni H̱isaban Yasiro
(Ya Allah, hisablah aku dengan hisab yang mudah).
Ketika baginda berpaling, aku bertanya: ‘Wahai Nabi Allah, apa yang dimaksudkan dengan hisab yang mudah?’ Baginda bersabda: ‘Seseorang yang Allah melihat kitabnya, lalu memaafkannya. Kerana orang yang diperdebatkan hisabnya pada hari itu,pasti celaka wahai ‘Aisyah. Dan setiap musibah yang menimpa orang beriman, Allah akan menghapuskan (dosanya) kerananya, bahkan walaupun duri yang menusuknya’.”
(HR. Ahmad,no.23082. Hadis ini dinilai ‘Sahih’ oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Misykat al-Masobih,3/209,no.5562])
Saturday, November 12, 2022
Sujud: Tapak Kaki Direnggangkan Atau Dirapatkan?
● MERENGGANGKAN TAPAK KAKI ●
:: Hadis 1 ::
dari Abu Humaid,dia berkata,
“..Apabila baginda sujud, baginda merenggangkan kedua pahanya dan menjauhkan perut dari pahanya.”
(HR. Abu Daud,no.735)
NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ (lemah: tidak sahih) oleh Syaikh al-Albani (rujuk: Irwa' al-Ghalil,2/80). Namun hadis ini dijadikan hujjah oleh imam asy-Syaukani bahawa tapak kaki direnggangkan ketika sujud, kata beliau: “Ungkapan ‘merenggangkan kedua pahanya’ maksudnya adalah merenggangkan antara kedua pahanya, kedua lututnya dan kedua tapak kakinya.” Para ulama’ dalam mazhab Syafi‘i berkata: ‘Merenggangkan antara kedua tapak kaki kadar sejengkal” (rujuk: Nailul Authar,2/297).
● MERAPATKAN TAPAK KAKI ●
:: Hadis 2 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Aku kehilangan Rasulullah ﷺ, padahal sebelumnya baginda tidur disisiku. Tiba-tiba aku menjumpai baginda sedang sujud dalam keadaan merapatkan kedua tumit baginda dan hujung-hujung jari kaki baginda menghadap Kiblat.”
(HR. Ibnu Khuzaimah,no.654. Ibnu Hibban,no.1933. al-Hakim,no.832)
NOTA:
Hadis ini ‘Munkar’ (tidak sahih), kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Yahya bin Ayyub al-Ghafiqi yg mana dia dinilai Dhaif oleh imam Abu Hatim dengan katanya: “La Yuhtajju Bihi (tidak boleh berhujjah dengannya)” (rujuk: Ibnu Abi Hatim,Jarh wa at-Ta’dil,9/128). Kata Ibn Sa‘ad: “Dia Munkarul Hadis” (rujuk: ath-Thabaqat al-Kubra,7090). Imam Ahmad berkata: “Buruk hafalannya”. Imam ad-Daraquthni berkata: “Sebahagian hadisnya idhthirab (goncang)” (rujuk: adz-Dzahabi,al-Mughni fi adh-Dhu’afa’,6931). Kata an-Nasaie: “Tidak kuat dan tidak boleh dijadikan hujjah” (rujuk: Ibnu Jauzi,ad-Dhu’afa’, wal Matrukin,3694).
NOTA (2):
Akan tetapi, walaupun hadis ini tidak sahih, namun terdapat hadis sahih yg secara tidak langsung menunjukkan bahawa tumit Rasulullah ﷺ rapat ketika sujud:
:: Hadis 3 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Pada suatu malam aku tidak mendapati Rasulullah ﷺ di perbaringan, lalu aku mencarinya. Tiba-tiba tanganku menyentuh di kedua tapak kakinya dan ternyata baginda sedang bersujud dan kedua tapak kakinya dalam keadaan tegak..”
(HR. Muslim,no.486. Abu Daud,no.745)
NOTA:
daripada hadis ini lah, Syaikh Soleh al-‘Utsaimin berpendapat bahawa merapatkan tapak kaki ketika sujud adalah Sunnah, kata beliau: “Yang tampak dalam sunnah adalah kedua tapak kaki dirapatkan. Ertinya dirapatkan satu sama lain sebagaimana terdapat dalam hadis sahih tatkala dia (‘Aisyah) mencari-cari Nabi ﷺ lalu tangannya menyentuh kedua tapak kakinya yang sedang ditegakkan ketika dia sujud. Satu tangan tidak akan menyentuh kedua tapak kaki, kecuali kalau keduanya dalam keadaan rapat.” (rujuk: asy-Syarhul Mumti,3/169). Walaupun begitu, seorang Muhaddis (Ahli Hadis) iaitu Syaikh ‘Abdul ‘Aziz at-Tharifi berpendapat bahawa tapak kaki tetap direnggangkan. Kerana menurut beliau, ucapan ‘Aisyah bahawa “tersentuh kedua-dua tapak kaki baginda” tidak semestinya mencantum tumit. Boleh jadi maknanya, satu tangan menyentuh kedua-dua kaki orang yg solat yg tidak bercantum (dirapatkan), seperti kedua kakinya hanya berdekatan. Maka tapak tangan menyentuh kaki kanannya sedangkan lengan tangan menyentuh kaki kirinya. (rujuk: Sifat Solat Nabi,132-133).
KESIMPULAN:
Perkara ini berlaku khilaf (perbezaan pendapat) di kalangan para Ulama’, maka setiap orang boleh memilih mana-mana pendapat samada merenggangkan tapak kaki ataupun merapatkan tapak kaki berdasarkan keyakinan hujjah ataupun berdasarkan keselesaan masing-masing.
Wallahua’lam Bissowab.
Friday, November 4, 2022
Doa Selepas Makan (Yang Tidak Sahih & Doa Yang Sahih)
:: Hadis 1 ::
dari Mu‘adz bin Anas al-Juhani,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang memakan suatu makanan, lalu mengucapkan:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا الطَّعَامَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ
Alẖamdulillahil Ladzi Ath-‘Amani Hadza Ath-Tho'ama Wa Rozaqo-Nihi Min Ghoiri H̱aulin Minni Wa Laa Quwwah
(Segala puji bagi Allah yang memberiku makanan ini dan mengurniakannya untukku tanpa daya dan upaya daripadaku),
maka akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu.”
(HR. Abu Daud,no.4023. Ahmad,no.15079. at-Tirmidzi,no.3458. Ibnu Majah,no.3285)
NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’ (lemah: tidak sahih), kerana hadis ini diriwayatkan dari Sahl bin Mu‘adz bin Anas al-Juhani dari ayahnya, yg mana kata Yahya Ibn Ma‘in: “Sahl bin Mu‘adz bin Anas dari ayahnya, Dha‘if” (rujuk: Ibnu Abi Hatim,Jarh wa at-Ta’dil,4/204). Ibnu Hibban juga mempunyai dua pendapat yang saling berselisih tentangnya. Ibnu Hibban memujinya pada kitab lain (rujuk: Masyahir 'Ulama al-Amsar,195), namun beliau mengkritiknya dengan berkata (dalam kitabnya yg lain): “Munkar al-Hadis Jiddan” (rujuk: al-Majruhin,9/441). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Muthofa al-‘Adawi (dalam video beliau).
:: Hadis 2 ::
dari Abu Sa‘id al-Khudri,dia berkata,
“Apabila Nabi ﷺ selesai makan, baginda mengucapkan:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مُسْلِمِينَ
Alẖamdulillahil Ladzi Ath-‘Amana Wa Saqona Waja ‘Alana Muslimin
(Segala puji bagi Allah yang memberikan kami makan dan minum serta menjadikan kami dalam kalangan orang Islam).”
(HR. Abu Daud,no.3850. Ahmad,no.10846. at-Tirmidzi,no.3457. Ibnu Majah,no.3274)
NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh ramai Muhadditsin (Ulama’ Hadis), kerana berlaku idthirab (kegoncangan) di dalam sanadnya. Hadis ini dinilai Dhaif oleh salah satunya imam Ibn Qattan al-Fasi (rujuk: Bayan al-Wahm wa al-Alham,4/601), imam adz-Dzahabi (rujuk: Mizan al-I'tidal,1/228), Syaikh Syu‘aib al-Arnauth (rujuk: Tahqiq Musnad Ahmad,3/98).
:: Hadis 3 ::
dari Abu ‘Umamah,dia berkata,
“Apabila Nabi ﷺ selesai daripada (makan) makanannya, baginda membaca:
الْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلَا مُوَدَّعٍ وَلَا مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبَّنَا
Alẖamdulillahi Katsiron Thoyyiban Mubarokan Fih, Ghoiro Makfiyyin Wala Muwadda‘in Wala Mustagh-nan ‘Anhu Robbana
(Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, yang baik lagi penuh berkat di dalamnya, tanpa kami merasa cukup (iaitu kami sentiasa perlukan nikmat-nikmat Allah),
diperlukan dan tidak dapat ditinggalkan, wahai Tuhan kami).”
(HR. Bukhari,no.5458)
:: Hadis 4 ::
dari Abu ‘Umamah,dia berkata,
“Nabi ﷺ apabila selesai dari (makan) makanannya, baginda membaca:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَفَانَا وَأَرْوَانَا غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلَا مَكْفُور
Alẖamdulillahil-ladzi Kafana Wa Arwana Ghoiro Makfiyyin Wala Makfur
(Segala puji bagi Allah yang mencukupkan kami dan menghilangkan dahaga kami, tanpa kami merasa cukup (iaitu kami sentiasa perlukan nikmat-nikmat Allah) dan kami tidak kufur nikmat)...”
(HR. Bukhari,no.5459)
:: Hadis 5 ::
الْحَمْدُ لِلَّهِ
dari Anas bin Malik,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (Alẖamdulillah) selepas makan dan minum.”
(HR. Muslim,no.2734)
NOTA:
Sekalipun doa² pada Hadis 1 & 2 itu tidak sahih, akan tetapi tidaklah menjadi masalah untuk sekali sekala membacanya kerana ia hanyalah doa. Hukum berdoa dengan doa yg berasal dari hadis yg tidak sahih (sekalipun Maudhu’/Palsu), tidaklah berdosa, dengan syarat tidak berkata & meyakini bahawa doa tersebut adalah “Sunnah” atau “dari Nabi ﷺ”. Namun melazimi ‘Bismillah’ sebelum makan adalah lebih afdhal (utama) kerana ia Sahih dari Nabi ﷺ dan akan mendapat pahala Sunnah.
Wallahua’lam Bissowab.
untuk Doa sebelum makan, rujuk & klik di sini: 'Doa Sebelum Makan (Yang Tidak Sahih & Doa Yang Sahih)'
Thursday, November 3, 2022
Di Mana 'Arasy Allah?
:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu..”
(at-Thalaq [65]: ayat 12)
:: Hadis 1 ::
dari Anas bin Malik,Rasulullah ﷺ bersabda (ketika peristiwa Isra’ Mi’raj),
“..Aku dibawa naik ke langit ketujuh. Jibril minta dibukakan (pintu langit),dia ditanya: ‘Siapakah kamu?’ Dia menjawab: ‘Jibril’. Ditanya lagi: ‘Lalu siapakah yang bersamamu itu?’ Jibril menjawab: ‘Muhammad’. Ditanya lagi: ‘Apakah dia telah diutus?’ Jibril menjawab: ‘Ya, dia telah diutus’. Lalu (pintu itu) pun terbuka. Di sana aku bertemu Nabi Ibrahim a.s. yang tengah bersandar pada Baitul Ma’mur. Ternyata, setiap hari ada tujuh puluh ribu malaikat masuk ke Baitul Ma’mur dan mereka tidak kembali lagi. Kemudian aku di bawa ke Sidratul Muntaha yang daunnya seperti daun telinga gajah dan buah-buahannya sebesar tempayan..”
(HR. Muslim,no.162)
:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Disisi Sidratul Muntaha. Yang disisinya terletak syurga Jannatul-Makwa”
(an-Najm [53]: ayat 14-15)
:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“..Jika kamu meminta kepada Allah, mintalah (syurga) Firdaus kerana itu adalah syurga yang paling tengah dan yang paling tinggi, dan di atasnya ada ‘Arasy ar-Rahman (Allah) dan daripadanya terpancar sungai-sungai di syurga.”
(HR. Bukhari,no.2790)
NOTA:
Daripada dalil² di atas, maka dapat disimpulkan bahawa langit ada tujuh lapis. Di atas langit ketujuh ada Sidratul Muntaha. Sidratul Muntaha berdekatan dengan syurga. Dan banyak-banyak syurga, syurga Firdaus adalah syurga yang paling tinggi. Dan di atas syurga Firdaus ada ‘Arasy Allah. Maka, ‘Arasy Allah terletak di atas langit ketujuh.
Wallahua’lam.
Wednesday, November 2, 2022
Kanak-Kanak Bukan Islam Yang Mati (Belum Baligh) Akan Masuk Syurga
:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).”
(al-Isra' [17]: ayat 15)
NOTA:
daripada ayat ini, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menukilkan kata² Imam an-Nawawi bahawa: “Sekiranya tidak diazab mereka yg berakal kerana keadaan mereka yg tidak sampai seruan dakwah, maka tidak diazab orang yang tidak berakal adalah lebih utama” (rujuk: Fath al-Bari,4/462)
:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu)..”
(an-Nisa' [4]: ayat 40)
:: Hadis ::
dari Samurah bin Jundab,Rasulullah ﷺ bersabda,
“..Adapun lelaki yang tinggi di dalam Raudhah (taman syurga), ia adalah Ibrahim ﷺ. Adapun anak-anak yang ada di sekelilingnya adalah setiap anak-anak yang dilahirkan yang mati di atas fitrah (yakni Islam dan dimasukkan ke dalam syurga). Lalu sebahagian orang Islam bertanya: ‘Wahai Rasulullah, adakah ia termasuk kanak-kanak orang musyrikin?’ Lalu Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Termasuk anak-anak orang musyrikin’..”
(HR. Bukhari,no.7047)