MENU

Monday, December 12, 2022

Zikir ‘SubhanAllah’ Untuk Meraih 1000 Pahala Atau Dihapus 1000 Dosa

سُبْحَانَ اللَّهِ
dari Sa’ad bin Abi Waqqas,dia berkata,
“Dahulu ketika kami berada di sisi Rasulullah ﷺ,tiba-tiba baginda bersabda: ‘Apakah seseorang daripada kamu tidak mampu untuk mendapatkan 1000 kebaikan?’ Salah seorang yang berada di situ berkata: ‘Bagaimana seseorang dari kami boleh memperolehi kebaikan sebanyak 1000 itu?’ Baginda menjawab: ‘Dia bertasbih 100 kali,maka dicatiti untuknya 1000 kebaikan atau akan dihapuskan darinya 1000 kesalahan (dosa)’.”
(HR. Muslim,no.2698. at-Tirmidzi,no.3463)

Thursday, November 24, 2022

Doa Agar Allah Menggantikan Musibah Yang Menimpa Dengan Sesuatu Yang Lebih Baik

dari Ummu Salamah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tidaklah seorang Muslim ditimpa musibah lalu dia membaca apa yang diperintahkan oleh Allah:
 إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji‘uun,Allahummak-Jurni Fii Mus̄ibati Wa Akhlif Lii Khoiron Minha (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah,berilah kami pahala kerana musibah ini dan berikanlah ganti kepadaku dengan yang lebih baik daripadanya),
melainkan Allah akan memberikan ganti kepadanya dengan yang lebih baik.” Ummu Salamah berkata: “Ketika Abu Salamah telah meninggal dunia,aku bertanya: ‘Siapakah Muslim yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dia ialah orang yang pertama hijrah kepada Rasulullah ﷺ. Kemudian aku pun mengucapkan doa tersebut. Maka Allah menggantikan buatku Rasulullah ﷺ.” Ummu Salamah berkata: “Rasulullah ﷺ menghantar Hatib bin Abu Balta‘ah untuk melamarku bagi pihak baginda. Aku pun berkata: ‘Aku mempunyai seorang anak perempuan dan aku jenis yang kuat cemburu’. (Maksudnya beliau risau jika berkahwin nanti,anaknya akan terbiar dan beliau akan menyakitkan baginda disebabkan oleh cemburunya itu). Baginda bersabda: ‘Adapun anak perempuannya,kita doakan semoga Allah mencukupkan keperluannya (yakni bertemu dengan pasangannya sendiri,lalu ada yang menjaganya agar tidak terlalu terikat dengan Ummu Salamah) dan aku juga berdoa agar Allah menghilangkan perasaan kuat cemburu itu’.”
(HR. Muslim,no.918)

Tuesday, November 22, 2022

Ayat Yang Allah 'Tulis' Dalam Kitab-Nya

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Ketika Allah menetapkan penciptaan makhluk,Dia menulis di dalam kitab-Nya, yang berada di sisi-Nya di atas 'Arasy (yang isinya): ‘Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku’.”
(HR. Bukhari,no.7404. Muslim,no.2751)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Ketika Allah menetapkan penciptaan,Dia tulis di sisi-Nya di atas 'Arasy-Nya: ‘Rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku’.”
(HR. Bukhari,no.7422. Muslim,no.2751)

:: Hadis 3 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Ketika Allah menciptakan makhluk,Dia menulis di dalam kitab-Nya yang berada di atas Arasy: ‘Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku’.”
(HR. Muslim,no.4939)

Tuesday, November 15, 2022

Doa Agar Allah Permudahkan Hisab (Perhitungan) Amal Di Akhirat Kelak

dari Aisyah,dia berkata,
“Aku mendengar Nabi ﷺ pada sebahagian solatnya,baginda membaca:
اللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرً
Allahumma H̱asibni H̱isaban Yasiro
(Ya Allah,hisablah aku dengan hisab yang mudah).
Ketika baginda berpaling,aku bertanya: ‘Wahai Nabi Allah,apa yang dimaksudkan dengan hisab yang mudah?’ Baginda bersabda: ‘Seseorang yang Allah melihat kitabnya,lalu memaafkannya. Kerana orang yang diperdebatkan hisabnya pada hari itu,pasti celaka wahai Aisyah. Dan setiap musibah yang menimpa orang beriman,Allah akan menghapuskan (dosanya) kerananya,bahkan walaupun duri yang menusuknya’.”
(HR. Ahmad,no.23082. Hadis ini dinilai 'Sahih' oleh Syaikh al-Albani [rujuk: Misykat al-Masobih,3/209,no.5562])

Saturday, November 12, 2022

Sujud: Tapak Kaki Direnggangkan Atau Dirapatkan?

● MERENGGANGKAN TAPAK KAKI ●



:: Hadis 1 ::
dari Abu Humaid,dia berkata,
“..Apabila baginda sujud,baginda merenggangkan kedua pahanya dan menjauhkan perut dari pahanya.”
(HR. Abu Daud,no.735)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' (lemah: tidak sahih) oleh Syaikh al-Albani (rujuk: Irwa' al-Ghalil,2/80). Namun hadis ini dijadikan hujjah oleh imam asy-Syaukani bahawa tapak kaki direnggangkan ketika sujud,kata beliau: “Ungkapan ‘merenggangkan kedua pahanya’ maksudnya adalah merenggangkan antara kedua pahanya,kedua lututnya dan kedua tapak kakinya.” Para ulama dalam mazhab Syafi'i berkata,‘Merenggangkan antara kedua tapak kaki kadar sejengkal” (rujuk: Nailul Authar,2/297).


● MERAPATKAN TAPAK KAKI ●



:: Hadis 2 ::
dari 'Aisyah,dia berkata,
“Aku kehilangan Rasulullah ﷺ,padahal sebelumnya baginda tidur disisiku. Tiba-tiba aku menjumpai baginda sedang sujud dalam keadaan merapatkan kedua tumit baginda dan hujung-hujung jari kaki baginda menghadap Kiblat.”
(HR. Ibnu Khuzaimah,no.654. Ibnu Hibban,no.1933. al-Hakim,no.832)

NOTA:
Hadis ini 'Munkar' (tidak sahih),kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Yahya bin Ayyub al-Ghafiqi yg mana dia dinilai Dhaif oleh imam Abu Hatim dengan katanya: "La Yuhtajju Bihi (tidak boleh berhujjah dengannya)" (rujuk: Ibnu Abi Hatim,Jarh wa at-Ta'dil,9/128). Kata Ibn Sa'ad: "Dia Munkarul Hadis" (rujuk: ath-Thabaqat al-Kubra,7090). Imam Ahmad berkata: "Buruk hafalannya". ad-Daraquthni berkata: "Sebahagian hadisnya idhthirab (goncang)" (rujuk: adz-Dzahabi,al-Mughni fi adh-Dhu'afa,6931). Kata an-Nasaie: "Tidak kuat dan tidak boleh dijadikan hujjah" (rujuk: Ibnu Jauzi,ad-Dhu'afa wal Matrukin,3694).

NOTA (2):
Akan tetapi,walaupun hadis ini tidak sahih,namun terdapat hadis sahih yg 'secara tidak langsung' menunjukkan bahawa tumit Rasulullah ﷺ rapat ketika sujud:

:: Hadis 3 ::
dari Aisyah,dia berkata,
“Pada suatu malam aku tidak mendapati Rasulullah ﷺ di perbaringan,lalu aku mencarinya. Tiba-tiba tanganku menyentuh di kedua tapak kakinya dan ternyata baginda sedang bersujud dan kedua tapak kakinya dalam keadaan tegak..”
(HR. Muslim,no.486. Abu Daud,no.745)

NOTA:
daripada hadis ini lah,Syaikh Soleh al-Utsaimin berpendapat bahawa merapatkan tapak kaki ketika sujud adalah Sunnah,kata beliau: "Yang tampak dalam sunnah adalah kedua tapak kaki dirapatkan. Ertinya dirapatkan satu sama lain sebagaimana terdapat dalam hadis sahih tatkala dia ('Aisyah) mencari-cari Nabi ﷺ lalu tangannya menyentuh kedua tapak kakinya yang sedang ditegakkan ketika dia sujud. Satu tangan tidak akan menyentuh kedua tapak kaki,kecuali kalau keduanya dalam keadaan rapat.” (rujuk: asy-Syarhul Mumti,3/169). Walaupun begitu,seorang Muhaddis (Ahli Hadis) iaitu Syaikh 'Abdul 'Aziz at-Tharifi berpendapat bahawa tapak kaki tetap direnggangkan. Kerana menurut beliau,ucapan 'Aisyah bahawa "tersentuh kedua-dua tapak kaki baginda" tidak semestinya mencantum tumit. Boleh jadi maknanya,satu tangan menyentuh kedua-dua kaki orang yg solat yg tidak bercantum (dirapatkan),seperti kedua kakinya hanya berdekatan. Maka tapak tangan menyentuh kaki kanannya sedangkan lengan tangan menyentuh kaki kirinya. (rujuk: Sifat Solat Nabi,132-133).

KESIMPULAN:
Perkara ini berlaku khilaf (perbezaan pendapat) di kalangan para Ulama',maka setiap orang boleh memilih mana-mana pendapat samada 'merenggangkan tapak kaki' ataupun 'merapatkan tapak kaki' berdasarkan keyakinan hujjah ataupun berdasarkan keselesaan masing-masing.
Wallahua'lam Bissowab.

Friday, November 4, 2022

Doa Selepas Makan (Yang Tidak Sahih & Doa Yang Sahih)

:: Hadis 1 ::
dari Mu'adz bin Anas al-Juhani,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang memakan suatu makanan, lalu mengucapkan:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا الطَّعَامَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ
Alẖamdulillahil Ladzi Ath-‘Amani Hadza Ath-Tho'ama Wa Rozaqo-Nihi Min Ghoiri H̱aulin Minni Wa Laa Quwwah
(Segala puji bagi Allah yang memberiku makanan ini dan mengurniakannya untukku tanpa daya dan upaya daripadaku),
maka akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu.”
(HR. Abu Daud,no.4023. Ahmad,no.15079. at-Tirmidzi,no.3458. Ibnu Majah,no.3285)

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif' (lemah: tidak sahih),kerana hadis ini diriwayatkan dari Sahl bin Mu'adz bin Anas al-Juhani dari ayahnya,yg mana kata Yahya Ibn Ma'in: "Sahl bin Mu'adz bin Anas dari ayahnya,Dha'if" (rujuk: Ibnu Abi Hatim,Jarh wa at-Ta'dil,4/204). Ibnu Hibban juga mempunyai dua pendapat yang saling berselisih tentangnya. Ibnu Hibban memujinya pada kitab lain (rujuk: Masyahir 'Ulama al-Amsar,195),namun beliau mengkritiknya dengan berkata (dalam kitabnya yg lain): "Munkar al-Hadis Jiddan" (rujuk: al-Majruhin,9/441). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Muthofa al-'Adawi (dalam video beliau).

:: Hadis 2 ::
dari Abu Sa'id al-Khudri,dia berkata,
“Apabila Nabi ﷺ selesai makan,baginda mengucapkan:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مُسْلِمِينَ
Alẖamdulillahil Ladzi Ath-‘Amana Wa Saqona Waja ‘Alana Muslimin
(Segala puji bagi Allah yang memberikan kami makan dan minum serta menjadikan kami dalam kalangan orang Islam).”
(HR. Abu Daud,no.3850. Ahmad,no.10846. at-Tirmidzi,no.3457. Ibnu Majah,no.3274)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh ramai Muhadditsin (Ulama' Hadis),kerana berlaku idthirab (kegoncangan) di dalam sanadnya. Hadis ini dinilai Dhaif oleh salah satunya Imam Ibn Qattan al-Fasi (rujuk: Bayan al-Wahm wa al-Alham,4/601),adz-Dzahabi (rujuk: Mizan al-I'tidal,1/228),Syaikh Syu'aib al-Arnauth (rujuk: Tahqiq Musnad Ahmad,3/98).

:: Hadis 3 ::
dari Abu ‘Umamah,dia berkata,
“Apabila Nabi ﷺ selesai daripada (makan) makanannya,baginda membaca:
الْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلَا مُوَدَّعٍ وَلَا مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبَّنَا
  Alẖamdulillahi Katsiron Thoyyiban Mubarokan Fih,Ghoiro Makfiyyin Wala Muwadda‘in Wala Mustagh-nan ‘Anhu Robbana
(Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak,yang baik lagi penuh berkat di dalamnya,tanpa kami merasa cukup (iaitu kami sentiasa perlukan nikmat-nikmat Allah),
diperlukan dan tidak dapat ditinggalkan,wahai Tuhan kami).”
(HR. Bukhari,no.5458)

:: Hadis 4 ::
dari Abu ‘Umamah,dia berkata,
“Nabi ﷺ apabila selesai dari (makan) makanannya,baginda membaca:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَفَانَا وَأَرْوَانَا غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلَا مَكْفُور
Alẖamdulillahil-ladzi Kafana Wa Arwana Ghoiro Makfiyyin Wala Makfur
(Segala puji bagi Allah yang mencukupkan kami dan menghilangkan dahaga kami,tanpa kami merasa cukup (iaitu kami sentiasa perlukan nikmat-nikmat Allah) dan kami tidak kufur nikmat)...”
(HR. Bukhari,no.5459)

:: Hadis 5 ::
الْحَمْدُ لِلَّهِ
dari Anas bin Malik,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (Alẖamdulillah) selepas makan dan minum.”
(HR. Muslim,no.2734)

NOTA:
Sekalipun doa² pada Hadis 1 & 2 itu tidak sahih,akan tetapi tidaklah menjadi masalah untuk 'sekali sekala' membacanya kerana ia hanyalah doa. Hukum berdoa dengan doa yg berasal dari hadis yg tidak sahih (sekalipun Maudhu'/Palsu),tidaklah berdosa,dengan syarat tidak berkata & meyakini bahawa doa tersebut adalah “Sunnah” atau “dari Nabi ﷺ”. Namun melazimi ‘Bismillah’ sebelum makan adalah lebih afdhal (utama) kerana ia Sahih dari Nabi ﷺ dan akan mendapat pahala Sunnah.
Wallahua'lam Bissowab.

untuk Doa sebelum makan,rujuk & klik di sini: 'Doa Sebelum Makan (Yang Tidak Sahih & Doa Yang Sahih)'

Thursday, November 3, 2022

Di Mana 'Arasy Allah?

:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu..”
(at-Thalaq [65]: ayat 12)

:: Hadis 1 ::
dari Anas bin Malik,Rasulullah ﷺ bersabda (ketika peristiwa Isra' Mi'raj),
“..Aku dibawa naik ke langit ketujuh. Jibril minta dibukakan (pintu langit),dia ditanya: ‘Siapakah kamu?’ Dia menjawab: ‘Jibril’. Ditanya lagi: ‘Lalu siapakah yang bersamamu itu?’ Jibril menjawab: ‘Muhammad’. Ditanya lagi: ‘Apakah dia telah diutus?’ Jibril menjawab: ‘Ya,dia telah diutus’. Lalu (pintu itu) pun terbuka. Di sana aku bertemu Nabi Ibrahim a.s. yang tengah bersandar pada Baitul Ma'mur. Ternyata,setiap hari ada tujuh puluh ribu malaikat masuk ke Baitul Ma'mur dan mereka tidak kembali lagi. Kemudian aku di bawa ke Sidratul Muntaha yang daunnya seperti daun telinga gajah dan buah-buahannya sebesar tempayan..”
(HR. Muslim,no.162)

:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Disisi Sidratul Muntaha. Yang disisinya terletak syurga Jannatul-Makwa”
(an-Najm [53]: ayat 14-15)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“..Jika kamu meminta kepada Allah,mintalah (syurga) Firdaus kerana itu adalah syurga yang paling tengah dan yang paling tinggi,dan di atasnya ada 'Arasy ar-Rahman (Allah) dan daripadanya terpancar sungai-sungai di syurga.”
(HR. Bukhari,no.2790)

NOTA:
Daripada dalil² di atas,maka dapat disimpulkan bahawa langit ada tujuh lapis. Di atas langit ketujuh ada Sidratul Muntaha. Sidratul Muntaha berdekatan dengan syurga. Dan banyak-banyak syurga,syurga Firdaus adalah syurga yang paling tinggi. Dan di atas syurga Firdaus ada 'Arasy Allah. Maka,'Arasy Allah terletak di atas langit ketujuh.
Wallahua'lam.

Wednesday, November 2, 2022

Kanak-Kanak Bukan Islam Yang Mati (Belum Baligh) Akan Masuk Syurga

:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).”
(al-Isra' [17]: ayat 15)

NOTA:
daripada ayat ini,Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menukilkan kata² Imam an-Nawawi bahawa: “Sekiranya tidak diazab mereka yg berakal kerana keadaan mereka yg tidak sampai seruan dakwah,maka tidak diazab orang yang tidak berakal adalah lebih utama” (rujuk: Fath al-Bari,4/462)

:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu)..”
(an-Nisa' [4]: ayat 40)

:: Hadis ::
dari Samurah bin Jundab,Rasulullah ﷺ bersabda,
“..Adapun lelaki yang tinggi di dalam Raudhah (taman syurga),ia adalah Ibrahim ﷺ. Adapun anak-anak yang ada di sekelilingnya adalah setiap anak-anak yang dilahirkan yang mati di atas fitrah (yakni Islam dan dimasukkan ke dalam syurga). Lalu sebahagian orang Islam bertanya: ‘Wahai Rasulullah,adakah ia termasuk kanak-kanak orang musyrikin?’ Lalu Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Termasuk anak-anak orang musyrikin’..”
(HR. Bukhari,no.7047)

Saturday, October 29, 2022

Makan Belalang: Halal?

:: Hadis 1 ::
dari Ibnu ‘Umar,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Dihalalkan ke atas kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. (Dua jenis bangkai) iaitu belalang dan ikan. (Dua jenis darah) iaitu hati dan limpa.”
(HR. Ahmad,no.5456. Ibnu Majah,no.3218 & 3314)

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif' (lemah: tidak sahih) kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Abdurrahman bin Zaid bin Aslam,yg mana dia dinilai Dhaif oleh ramai Ulama' Hadis,salah satunya imam Ahmad,dengan katanya: “Dhaif”. Kata Yahya Ibn Ma'in: “Hadisnya tiada nilai,Dhaif”. Ketika Ibnu Abi Hatim bertanya kepada ayahnya (Abu Hatim) tentang Abdurrahman bin Zaid bin Aslam,kata Abu Hatim: “Laisa bi qowi (tidak kuat)”. Kata Abu Zur'ah: “Dhaif” (rujuk: Jarh wa at-Ta'dil,5/234). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Musthofa al-'Adawi (dalam video beliau) dengan katanya: “Tidak sahih secara marfu' (kata² Nabi ﷺ),sesungguhnya yang sahih ia adalah mauquf (kata² sahabat: ‘Abdullah bin ‘Umar) dengan hukum marfu”.

Sekalipun hadis ini 'Dhaif',akan tetapi belalang halal untuk di makan,berdasarkan hadis sahih:

:: Hadis 2 ::
dari ‘Abdullah bin Abu Aufa,dia berkata,
“Aku pernah pergi berperang bersama Rasulullah ﷺ sebanyak enam atau tujuh kali. Kami memakan belalang bersama baginda.”
(HR. Muslim,no.1952)

Wednesday, October 19, 2022

Doa Masuk Tandas Dan Keluar Tandas (Yang Tidak Sahih & Yang Sahih)

 ● DOA MASUK TANDAS ●

:: Hadis 1 ::
dari Anas,dia berkata,
“Apabila Nabi ﷺ ingin memasuki tandas,baginda membaca:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Allahumma inni A‘udzubika Minal Khubutsi Wal Khobaist
(Ya Allah,aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan jantan dan syaitan betina).”
(HR. Bukhari,no.142. Muslim,no.375)


● DOA KELUAR TANDAS ●

:: Hadis 2 ::
dari Anas bin Malik,dia berkata,
“Jika Nabi ﷺ keluar dari tandas,baginda membaca:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الْأَذَى وَعَافَانِي
Alẖamdulillahil-Ladzi Adzhaba ‘Annil Adza Wa ‘Afani
(segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dariku sesuatu yang menyakiti dan menyihatkan aku).”
(HR. Ibnu Majah,no.301)

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif' (lemah: tidak sahih),kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Ismail bin Muslim al-Basri,yg mana dia dinilai 'Munkar' oleh imam Ahmad ibn Hanbal,dengan katanya: "Munkar al-Hadis Jiddan" (rujuk: Sualat Abi Daud Li al-Imam Ahmad,171). at-Tirmidzi menilainya 'Dhaif Jiddan' (terlalu lemah) (rujuk: 'ilal at-Tirmidzi al-Kabir,237). Dia juga dinilai 'Dhaif' oleh Abu Daud (rujuk: Sualat Abi 'Ubaid al-Ajurri Li Abi Daud,no.2/212). Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh imam an-Nawawi (rujuk: Syarah al-Muhadzzab,2/83). Hadis ini juga datang melalui riwayat lain,daripada Abu Dzar,akan tetapi ia juga dinilai 'Dhaif' oleh Abu Hatim ar-Razi (rujuk: Ibnu Abi Hatim,al-'ilal,1/43).

:: Hadis 3 ::
dari 'Aisyah,dia berkata,
“Apabila Nabi ﷺ keluar dari tandas,baginda membaca:
غُفْرَانَكَ
Ghufronaka
(pengampunan-Mu).”
(HR. at-Tirmidzi,no.7. Ahmad,no.24063. Abu Daud,no.30)

NOTA:
Kata imam Abu Hatim ar-Razi: “Hadis yang paling sahih dalam bab ini (doa keluar tandas) adalah hadis 'Aisyah (maksud: hadis di atas” (rujuk: Ibnu Abi Hatim,al-'ilal,1/43). Daripada kenyataan Abu Hatim inilah 'salah satu sebab' Ulama' lain menilai 'Sahih' akan hadis ini,seperti Ibnu Hajar (rujuk: Bulugh al-Maram,86),as-Son'ani (rujuk: Subul as-Salam,1/80),asy-Syaukani (rujuk: Nail al-Authar,1/98),Syaikh Ahmad Syakir (rujuk: Sharh at-Tirmidzi,1/12) & Syaikh al-Albani (rujuk: Irwa' al-Ghalil,1/91).

Saturday, October 15, 2022

Larangan Bersalaman Dengan Wanita Bukan Mahram

:: Hadis 1 ::
dari Ma'qil bin Yasar,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sekiranya ditusuk kepala seorang lelaki itu dengan jarum besi,maka itu lebih baik buatnya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram).”
(HR. at-Thabrani [rujuk: Mu'jam al-Kabir,no.486 & 487]. Hadis ini dinilai 'Hasan' oleh Syaikh Al-Albani [rujuk: As-Sohihah,226])

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' (lemah: tidak sahih) oleh Syaikh Khalid al-Hayek (dalam Facebook rasmi beliau),kerana dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Syaddad bin Sa'id,yg mana kata Syaikh Khalid al-Hayek: "dia Soduq,hadisnya tidak dapat dijadikan sokongan kerana hadis ini menyanggahi perawi yang lebih tsiqah (dipercayai)". Hadis ini bercanggah pada sanad dan lafaznya dengan riwayat lain yang sahih:

:: Hadis 2 ::
dari Ma'qil bin Yasar,dia berkata,
“Mencari paku seorang dari kamu,lalu menusuknya di kepalaku lebih aku cintai daripada jika ada seorang perempuan membasuh kepalaku,dimana dia bukan orang yang ada hubungan mahram”.
(HR. Ibnu Abi Syaibah [rujuk: al-Musannaf,no.17310]).

NOTA:
Kata Syaikh Khalid al-Hayek lagi: "Dan inilah yang benar,ianya pendapat Ma'qil bin Yasar dengan lafaz ini (maka,ianya bukan kata² Rasulullah)". Sekalipun hadis yang jelas (dari Rasulullah) tentang 'larangan menyentuh bukan mahram' ini tidak sahih (Dhaif),akan tetapi Syaikh Khalid al-Hayek berpendapat bahawa menyentuh bukan mahram dengan sengaja itu tetap haram berdasarkan dalil yang lain:

:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman,'Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan menjaga kemaluannya..”
(an-Nur [24]: ayat 30)

:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
“Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman,'Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan kemaluannya..”
(an-Nur [24]: ayat 31)

NOTA:
Berdasarkan kedua² ayat al-Quran ini dapat difahami bahawa,kalau memandang saja tidak dibenarkan,apatah lagi menyentuh.

:: Hadis 3 ::
dari ‘Aisyah,dia berkata,
“Dahulu apabila para wanita yang beriman hendak berhijrah kepada Rasulullah ﷺ,mereka diuji sebagaimana dalam firman Allah ‘Azza wa Jalla: ‘Wahai Nabi,apabila datang kepadamu para wanita yang beriman untuk berbai’ah (pengakuan janji setia),bahawa mereka tidak akan menyekutukan Allah,tidak akan mencuri,tidak akan berzina.." (al-Mumtahanah [60]: ayat 12). Siapa saja wanita mukminah yang mengikrarkan hal ini,maka ia telah diuji. Rasulullah ﷺ sendiri berkata ketika para wanita mukminah mengikrarkan yang demikian: ‘Kamu boleh pergi kerana aku sudah membai’at kamu’. Namun demi Allah,baginda sama sekali tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun. Baginda hanya membai’at para wanita dengan ucapan baginda. Rasulullah ﷺ tidaklah pernah menyentuh wanita sama sekali sebagaimana yang Allah perintahkan. Tangan beliau tidaklah pernah menyentuh tangan mereka. Ketika bai’at,baginda hanya membai’at dengan berkata: ‘Aku telah membaiat kalian dengan perkataan’.”
(HR. Bukhari,no.5288. Muslim,no.1866)

Tuesday, October 11, 2022

Membuang Benda Yang Mengganggu Di Jalan Raya Pahalanya Besar?

:: Hadis 1 ::
Abu Barzah,dia berkata,
“Aku pernah bertanya: ‘Ya Rasulullah,ajarkanlah kepadaku sesuatu yang dapat aku ambil manfaatnya’. Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Singkirkanlah gangguan (sesuatu yang berbahaya) dari jalan kaum muslimin’.”
(HR. Muslim,no.2618. Ibnu Majah,no.3671)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Iman itu ada 70 lebih atau 60 lebih cabang. Yang paling utama adalah perkataan 'Laa ilaha illallah' (Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah). Dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. Dan malu itu adalah sebahagian dari iman.”
(HR. Muslim,no.35)

:: Hadis 3 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Ada seorang lelaki yang sedang berjalan,kemudian dia menjumpai ranting berduri di jalan,lalu diambilnya (untuk dibuang). Maka Allah bersyukur (berterima kasih) kepadanya dan mengampuni (dosa-dosanya).”
(HR. Bukhari,no.2472.  Muslim,no.4743. at-Tirmidzi,no.1881)

:: Hadis 4 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Pada suatu ketika,ada seseorang yang melalui sebatang ranting pokok yang menjuntai ke jalan. Kemudian orang tersebut berkata: ‘Demi Allah,aku akan menyingkirkan ranting pokok ini agar tidak mengganggu kaum muslimin yang lalu’. Akhirnya orang tersebut dimasukkan ke dalam syurga”.
(HR. Muslim,no.1914)

:: Hadis 5 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Sungguh aku melihat seseorang sedang bahagia (mendapat kenikmatan) di syurga disebabkan dia telah memotong batang pokok yang menjuntai ke jalan yang mengganggu orang lalu-lalang”.
(HR. Muslim,no.4744/1914)

:: Hadis 6 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Setiap sendi manusia ada sedekahnya setiap hari bermula matahari terbit. Seseorang yang mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah. Menolong seseorang untuk naik ke atas haiwan tunggangannya (kenderaan) atau mengangkat barang-barangnya ke atas haiwan tunggangannya (kenderaan) adalah sedekah. Ucapan yang baik adalah sedekah. Setiap langkah yang ditujukan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan menyingkirkan sesuatu (yang boleh menyakiti atau mengganggu) orang di jalanan adalah sedekah”.
(HR. Bukhari,no.2989. Muslim,no.1009)

Sunday, October 9, 2022

Wanita Diazab Kerana Seekor Kucing

:: Hadis 1 ::
dari Ibnu 'Umar,Nabi ﷺ bersabda,
“Seorang wanita masuk ke dalam neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makanan,bahkan tidak membiarkannya memakan serangga-serangga tanah.”
(HR. Bukhari,no.3318. Muslim,no.2242)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Seorang wanita diazab (oleh Allah pada hari kiamat) kerana dia mengurung seekor kucing tanpa memberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat mencari serangga-serangga yang terdapat di bumi.”
(HR. Muslim,no.2243)

:: Hadis 3 ::
dari Asma' binti Abi Bakar,Nabi ﷺ melaksanakan solat kusuf (gerhana) lalu bersabda,
“Neraka didekatkan kepadaku hingga aku berkata: ‘Wahai Rabb,aku bersama mereka. Manakala ketika itu aku melihat seorang wanita’.” Nafi' (perawi) berkata: “Aku menduga dia (Ibnu Abu Mulaikah) mengatakan: ‘Dicakar-cakar oleh seekor kucing’. Aku bertanya: ‘Apa yang menyebabkan demikian?’ Mereka menjawab: ‘Wanita tersebut menahan kucing tersebut sehingga mati disebabkan kelaparan’.”
(HR. Bukhari,no.2364)

NOTA:
Sebahagian Ulama' mengatakan bahawa wanita di dalam hadis ini adalah wanita kafir,bukan wanita islam kerana terdapat sebuah hadis yang mengatakan tentang itu:

:: Hadis 4 ::
dari Alqamah,dia berkata,
“Ketika kami sedang berada di sisi 'Aisyah,maka datanglah Abu Hurairah. Lalu 'Aisyah berkata: ‘Engkaukah yang telah meriwayatkan sebuah hadis bahawa seorang wanita diazab kerana seekor kucing yang dia ikat dan tidak memberinya makan dan minum?’ Abu Hurairah menjawab: ‘Aku mendengarnya dari baginda (Nabi ﷺ)’. Kemudian 'Aisyah berkata: ‘Apakah engkau tahu bagaimana status wanita itu? sesungguhnya wanita itu (dengan perbuatan yang telah dia lakukan) adalah seorang kafir,sedang seorang yang beriman di sisi Allah 'Azza wa Jalla lebih mulia bila harus diazab kerana seekor kucing. Jika engkau meriwayatkan hadis dari Rasulullah ﷺ,maka lihatlah bagaimana engkau meriwayatkannya’.”
(HR. Ahmad,no.10309)

NOTA:
Akan tetapi,hadis ini dinilai 'Dhaif' dan 'Bathil' oleh Syaikh Khalid al-Hayek (dalam website rasmi beliau),kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Soleh bin Rustum (Abu 'Amir al-Khazzaz),yg mana dia bertafarrud (bersendiri) meriwayatkan hadis ini. Dan Soleh bin Rustum juga dinilai 'Dhaif' oleh Abu Hatim ar-Razi,dengan katanya: "Syaikh,hadisnya ditulis dan tidak boleh berhujjah dengan (riwayat)nya" (rujuk: Ibnu Abi Hatim,Jarh wa at-Ta'dil,4/403). Ibnu Hajar berkata tentangnya: "Soduq,banyak kesalahan" (rujuk: at-Taqrib,272). Maka,yang tepat,insyaAllah,wanita itu adalah wanita islam,bukan kafir.
Wallahua'lam.

Mati Syahid: Mati Lemas, Mati Terbakar, Mati Dihempap Sesuatu Dan Lain-Lain

:: Hadis 1 ::
dari 'Abdullah bin 'Amru,Nabi ﷺ bersabda,
“Barangsiapa dibunuh kerana membela hartanya,maka dia adalah syahid.”
(HR. Bukhari,no.2480. Muslim,no.141)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Seorang lelaki telah datang bertemu Rasulullah ﷺ seraya berkata: ‘Wahai Rasulullah,apakah pendapatmu sekiranya seorang lelaki datang kerana ingin mengambil hartaku?’ Baginda menjawab: ‘Jangan berikan hartamu’. Lelaki itu berkata: ‘Apa pendapatmu jika dia memerangiku?’ Baginda menjawab: ‘Perangilah dia’. Lelaki itu bertanya lagi: ‘Apa pendapatmu jika dia membunuhku?’ Baginda menjawab: ‘Maka kamu dikira syahid’. Lelaki itu bertanya lagi: ‘Apa pendapatmu jika aku membunuhnya?’ Baginda menjawab: ‘Dia di neraka’.”
(HR. Muslim,no.140)

:: Hadis 3 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Syuhada ada lima iaitu: orang yang terkena wabak (penyakit),orang yang sakit perut,orang yang tenggelam,orang yang tertimpa sesuatu runtuhan,dan orang yang syahid (kerana berperang) di jalan Allah.”
(HR. Bukhari,no.2829. at-Tirmidzi,no.1063)

:: Hadis 4 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“‘Siapakah yang kamu hitung sebagai syahid dalam kalangan kamu?’ Mereka menjawab: ‘Wahai Rasulullah,sesiapa yang terbunuh pada jalan Allah,maka dia syahid’. Baginda bersabda: ‘Kalau begitu,para syuhada dalam kalangan umatku sedikit’. Mereka bertanya: ‘Siapakah mereka,wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab: ‘Sesiapa yang terbunuh pada jalan Allah maka dia syahid,sesiapa yang mati pada jalan Allah maka dia syahid,sesiapa yang mati disebabkan (penyakit) tho’un maka dia syahid dan sesiapa yang mati disebabkan sakit perut maka dia syahid’.”
(HR. Muslim,no.1915)

:: Hadis 5 ::
dari Sa'id bin Zaid,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya,maka dia mati syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan keluarganya,maka dia mati syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya,maka dia mati syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan dirinya,maka dia mati syahid.”
(HR. Ahmad,no.1652. Abu Daud,no.4772. an-Nasaie,no.4095. at-Tirmidzi,no.1421. at-Tirmidzi menilai hadis ini sebagai 'Hasan Sahih')

:: Hadis 6 ::
dari Jabir bin 'Atik,Rasulullah ﷺ bersabda,
“..Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah ada 7 orang,iaitu: korban wabak adalah syahid,mati kerana tenggelam adalah syahid,penderita penyakit radang paru-paru adalah syahid,mati kerana penyakit perut adalah syahid,korban kebakaran adalah syahid,yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid dan seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak adalah syahid.”
(HR. Abu Daud,no.3111. dinilai 'Sahih' oleh Syaikh Musthofa al-'Adawi)

:: Hadis 7 ::
dari Sahl bin Hunaif,Nabi ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang memohon kepada Allah mati syahid dengan sebenar-benar pengharapan,Allah akan mengurniakannya kedudukan para syuhada’ sekalipun dia mati di atas katilnya (tempat tidur).”
(HR. Muslim,no.1909)

Sunday, October 2, 2022

Solat Sunat Wudhu': Solat Yang Membuat Bilal Masuk Syurga

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda kepada Bilal ketika waktu solat Subuh,
“Wahai Bilal,ceritakan kepadaku tentang amalan yang paling engkau harapkan,yang telah engkau lakukan apabila memeluk Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasut mu di hadapan ku di syurga”. Beliau menjawab: “Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwudhu' pada waktu malam atau siang,aku akan mendirikan solat dengan wudhu' itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat”.
(HR. Bukhari,no.1149. Muslim,no.2458)

:: Hadis 2 ::
dari Humran,pelayan Ustman ibn 'Affan bahawasanya dia melihat Ustman meminta sebekas air lalu dibasuhnya kedua-dua tangannya (sehingga pergelangan tangan) tiga kali,kemudian dimasukkannya tangan kanannya ke dalam bekas untuk berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung kemudian menghembuskan air dari hidung,kemudian membasuh mukanya tiga kali,dan kedua-dua tangannya hingga ke siku tiga kali,kemudian mengusap kepalanya,kemudian membasuh kedua-dua kakinya tiga kali hingga ke buku lali,kemudian beliau berkata: “Aku melihat Rasulullah ﷺ berwudhu’ seperti wudhu’ ku ini,kemudian baginda ﷺ bersabda: ‘Sesiapa yang berwudhu’ seperti wudhu’ ku ini,kemudian dia solat dua rakaat dan tidak bercakap-cakap dalam dirinya (maksudnya solat dengan khusyu') nescaya Allah ampuni segala dosanya yang telah lalu’.”
(HR. Bukhari,no.164. Muslim,no.331)

Thursday, September 29, 2022

Jibril Masukkan Tanah Ke Dalam Mulut Firaun?

:: Hadis 1 ::
dari Ibnu Abbas,(salah satu perawi di dalamnya berkata) bahawa Nabi ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya Jibril memasukkan tanah ke dalam mulut Fira’un,kerana bimbang Fira’un akan mengucapkan: ‘Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah,atau bimbang Allah akan merahmatinya’.”
(HR. at-Tirmidzi,no.3108. Ahmad,no.2037 & 2989. at-Tirmidzi berkata,hadis ini 'Hasan Sahih Gharib')

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' & Khata' (silap) oleh Syaikh Khalid al-Hayek (dalam website rasmi beliau) kerana hadis ini diriwayatkan (sanadnya) dari Syu'bah bin al-Hajjaj,dari 'Adi bin Tsabit,dari 'Atho' bin as-Sa'ib,yg mana Syu'bah bin al-Hajjaj berkata,salah seorang dari mereka ('Adi atau 'Atho') memarfu'kannya (mengatakan hadis ini sampai kepada Nabi ﷺ),dan (tentang) 'Adi bin Tsabit,kata Syu'bah,dia salah seorang dari orang yg memarfu'kannya. (rujuk: al-Uqaili,Dhu'afa al-Kabir,3/372). Kata Syaikh Khalid al-Hayek,Syu'bah adalah seorang perawi yg Tsiqah (dipercayai),akan tetapi dalam riwayat ini,seolah² berlaku waham (ragu-ragu) terhadap Syu'bah ketika meriwayatkan hadis² ini,kerana terdapat riwayat lain daripada imam Abu Daud at-Tayalisi (rujuk: Musnad-nya,341) bahawa Syu'bah meriwayatkan hadis ini daripada 'Adi bin Tsabit dari 'Atho' bin as-Sa'ib "tanpa ragu" bahawa ianya marfu' (sampai kepada Nabi ﷺ). Sedangkan dalam riwayat al-Baihaqi pula (rujuk: Syu'ab al-Iman,7/44),dari Abu an-Nadr,bahawa Syu'bah meriwayatkan hadis ini dengan berkata "Salah satunya dari Nabi ﷺ atau kedua²nya dari Nabi ﷺ",begitu juga riwayat daripada imam at-Thobari (rujuk: Tafsir-nya,11/163),dari Waki',kata Syu'bah,"Salah seorang dari mereka memarfu'kan (menyampaikannya) kepada Nabi ﷺ". Kata Syaikh Khalid al-Hayek lagi,"Ianya diriwayatkan dengan syak (keraguan)!". Syaikh Musthofa al-'Adawi juga menilai hadis ini Dhaif di dalam video beliau,katanya: "La Yasih (Tidak Sahih)".

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,(salah satu perawinya atau kedua-dua perawinya berkata) bahawa Nabi ﷺ bersabda,
“Jibril berkata kepadaku: ‘Wahai Muhammad,sekiranya engkau melihatku ketika aku di laut,nescaya (engkau akan melihatku) memasukkannya ke dalam mulutnya. Kerana aku khuatir apabila rahmat Allah diberikan kepadanya sehingga dia diampunkan’.”
(HR. at-Thobari [rujuk: Tafsir at-Thobari,11/163]. al-Baihaqi [rujuk: Syu'ab al-Iman,7/44])

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh Ulama' kerana di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Katsir bin Zadan,yg mana ketika Ibnu Abi Hatim bertanya kepada ayahnya (Abu Hatim) dan Abu Zur'ah tentangnya,kata mereka "ini Syaikh yg Majhul (tidak dikenali)" (rujuk: Jarh wa Ta'dil,1/151). Kata adz-Dzahabi,banyak kejahilan di dalamnya (rujuk: Siyar A'lam an-Nubala',13/306). 

:: Hadis 3 ::
dari Ibnu 'Abbas,ia berkata,
“Sesungguhnya Fir’aun ketika hampir tenggelam,Jibril mengambil tanah lalu memasukkannya ke dalam (mulut Fir’aun) kerana takut Allah mengampuninya.”
(HR. at-Thobari [rujuk: Tafsir at-Thobari,11/164]. Ibnu Abi Hatim [rujuk: Tafsir Abi Hatim,6/1982])

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh Khalid al-Hayek Kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg disepakati akan Dhaif-nya,iaitu perawi yg bernama Umar bin Abdullah bin Ya'la,yg mana hadisnya dinilai Dhaif oleh imam Ahmad ibn Hanbal,Yahya Ibn Ma'in,Abu Hatim dan an-Nasaie. Malah,Abu Hatim menambah: "Hadis ini Munkar". Abu Zur'ah berkata: "Laisa bi Qowiy (tidak kuat)". ad-Daraquthni menilainya 'Matruk'. (rujuk: adz-Dzahabi,Tahdzib al-Kamal,7/85). Hadis ini juga mempunyai jalur yg lain,dari al-Hussein bin Amr bin Muhammad al-Anqazi,dari ayahnya,dari Syu'bah hingga di-marfu'-kan kepada Nabi ﷺ (rujuk: Tafsir at-Thobari,11/163),namun jalur ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Khalid al-Hayek kerana Khata' (silap) pada perawi al-Hussein bin Amr,dia Dhaif dan dia dibicarakan (oleh Para Ulama' hadis).

:: Hadis 4 ::
dari Ibnu ‘Abbas,Nabi ﷺ bersabda,
“Ketika Allah menenggelamkan firaun,dia berkata: ‘Aku beriman bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan tuhan yang diimani oleh Bani Israel’. Maka Jibril berkata: ‘Wahai Muhammad,seandainya engkau melihat aku mengambil lumpur lautan lalu aku menyumbat lumpur tersebut ke dalam mulut firaun kerana takut dia mendapat rahmat tuhan’.”
(HR. at-Tirmidzi,no.3107. at-Thobari [rujuk: Tafsir at-Thobari,6/650]. Ibnu Abi Hatim [rujuk: Tafsir Ibnu Abi Hatim,6/1982])

NOTA:
Hadith ini 'Dhaif' kerana di dalam sanadnya terdapat perawi bernama ‘Ali bin Zaid dan Yusuf bin Mihran,yg mana kedua²nya dinilai Dhaif oleh ibnu Hajar al-Asqalani (rujuk: Talkhis al-Habir,4/199). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh at-Tirmidzi sendiri selepas meriwayatkan hadis ini dengan katanya "Hasan" (Hasan di sisi at-Tirmidzi bermaksud 'Dhaif'). Ibn 'Uyainah juga menilai Ali bin Zaid sebagai Dhaif (rujuk: adz-Dzahabi,Mizan al-I'tidal,ed. 'Ali Muhammad al-Bajawi [Beirut: Dar al-Ma'rifah,1963],3/127). Abu Zur'ah berkata: "Laisa bi Qowiy (dia tidak kuat)" (rujuk: adz-Dzahabi,Diwan ad-Dhu'afa' al-Matrukin,Hammad bin Muhammad al-Ansari [Mekah: Maktabah an-Nahdah al-Hadithah,1967],283). Syaikh Khalid al-Hayek (dalam website rasminya) merasa seolah² sebenarnya Syu'bah meriwayatkan hadith ini dari Ali bin Zaid,dari Yusuf Ibn Mihran,namun dia melakukan kesilapan dan meriwayatkan daripada 'Adi bin Tsabit dan 'Atho' bin as-Sa'ib. Syaikh Syu'aib al-Arnauth juga menilai hadith ini sebagai Dhaif dalam Tahqiq beliau ke atas kitab Sahih Ibnu Hibban (rujuk: Muhammad bin Hibban,Sahih Ibn Hibban,[e.d. 'Ala' ad-Din bin Bilban],14/98).

Wallahua'lam Bissowab.

Solat: Letak Tangan (Sedekap) Di Bawah Pusat? Atas Pusat? Di Dada?

● SEDEKAP DI BAWAH PUSAT ●



dari 'Ali bin Abi Thalib,dia berkata,
“Termasuk sunnah di dalam solat meletakkan telapak tangan di atas telapak tangan yang satu lagi,di bawah pusat”
(HR. Abu Daud,no.756)

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif Jiddan' (terlalu lemah: tidak sahih) kerana di dalam sanadnya terdapat 2 orang perawi yg bermasalah. Pertama,perawi yg bernama Abdurrahman bin Ishaq al-Kufi,yg mana Ibnu Abi Hatim berkata,bahawa dia dinilai Dhaif oleh imam Ahmad ibn Hanbal,dengan katanya "Laisa bi syai (tiada apa-apanya/tiada nilai)" (rujuk: Jarh wa at-Ta'dil,5/213). Kata Yahya ibn Ma'in,"Matruk (ditinggalkan)" (rujuk: Ibnul Jauzi,ad-Dhu'afa,2/89). Kedua,perawi Ziyad bin Zaid,yg mana Ibnu Abi Hatim menukilkan dari ayahnya (Abu Hatim),bahawa Abu Hatim ketika berkata tentangnya,"Majhul (tidak dikenali)" (rujuk: Jarh wa at-Ta'dil,3/532). Juga dinilai Majhul oleh Ibn 'Abdil Hadi (rujuk: Tanqih al-Tahqiq,2/148). Hadis ini juga mempunyai jalur lain,daripada Abu Hurairah,namun hadis itu juga Dhaif kerana perawi Abdurrahman bin Ishaq al-Kufi ada di dalam sanadnya.


● SEDEKAP DI ATAS PUSAT ●



dari Ibnu Jarir ad-Dhabbi,dari ayahnya,dia berkata,
“Aku melihat tangan kanan ‘Ali memegang tangan kirinya pada pergelangannya,di atas pusat.”
(HR. Abu Daud,no.757)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh al-Albani,kerana perawi Ibnu Jarir ad-Dhabbi (nama sebenarnya Ghazwan) & ayahnya adalah Dhaif,lemah hafalan (rujuk: Dhaif Sunan Abu Daud,1/294,no.130).


● SEDEKAP DI DADA ●



:: Hadis 1 ::
dari Wail bin Hujr,dia berkata,
“Aku pernah solat bersama Nabi ﷺ dan baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya,pada dadanya.”
(HR. Ibnu Khuzaimah,no.479. al-Baihaqi,no.2336)

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif' & Munkar,kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Muamal bin Ismail,yg mana adz-Dzahabi menukilkan bahawa Imam Bukhari berkata (tentangnya): "Munkarul Hadith" (rujuk: al-Mizan,5/353). Dia juga dinilai Dhaif oleh Abu Hatim,kerana banyak kesalahan (rujuk: Jarh wa at-Ta'dil,8/31). Muamal bin Ismail juga tafarrud (bersendiri) dan menyelisihi perawi-perawi Huffazh yg lain dalam hadis ini kerana yg meriwayatkan dari ast-Tsauri seperti Abdurrazaq,al-Firyabi,al-Makhzumi dan lain² hanya meriwayatkan dengan lafaz 'meletakkan tangan kanan pada tangan kirinya',tanpa lafaz tambahan 'di dadanya' (rujuk: Musnad al-Jami',15/676). Hadis ini juga mempunyai jalur yg kedua,dari Muhammad bin Hujr al-Hadrami dari Sa'id bin 'Abdil Jabbar bin Wail dari ayahnya dari ibunya dari Wail bin Hujr,namun hadis ini juga 'Dhaif',kerana perawi Muhammad bin Hujr al-Hadrami yg mana adz-Dzahabi berkata "Lahu Manakir (memiliki hadis² yg Munkar)" (rujuk: al-Mizan,3/511) dan perawi Sa'id bin 'Abdil Jabbar adalah Dhaif (rujuk: at-Taqrib,2357).

:: Hadis 2 ::
dari Thawus,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri,kemudian menarik keduanya di atas dada ketika solat.”
(HR. Abu Daud,no.759)

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif' kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Sulaiman bin Musa,yg mana Abu Hatim berkata (tentangnya): "mahalahu soduq (berada pada posisi orang yg jujur),namun beberapa hadisnya mempunyai idthirab (kegoncangan)". imam Bukhari berkata: "indahu Manakir (memiliki hadis² Munkar)",dan an-Nasaie berkata: "Laisa bi Qowi (tidak kuat)" (rujuk: al-Mizzi,Tahdzib al-Kamal,12/97). Kedua,hadis ini Mursal (sanad terputus: diriwayatkan dari Tabi'in secara terus kepada Nabi ﷺ tanpa melalui dari mana-mana sahabat Nabi). Thawus adalah Tabi'in,bukan sahabat Nabi ﷺ.

:: Hadis 3 ::
dari Qabishah bin Hulb,dari ayahnya,ia berkata,
“Aku melihat Nabi ﷺ dari kanannya dan dari kirinya (ketika solat),dan aku melihat ketika itu baginda meletakkan kedua tangannya di atas dadanya.”
(HR. Ahmad,no.20961)

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif' kerana hadis ini diriwayatkan dari Simak bin Harb dari Qabishah bin Hulb,yg mana Qabishah dinilai 'Majhul' (tidak dikenali) oleh 'Ali ibn al-Madini dan an-Nasaie. 'Ali ibn al-Madini berkata lagi,bahawa tidak ada yg meriwayatkan hadisnya selain daripada Simak bin Harb (rujuk: adz-Dzahabi,Mizan al-i'tidal,3/384). Dan kata an-Nasaie,ketika Simak bin Harb bersendiri (dalam meriwayatkan hadis),maka dia tidak boleh dijadikan hujjah (rujuk: adz-Dzahabi,Siyar A'lam an-Nubala',5/248). Qabishah juga dinilai Majhul oleh Syaikh Syu'aib al-Arnouth (rujuk: Tahqiq Musnad Ahmad,5/226).

NOTA (2):
Walaupun hadis² tentang 'tempat' tangan diletakkan ketika solat kesemuanya 'Dhaif' (lemah: tidak sahih),namun amalan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri adalah Sunnah Nabi yg Sahih,berdasarkan 2 Hadis:

:: Hadis 4 ::
dari Sahl bin Sa'd,dia berkata,
“Dahulu manusia diperintahkan agar meletakkan tangan kanannya di atas lengan kiri dalam solat.”
(HR. Bukhari,no.740)

:: Hadis 5 ::
dari Wail bin Hujr,
“Bahawa dia melihat Nabi ﷺ mengangkat kedua tangannya ketika memulakan solat dan bertakbir. (Hammam menggambarkan,baginda mengangkatnya sejajar kedua telinganya),lalu baginda memasukkan kedua tangannya di bajunya,kemudian meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya..”
(HR. Muslim,no.401)

KESIMPULAN:
Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri adalah Sunnah yg Sahih,hanya saja 'tempat' diletakkan tangan tidak ada yg Sahih,sebagaimana yg dikatakan oleh imam Ibnu al-Mundzir,bahawa "tiada tempat tertentu dalam meletakkan tangan satu khabar (hadis²) yg sahih dari Nabi ﷺ,maka dibolehkan samada meletakkan kedua tangan di bawah pusat atau di atas pusat" (rujuk: al-Ausath,3/94). Kata imam at-Tirmidzi,sebahagian Ulama' berpendapat,kedua tangan diletakkan di atas pusat dan sebahagian yg lain lagi berpendapat kedua tangan diletakkan di bawah pusat,dan menurut Ulama',ia bebas untuk dipilih (rujuk: Jami' at-Tirmidzi,no.252). Dan tidak menjadi masalah juga untuk meletakkan kedua tangan di dada sebagaimana minoriti Ulama' seperti Syaikh al-Albani dan sewaktu dengannya. Dibolehkan untuk memilih mengikut keselesaan dan kesesuaian diri masing-masing.
Wallahua'lam bissowab.

Wednesday, September 28, 2022

Kesahihan Hadis: Doa Mustajab Ketika Hujan

:: Hadis 1 ::
dari Sahl bin Sa'd,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Dua waktu yang doa tidak tertolak,atau jarang tertolak,iaitu ketika azan,dan ketika peperangan ketika manusia bertempur antara satu sama lain”. Dalam riwayat lain: “Ketika hujan.”
(HR. Abu Daud,no.2540. al-Baihaqi,no.6459)

NOTA:
Ziyadah (tambahan) 'Dan waktu hujan' adalah ziyadah yg 'Dhaif',tidak sahih kerana di dalam sanadnya terdapat 2 perawi Dhaif. Pertama,perawi yg bernama Musa bin Ya'qub az-Zam'i,yg mana dia seorang yg lemah hafalan. Kata an-Nasaie: "Laisa bi Qowi (tidak kuat)" (rujuk: Ibnul Jauzi,adh-Dhu'afa wa al-Matrukin,580). Kata ad-Daraquthni tentangnya: "La Yuhtajju Bihi (Tidak boleh berhujjah dengannya)" (rujuk: al-'ilal,2/339). Ibnu Hajar al-Asqalani juga mendhaifkan beliau dengan katanya: "Soduq,lemah hafalannya" (rujuk: at-Taqrib,7026). Kedua,perawi Rizq bin Sa'id bin Abdurrahman,yg mana Kata Syaikh al-Albani,Ibnu Hajar menilai beliau sebagai 'Majhul' (tidak dikenali) (rujuk: ast-Tsamar al-Musthathab,1/139).

:: Hadis 2 ::
dari Makhul,Nabi ﷺ bersabda,
“Berdoalah (mintalah) di waktu yang mustajab doa,iaitu ketika bertemunya dua pasukan di medan pertempuran,ketika solat hendak didirikan dan ketika turunnya hujan.”
(HR. asy-Syafi'i [rujuk: al-Umm,1/289])

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif' kerana dua sebab. Pertama,kerana perawi Mubham (tidak diberi nama),iaitu Syaikh-nya imam Syafi'i meriwayatkan hadis ini kepada beliau,dalam masa yg sama,imam Syafi'i tidak menegaskan samada Syaikh-nya ini Tsiqah (dipercayai) atau tidak. Kedua,hadis ini 'Mursal' (sanad terputus),kerana Makhul adalah Tabi'in,bukan Sahabat Nabi ﷺ. Maka Makhul tidak pernah bertemu dengan Nabi ﷺ (kerana perbezaan zaman).

:: Hadis 3 ::
dari Makhul,dari sebahagian sahabat Nabi ﷺ,bahawa doa dianjurkan ketika turun hujan,dan ketika solat didirikan,ketika bertemunya kedua pasukan dalam perang,dan ketika turunnya hujan.
(HR. Ibnu Abi Syaibah [rujuk: al-Musannaf,no.19512])

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif' kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama 'Abdul 'Aziz bin Umar,yg mana imam Ahmad bin Hanbal berkata (tentangnya): "dia bukan termasuk orang yang hafalannya kuat dan cermat" (rujuk: al-Khattabi,Ma'alim as-Sunan,4/104).

:: Hadis 4 ::
dari Abu Umamah,Nabi ﷺ bersabda,
“Pintu-pintu langit dibuka dan doa diijabah pada empat waktu: ketika bertemunya pasukan (ketika perang),ketika turun hujan,ketika solat didirikan dan ketika melihat Ka’bah”.
(HR. al-Baihaqi [rujuk: Ma'rifat as-Sunan wal Atsar,7239-7240])

NOTA:
Hadis ini 'Munkar' kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama 'Ufair bin Ma'dan,yg mana ramai Ahli Hadis menilainya 'Dhaif',lemah hafalan. imam Ahmad ibn Hanbal berkata tentangnya: "Munkarul Hadis,Dha'if" (rujuk: al-Kamil,1544). Yahya Ibn Ma'in berkata: "Laisa bi Syai (tiada apa-apanya/tiada nilai)" dan kata Abu Daud: "dia seorang Syaikh yg soleh,namun Dhaif al-Hadis (Dhaif di dalam hadis)" (rujuk: adz-Dzahabi,al-Mizan,8/134). Ibnu Abi Hatim ketika bertanya kepada ayahnya (Abu Hatim) tentang 'Ufair,kata Abu Hatim: "Dha'iful Hadis,dia banyak meriwayatkan riwayat yang palsu dari Sulaim bin Amir dari Abu Umamah dari Nabi ﷺ, jangan disibukkan dengan periwayatan darinya" (rujuk: Jarh wa at-Ta'dil,7/36). an-Nasaie berkata: "Tidak tsiqah (dipercayai)" (rujuk: ad-Dhu'afa',80). Kata Ibn 'Adiy: "Keumuman riwayatnya tidak mahfuzh (terpelihara)" (rujuk: al-Kamil,5/2018). Dia juga dinilai 'Dhaif' oleh Ibnu Hajar al-Asqalani (rujuk: at-Taqrib,4626),al-Haitsami (rujuk: Majma' az-Zawa'id,1571) dan al-'Aini (rujuk: Nakhab al-Afkar,2/253. Umdat al-Qari,3/130). 

:: Hadis 5 ::
dari Salim (bin Abdullah bin Umar),dari ayahnya,bahawa Nabi ﷺ bersabda,
“Pintu-pintu langit dibuka oleh 5 perkara: bacaan al-Qur’an,bertemunya dua pasukan (ketika perang),turunnya hujan,doa orang yang dizalimi dan adzan.”
(HR. ath-Thabrani [rujuk: ad-Du'a,no.490])

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif Jiddan',kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama Hafs bin Sulaiman yg mana imam Ahmad ibn Hanbal berkata (tentangnya): "Matrukul Hadis (Hadis²nya ditinggalkan)" (rujuk: al-'ilal,2698). Kata al-Bukhari: "Para Ulama' meninggalkan hadisnya" (rujuk: Tarikh al-Kabir,2/2767). an-Nasaie juga menilainya 'Matruk' dengan katanya: "Matruk al-Hadis (hadis²nya ditinggalkan)" (rujuk: adh-Dhu'afa wal Matrukin,134). Dia juga dinilai Dhaif oleh Abu Zur'ah dan ad-Daraquthni (rujuk: Ibnu al-Jauzi,ad-Dhu'afa wal Matrukin,1/221. Sunan ad-Daraquthni,2/263). Dia adalah ahli dalam Qira'ah al-Quran,namun dia lemah di dalam Hadis,sepertimana yg disebut oleh adz-Dzahabi (rujuk: Siyar A'lam an-Nubala',5/260).

Kesemua hadis² berkaitan doa dimustajabkan ketika hujan adalah 'Dhaif' (lemah: tidak sahih) kerana kesemuanya tidak terlepas dari kritikkan para Ulama' Hadis. Hadis² ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Khalid al-Hayek,beliau berkata: "Tiada yg tsabit tentang ini" (dalam 'Soalan' - no.113' di website rasmi beliau). Hadis² ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Musthofa al-'Adawi di dalam video beliau.
Wallahua'lam bissowab.

Tuesday, September 27, 2022

Kisah Seorang Lelaki Yg Diampuni Dosanya Kerana "Takut" Kepada-Nya

:: Hadis 1 ::
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Dahulu ada seorang lelaki yang kecewa terhadap dirinya. Ketika dia hampir mati,dia berkata kepada anak-anaknya: ‘Jika aku mati,kamu semua bakarlah aku,hancur debukan aku kemudian jadikan aku ditiup angin. Demi Allah! Jika tuhanku dapat menangkapku nescaya Dia akan mengazabku dengan azab yang Dia tidak pernah azab sesiapa pun’. Apabila dia mati,hasratnya dilakukan kepadanya. Maka Allah memerintahkan bumi: ‘Himpunkan dia’. Maka bumi lakukannya lalu dia pun berdiri (dibangkitkan). Allah berkata: ‘Apakah yang menyebabkan engkau lakukan tindakanmu itu?’ Dia menjawab: ‘Wahai Tuhanku,kerana takutkan Engkau’. Maka Allah pun mengampunkannya.”
(HR. Bukhari,no.3481)

:: Hadis 2 ::
dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Telah berwasiat oleh seorang lelaki yang tidak pernah melakukan amal baik sama sekali. Apabila dia mati maka hendaklah dibakar mayatnya kemudian menerbangkan separuh debunya ke daratan dan separuh lagi ke lautan. Maka demi Allah,jika Allah berkuasa atasnya,Allah akan mengazabnya dengan satu azab yang tidak pernah diazabkan seorang pun pada alam ini. Maka tatkala lelaki itu mati maka dikerjakan sebagaimana wasiat lelaki itu dengannya. Maka Allah menyuruh daratan mengumpulkan debunya dan menyuruh lautan mengumpulkan debunya. Kemudian dihimpunkan semuanya lalu Allah bertanya padanya: ‘Kenapa kamu lakukan seperti ini?’ Jawabnya: ‘Kerana aku sangat takut kepada-Mu wahai Tuhan-Ku dan Kamu lebih mengetahui’. Maka,Allah pun mengampunkannya.”
(HR. Muslim,no.2756)

Saturday, September 10, 2022

Hadis Perbanyakkan Selawat Pada Hari Jumaat Tidak Sahih?

:: Hadis 1 ::
dari Abu Darda',Rasulullah ﷺ bersabda,
“Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat. Sesungguhnya ia disaksikan,disaksikan para malaikat. Sungguh,sekali-kali tidaklah salah seorang dari kamu berselawat kepadaku kecuali selawatnya akan dibentangkan kepadaku hingga dia selesai”. Aku bertanya; ‘Walaupun setelah meninggal dunia?’ Baginda menjawab: ‘Ya,walaupun setelah meninggal. Sesungguhnya Allah mengharamkan bagi bumi untuk memakan tubuh para nabi,maka Nabi Allah akan selalu hidup dan diberi rezeki’.”
(HR. Ibnu Majah,no.1637)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh imam Bukhari,kerana hadis ini diriwayatkan dari Zaid bin Aiman dari 'Ubadah bin Nusayyi,yg mana imam al-Bukhari berkata,hadis ini Mursal (terputus sanad) antara Zaid bin Aiman dan 'Ubadah bin Nusayyi (rujuk: at-Tarikh,3/387).

:: Hadis 2 ::
dari Abu Umamah,Nabi ﷺ bersabda,
“Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku,maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).”
(HR. al-Baihaqi,no.5995)

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif' kerana ia diriwayatkan dari Makhul dari Abu Umamah,yg mana Ibnu Abi Hatim menukilkan kata ayahnya (Abu Hatim),bahawa Makhul tidak mendengar daripada Abu Umamah (rujuk: Jami' at-Tahsil,285),begitu juga kata al-Mundziri (rujuk: Targhib wa at-Tarhib,2487). Hadis ini juga dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh al-Albani (rujuk: Dhaif al-Jami',1115).

:: Hadis 3 ::
dari Aus bin Aus,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya,daripada seafdhal hari-hari kamu ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam dan padanya juga dimatikannya,dan padanya tiupan sangkakala dan padanya juga berlakunya kebangkitan. Justeru,perbanyakkan selawat ke atasku pada hari Jumaat kerana selawat kamu akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah,bagaimana dibentangkan selawat kami sedangkan kamu sudah reput atau dimakan tanah?’ Sabda baginda: ‘Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah mengharamkan bagi bumi untuk memakan jasad-jasad para nabi’.”
(HR. Ibnu Majah,no.1626 & 1075. Abu Daud,no.1047 & 1531. an-Nasaie,no.1357. Ahmad,no.15575. ad-Darimi,no.1526)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' & Ma'lul (mempunyai kecacatan pada sanad) oleh imam Abu Hatim ar-Razi,al-Bukhari & an-Nasaie. Hadis ini mempunyai 2 'illah (kecacatan pada sanadnya). Pertama,kesemua riwayat ini melalui jalan (perawi yg bernama) Husain bin Ali al-Ju'fi dari Abdurrahman bin Yazid bin Jabir,yg mana sebenarnya Abdurrahman bin Yazid disini adalah Abdurrahman bin Yazid “bin Tamim”,bukan “bin Jabir”. Kerana Abu Hatim & al-Bukhari berkata,penduduk Kufah (Iraq) yang meriwayatkan dari Abdurrahman bin Yazid adalah Abdurrahman bin Yazid “bin Tamim”,bukan “bin Jabir”,sedangkan Husain bin Ali al-Ju'fi adalah penduduk Kufah (rujuk: Jarh wa at-Ta'dil,5/300. al-Bukhari,Tarikh al-Kabir,5/365). Ibnu Hibban juga mengatakan perkara yg sama (rujuk: al-Majruhin,2/55),begitu juga dengan Khatib al-Baghdadi (rujuk: Tarikh al-Baghdad,10/212). Kedua,perawi Abdurrahman bin Yazid “bin Tamim” ini dinilai 'Dhaif' oleh imam al-Bukhari (rujuk: Tarikh al-Kabir,5/365) dan Abu Hatim ar-Razi (rujuk: ibnu Abi Hatim,al-'ilal,1/196),dan dinilai 'Matruk al-Hadith' (hadisnya ditinggalkan) oleh imam an-Nasaie (rujuk: adh-Dhu'afa wa al-Matrukin,158). Hadis² ini juga dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh Musthofa al-'Adawi (dalam video beliau) dan Syaikh Khalid al-Hayek (dalam profile rasmi Ask.fm beliau).
Wallahua'lam bissowab.

Sunday, September 4, 2022

Akhir Zaman: Orang Yang Berdusta Dianggap Jujur Dan Orang Yang Jujur Dianggap Berdusta

dari Abu Hurairah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya,kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar,diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibidhah. Baginda ditanya: ‘Siapakah golongan al-Ruwaibidhah?’ Maka baginda menjawab: ‘Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar’.”
(HR. Ibnu Majah,no.4026. Ahmad,no.7571)

NOTA:
hadis ini 'Dhaif' (lemah: tidak sahih) kerana di dalam sanadnya terdapat 2 perawi yg bermasalah. Pertama,perawi bernama Abdul Malik bin Qudamah al-Jumahi,dimana Ibnu Abi Hatim bertanya kepada ayahnya (Abu Hatim ar-Razi) tentangnya,kata Abu Hatim: "Laisa bi Qowi,Dhaiful hadis (tidak kuat,lemah dalam hadis)". Imam Bukhari juga mengingkarinya (rujuk: Jarh wa Ta'dil,5/362). an-Nasaie juga berkata: "Laisa bi Qowi' (rujuk: ad-Dhu'afa wal Matrukin,69). Kata Abu Zur'ah: "Munkarul Hadis" (rujuk: Sualat al-Barza'i,356). Kedua,perawi yg bernama Ishaq bin Abi al-Furat,dia dinilai 'Majhul' (tidak dikenali) oleh Ibnu Hajar al-Asqalani (rujuk: at-Taqrib,102). Syaikh Khalid al-Hayek membahas panjang lebar tentang ke-Dhaif-an hadis² ini (dalam website rasmi beliau). Hadis ini juga dinilai Dhaif dan Ma'lul (mempunyai kecacatan pada sanadnya) oleh Syaikh Musthofa al-'Adawi (dalam video beliau).

Wednesday, August 31, 2022

Peristiwa 'Betis Disingkapkan' Di Akhirat Kelak

:: al-Quran ::
Allah ﷻ berfirman:
“(Ingatlah) pada hari ketika betis disingkapkan dan mereka diseru untuk bersujud,maka mereka tidak mampu melakukannya. Pandangan mereka tertunduk ke bawah (malu),diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.”
(al-Qalam [68]: ayat 42 - 43)

:: Hadis ::
dari Abu Sa'id,Nabi ﷺ bersabda,
“Tuhan kita menyingkap (mendedahkan) betis-Nya,maka bersujudlah setiap orang mukmin dan mukminah,sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang sujud di dunia kerana riyak dan sum'ah. Mereka mencuba untuk sujud,namun belakang mereka kembali tegak.”
(HR. Bukhari,no.4919)

Tuesday, August 30, 2022

6 Doa Keluar Rumah

:: Hadis 1 ::
dari Anas bin Malik,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Barang siapa yang berkata (iaitu apabila ia keluar rumah):
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Bismillahi Tawakkaltu ‘alAllah,La H̱awla Wala Quwwata illa Billah
(Dengan Nama Allah,aku bertawakkal kepada-Nya dan tiada daya dan kekuatan melainkan daripada Allah),
maka akan dikatakan kepadanya (iaitu para malaikat mendoakannya): ‘Sesungguhnya kamu akan dicukupi dan akan dilindungi,dan syaitan akan menjauhkan daripadanya’.”
(HR. at-Tirmidzi,no.3426. Abu Daud,no.5095)

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif' & Munqothi' (terputus sanad) kerana hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Juraij dari Ishaq bin 'Abdullah bin Abu Thalhah. Imam at-Tirmidzi bertanya kepada imam al-Bukhari tentang hadis ini,kata imam al-Bukhari,dia tidak tahu bahawa Ibnu Juraij mendengar daripada Ishaq (rujuk: al-'ilal al-Kabir,1/362). Imam ad-Daraquthni juga mengatakan perkara yg sama,kata ad-Daraquthni: "Yang benar,Ibnu Juraij tidak mendengar dari Ishaq" (rujuk: al-'ilal,12/12-13).

:: Hadis 2 ::
 بِسْمِ اللَّهِ ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ
dari Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda,
“Jika seseorang keluar dari pintu rumahnya atau dari pintu tempat tinggalnya,maka dia akan di sertai oleh dua Malaikat yang diwakilkan dengannya. Jika dia mengatakan ‘Bismillah (dengan nama Allah)’,maka dua malaikat tersebut akan menjawab: ‘Kamu telah diberi petunjuk’. Jika dia mengucapkan ‘Laa H̱awla Walaa Quwwata illa Billah (Tiada daya dan upaya kecuali dengan kehendak Allah)’,maka kedua Malaikat tersebut akan berkata: ‘Kamu telah di lindungi’. Jika dia mengucapkan ‘Tawakkaltu ‘Alallah (aku bertawakkal kepada Allah)’. Maka kedua Malaikat tersebut akan berkata: ‘Kamu telah di cukupi’. Kemudian jika dua Qorinnya menemuinya,maka kedua Malaikat tersebut akan mengatakan: ‘Apa yang akan hendak kamu lakukan dari seseorang yang telah diberi petunjuk,di cukupi dan di lindungi ini?”
(HR. Ibnu Majah,no.3886)

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif' kerana di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Harun bin Harun,yg mana imam Bukhari berkata (tentangnya) "Laisa bi dzaka (tidak seperti itu/bukan perawi yg kuat)" (rujuk: Tarikh al-Kabir,8/226. Tarikh al-Awsat,2/176). Abu Hatim berkata "Munkar al-Hadith" (rujuk: Jarh wa al-Ta'dil,9/98).

:: Hadis 3 ::
dari Utsman bin Affan,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tidaklah seorang muslim keluar dari rumahnya untuk bepergian atau yang lainnya,kemudian ketika keluar,dia membaca:
بِسْمِ اللَّهِ آمَنْتُ بِاللَّهِ ، اعْتَصَمْتُ بِاللَّهِ ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Bismillahi Amantu Billahi,i’tasomtu Billahi, Tawakkaltu ‘Alallah,Laa H̱awla Wala Quwwata illa Billah’
(dengan Nama Allah,aku beriman kepada Allah,berpegang teguh kepada Allah,bertawakkal kepada Allah,tiada daya dan upaya kecuali dari Allah),
nescaya diberi rezeki lebih baik dari tempat keluarnya dan dihindarkan dari keburukan selama (dia) keluar.”
(HR. Ahmad,no.441)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh Khalid al-Hayek (dalam website rasmi beliau,pada 'hadis kelapan') kerana hadis ini diriwayatkan daripada 'seorang lelaki' dari Utsman bin 'Affan. 'Lelaki' disitu Majhul (tidak dikenali) dan tidak diketahui.

:: Hadis 4 ::
dari Abu Hurairah,dia berkata,
“Apabila Rasulullah ﷺ keluar dari rumahnya,baginda mengucapkan:
بِسْمِ اللَّهِ ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ، التُّكْلَانُ عَلَى اللَّهِ
  Bismillahi,La H̱awla Walaa Quwwata illa Billah,At-tuklanu ‘alAllah
(Dengan nama Allah,tiada daya dan upaya kecuali dengan kehendak Allah dan bersandar kepada Allah).”
(HR. Ibnu Majah,no.3885)

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif',kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama 'Abdullah bin Husain bin 'Atho' bin Yasar,yg mana dia dinilai Dhaif oleh imam al-Bukhari,kata al-Bukhari "Wa fihi nazhar (harus diteliti)" (rujuk: Tarikh al-Kabir,5/72),juga dinilai Dhaif oleh imam Abu Zur'ah (rujuk: Jarh Wa Al-Ta'dil,5/35). Imam al-Buṡiri juga menukilkan bahawa 'Abdullah bin Husain ini dinilai Dhaif oleh imam Bukhari,Abu Zur'ah dan Ibnu Hibban (rujuk: Misbah al-Zujajah fi Zawaid Ibnu Majah,1356). Dia juga dinilai Dhaif oleh Ibnu Hajar al-Asqalani (rujuk: at-Tahdzib,4/272).

:: Hadis 5 ::
dari Abi Khasafah,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Apabila seseorang kamu keluar daripada rumahnya,maka ucapkanlah:
بِسْمِ اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ مَا شَاءَ اللَّهُ ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Bismillahi La H̱awla Wala Quwwata illa Billahi Masya Allah,Tawakkaltu ‘alAllah,Hasbiyallah wa Ni’mal Wakiil
(Dengan nama Allah,tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah,apa yg diinginankan oleh Allah,aku bertawakkal kepada Allah,cukuplah Allah untukku dan Dia sebaik-baik penolong).”
(HR. at-Thabrani [rujuk: Mu'jam al-Kabir,22/396])

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif' & 'Munkar' kerana di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Yahya bin Yazid,yg mana ketika Ibnu Abi Hatim bertanya kepada ayahnya (Abu Hatim) tentangnya,kata Abu Hatim "Munkar al-Hadith" (rujuk: Jarh wa at-Ta'dil,9/198). Dia juga dinilai Dhaif oleh Ibn 'Adiy (rujuk: al-Kamil,7/247),juga dinilai Dhaif oleh imam al-Bukhari,Ahmad ibn Hanbal,Ibn Ma'in,Abu Zur'ah,dan an-Nasaie (rujuk: Tahdzib al-Kamal,32/198).

:: Hadis 6 ::
dari Ummu Salamah,ia berkata,
“Nabi ﷺ tidak pernah keluar dari rumah kecuali baginda melihat ke langit lalu berdoa:
اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ ، أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ ، أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ ، أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيّ
Allahumma A‘udzubika An Adhilla Au Udholla,Au Azilla Au Uzalla,Au Azhlima Au Uzhlama,Au Ajhala Au Yujhala 'Alay
(Ya Allah,aku berlindung kepada-Mu dari ketersesatan atau disesatkan,tergelincir atau digelincirkan,menzalimi atau dizalimi dan membodohi atau dibodohi).”
(HR. Abu Daud,no.5094. Ibnu Majah,no.3884. an-Nasaie,no.5486 & 5539. Lafaz setiap riwayat sedikit berbeza²,dan ini lafaz dari Abu Daud)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh imam Ibnu al-Madini,kerana hadis ini diriwayatkan daripada asy-Sya'bi dari Ummu Salamah. Kata Ibnu al-Madini,Sya'bi tidak mendengar dari Ummu Salamah,seperti yg dinukilkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani (rujuk: Nataij al-Afkar fi Takhrij Ahadith al-Adzkar,1/155). Ibnu Hajar juga berkata,bahawa Ibnu al-Madini berkata dalam kitab 'al-'ilal',bahawa Sya'bi tidak mendengar dari Zaid bin Tsabit,dan dia tidak bertemu dengan Abu Sa'id al-Khudri atau Ummu Salamah (rujuk: Tahdzib at-Tahdzib,5/68). Sanad hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Musthofa al-'Adawi (dalam video beliau) kerana Sya'bi tidak mendengar dari Ummu Salamah. Hadis ini adalah hadis yg paling ringan Dhaif-nya dalam bab ini.

Sekalipun hadis² doa keluar rumah ini kesemuanya Dhaif,tidak sahih,akan tetapi tidak menjadi masalah untuk mengamalkan mana-mana doa dari hadis² ini kerana sepakat para 'Ulama' bahawa doa yg berasal dari hadis yg tidak sahih (dengan syarat maknanya tidak bercanggah dengan syara'),sekalipun hadis itu Maudhu' (Palsu),boleh diamalkan dengan syarat: tidak meyakini bahawa doa itu daripada Nabi ﷺ dan juga memberitahu tentang ke-tidak sahih-an hadis tersebut ketika menyebarkannya kepada orang lain.
Wallahua'lam bissowab.

Monday, August 29, 2022

Orang Yang Membunuh Diri Tidak Kekal Dalam Neraka

dari Jabir,dia berkata,
“at-Thufail bin ‘Amru Ad-Dausi telah mendatangi Nabi dan dia telah berkata kepada baginda: ‘Wahai Rasulullah,apakah engkau mahu mendapat perlindungan dan benteng yang kuat? Iaitu benteng yang dimiliki orang-orang Daus pada masa jahiliyah?’ Nabi ﷺ menolaknya kerana lebih memilih dengan apa yang Allah janjikan untuk orang-orang Ans̄ar. Ketika Nabi ﷺ berhijrah ke Madinah,at-Thufail bin 'Amru turut berhijrah bersama seorang lelaki daripada kaumnya. Keadaan cuaca di Madinah tidak sesuai dengannya lalu lelaki itu jatuh sakit dan tidak dapat menahan kesakitan itu,lalu dia mengambil mata anak panah lalu memotong tangannya lalu darah mengalir keluar daripada tangannya hingga dia mati. At-Thufail melihat lelaki itu dalam mimpinya. Lelaki itu berada dalam keadaan baik dan kelihatan tangannya berbalut. Dia bertanya kepada lelaki itu: ‘Apa yang telah tuhan kamu lakukan kepada mu?’ Lelaki itu menjawab: ‘Tuhan ku telah mengampuni aku kerana hijrah ku kepada Nabi ﷺ’. At-Thufail bertanya lagi: ‘Kenapa aku lihat tangan kau berbalut?’ Lelaki itu menjawab: ‘Dikatakan kepada ku: Kami tidak akan mengelokkan apa yang telah engkau rosakkan’. At-Thufail menceritakan kepada Nabi ﷺ hal itu. Lalu Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Ya Allah,untuk tangannya itu,kau ampunilah’.”
(HR. Muslim,no.116)

Thursday, August 25, 2022

Jangan Berlebihan Dalam Mencintai Dan Membenci Seseorang (kata Saidina Ali)

dari Abu Hurairah (dikatakan,bahawa Nabi ﷺ) berkata,
“Cintailah orang yang kamu cintai seadanya (jangan melampau). Mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kamu benci. Bencilah seseorang seadanya (jangan melampau),boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kamu cintai.”
(HR. at-Tirmidzi,no.1997)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh at-Tirmidzi sendiri selepas meriwayatkan hadis ini dengan katanya 'Hasan Gharib'. Hadis ini tidak Sahih bahawa ini perkataan Nabi ﷺ,namun kata beliau,yg 'Sahih',hadis ini Mauquf (kata-kata Sahabat) dari 'Ali bin Abi Thalib,bukan dari Nabi ﷺ:

dari ‘Ali bin Abi Thalib,dia berkata,
“Cintailah orang yang kamu cintai seadanya (jangan melampau). Mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kamu benci. Bencilah seseorang seadanya (jangan melampau),boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kamu cintai.”
(HR. at-Tirmidzi,no.1997,melalui jalur kedua. Ini dinilai 'Sahih' oleh at-Tirmidzi)

Sunday, August 21, 2022

7 Bacaan Sebelum al-Fatihah Pada Rakaat Pertama (Doa Iftitah)

:: Hadis 1 ::
الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ
Alhamdulillahi H̱amdan Katsiron Thoyyiban Mubarokan Fiih
[Segala puji bagi Allah,pujian yg banyak,terbaik serta penuh berkat di dalamnya]

(HR. Muslim,no.600. Abu Daud,no.793. dari Anas bin Malik)

NOTA:
Disebabkan bacaan iftitah inilah,membuatkan 12 Malaikat berebut mengangkat kalimat itu.

:: Hadis 2 ::
اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ ، كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ . اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ الْخَطَايَا ، كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنْ الدَّنَسِ . اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ ، بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَد
Allahumma Ba‘id Baini Wa Baina Khotho-yaya, Kama Ba-‘adta Bainal Masyriqi Wal Maghrib. Allahumma Naqqini min Khotho-yaya, Kama Yunaqqost-Tsaubul Abyadhu Minad-Danas. Allahummagh-silni Min Khotho-yaya, Bist-Tsalji Wal Ma-i Wal Barod.
[Ya Allah,jauhkanlah antara aku dan kesalahan-kesalahanku,sebagaimana Engkau menjauhkan timur dan barat. Ya Allah,bersihkanlah aku dari kesalahan-kesalahanku,sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran. Ya Allah,cucilah aku dari kesalahan-kesalahanku dengan salji,air dan air batu]

(HR. Muslim,no.598. an-Nasaie,no.60. dari Abu Hurairah)

Dalam sahih al-Bukhari,terdapat perbezaan lafaz yang juga boleh diamalkan:

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنْ الدَّنَسِ اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ
Allahumma Ba‘id Baini Wa Baina Khotho-yaya, Kama Ba-‘adta Bainal Masyriqi Wal Maghrib. Allahumma Naqqini MINAL Khotho-yaya, Kama Yunaqqost-Tsaubul Abyadhu Minad-Danas. Allahummagh-SIL Khotho-yaya, Bil Ma-i Wast-Tsalji Wal Barod.

(HR. Bukhari,no.744. dari Abu Hurairah)

:: Hadis 3 ::
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Allahu Akbaru Kabiro, Walẖamdulillahi Katsiro, Wa SubẖanAllahi Bukrotaw Wa-as̄ila
[Allah Maha Besar dengan segala kebesaran,segala puji bagi Allah dengan pujian yg banyak,Maha Suci Allah baik waktu pagi dan petang]

(HR. Muslim,no.601. dari Ibnu ‘Umar)

:: Hadis 4 ::
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا، وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي، وَنُسُكِي، وَمَحْيَايَ، وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ، اللهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ. أَنْتَ رَبِّي، وَأَنَا عَبْدُكَ، ظَلَمْتُ نَفْسِي، وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا، إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ، أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ، تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Wajjahtu Waj-hiya Lilladzi Fathoros-Sama Wati Wal Ardho H̱anifa, Wama Ana Minal Musyrikin. Inna S̄olati Wa Nusuki Wa Maẖyaya Wa Mamati Lillahi Robbil ‘Alamin. Laa Syarikalahu Wa Bidza Lika Umirtu Wa Ana Minal Muslimin. Allahumma Antal Maliku La ila ha illa Anta. Anta Robbi Wa Ana ‘Abduka. Zholamtu Nafsi Wa’Taroftu Bi Dzanbi, Faghfirli Dzunubi Jami‘aa, innahu Laa Yaghfirudz Dzunuba illa Anta. Wahdini Li-Aẖsanil Akhlaqi Laa Yahdi Li-Aẖsaniha illa Anta. Was̄-Rif ‘Anni Sayyi-Ahaa Laa Yas̄rifu 'Anni Sayyi-Ahaa illa Anta. Labbaika Wa Sa'Daika Wal Khoiru Kullahu Fii Yadaik, Wasy-Syarru Laisa ilaik. Ana Bika Wa ilaika, Tabarokta Wa Ta'alaita, Astaghfiruka Wa Atubu ilaik.
[Aku hadapkan wajahku kepada Zat yang Maha Pencipta langit dan bumi sebagai Muslim yang ikhlas dan aku bukan termasuk dalam kalangan orang yang mensyirikkan Allah. Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku dan matiku, hanya semata-mata untuk Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Oleh kerana itu, aku patuh kepada perintah-Nya, dan aku termasuk dalam kalangan orang yang aku berserah diri. Ya Allah, Engkaulah Maha Penguasa. Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau dan Maha Terpuji. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku telah menzalimi diriku sendiri dan akui dosa-dosaku. Maka,ampunilah semua dosa-dosaku. Sesungguhnya, tidak ada yang boleh mengampuni segala dosa melainkan Engkau. Tunjukilah aku akhlak yang paling terbaik. Tidak ada yang dapat menunjukkannya melainkan hanya Engkau. Jauhkanlah dariku akhlak yang buruk. Kerana sesungguhnya tidak ada yang sanggup menjauhkannya melainkan hanya Engkau. Aku patuhi segala perintah-Mu, dan aku tolong agama-Mu. Segala kebaikan berada di tangan-Mu. Sedangkan kejahatan tidak datang daripada-Mu. Aku berpegang teguh dengan-Mu dan kepada-Mu. Maha Suci Engkau dan Maha Tinggi. Kumohon ampun dariMu dan aku bertaubat kepada-Mu]

(HR. Muslim,no.771. dari ‘Ali bin Abi Thalib)

:: Hadis 5 ::
      سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ، تَبَارَكَ اسْمُكَ ، وَتَعَالَى جَدُّكَ ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُك
SubẖanakAllahumma Wa Biẖamdika, Tabarokas-muka, Wa Ta‘ala Jadduka, Wa Laa ilaha Ghoiruk
[Maha Suci Engkau ya Allah,dan segala puji bagi-Mu,Maha Berkat nama-Mu,Maha Tinggi Keagungan-Mu,Dan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau]

(HR. Muslim,no.399. Ini adalah bacaan Saidina ‘Umar)

:: Hadis 6 ::
  اللهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ، وَمِيكَائِيلَ، وَإِسْرَافِيلَ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ. أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ. اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ. إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِي
Allahumma Robba Jabro-ila, Wa Mika-ila, Wa isrofil. Fathiros Sama Wati Wal Ardh. ‘Alimal Ghoibi Wasy-Syahadah. Anta Taẖ-Kumu Baina ‘ibadika Fima Kanu Fihi Yakh-Talifun. Ihdini Limakh-Tulifa Fihi Minal H̱aqqi Bi idznik. Innaka Tahdi Man Tasya-u ila S̄irothim Mustaqim
[Ya Allah,Tuhan Malaikat Jibril,Mikail dan Isrofil. Pencipta Langit dan Bumi. Yang mengetahui hal ghaib dan nyata. Engkaulah hakim di antara hamba-hambaMu dalam hal-hal yg mereka perselisihkan. Tunjukkanlah aku kebenaran dalam apa yang mereka perselisihkan,dengan izin-Mu. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk menuju jalan yg lurus,kepada siapa saja yang Engkau kehendaki]

(HR. Muslim,no.770. dari ‘Aisyah)

:: Hadis 7 ::
اللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ. أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ الحَقُّ وَوَعْدُكَ الحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ، وَقَوْلُكَ حَقٌّ، وَالجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ، وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ، فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، أَنْتَ المُقَدِّمُ، وَأَنْتَ المُؤَخِّرُ، لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Allahumma Lakal H̱amdu. Anta Qoyyimus Sama-Wati Wal Ardhi Wa Man Fihinna. Walakal H̱amdu Laka Mulkus Sama-Wati Wal Ardhi Wa Man Fihinna. Walakal H̱amdu. Anta Nurrus Sama-Wati Wal Ardhi Wa Man Fihinna. Walakal H̱amdu Anta Malikus Sama-Wati Wal Ardhi, Walakal H̱amdu Antal H̱aqqu Wa Wa'Dukal H̱aqqu, Waliqo-Uka H̱aqqun, Wa Qouluka H̱aqqun, Wal Jannatu H̱aqqun, Wa Narru H̱aqqun, Wan Nabiyyuna H̱aqqun, Wa Muẖammadun Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallama H̱aqqun, Was Sa‘atu H̱aqqun. Allahumma Laka Aslamtu, Wa Bika Amantu, Wa ‘Alaika Tawakkaltu, Wa ilaika Anabtu, Wa Bika Khoṡomtu, Wa ilaika akamtu. Faghfirli Maa Qoddamtu Wamaa Akh-Khortu, Wa Maa As-Rortu, Wa Maa A’lantu. Antal Muqoddim, Wa Antal Muakh-Khir, La ila ha illa Ants.
[Ya Allah,segala puji bagi Engkau. Engkau pemelihara langit dan bumi serta orang-orang yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkau memiliki kerajaan langit,bumi dan siapa saja yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkau adalah cahaya bagi langit,bumi dan siapa saja yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkau Raja langit dan bumi dan Raja bagi siapa saja yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkaulah al-Haq. Janji-Mu pasti benar,firman-Mu pasti benar,pertemuan dengan-Mu pasti benar,firman-Mu pasti benar,syurga itu benar adanya,neraka itu benar adanya,para nabi itu membawa kebenaran dan Muhammad ﷺ itu membawa kebenaran,hari kiamat itu benar. Ya Allah,kepada-Mu lah aku berserah diri. Kepada-Mu lah aku beriman. Kepada-Mu lah aku bertawakal. Kepada-Mu lah aku bertaubat. Kepada-Mu lah aku mengadu. Dan kepada-Mu aku berhukum. Maka ampunilah dosa-dosaku. Baik yang telah aku lakukan maupun yang belum aku lakukan. Baik apa yang aku sembunyikan maupun yang aku nyatakan. Engkaulah Pemula dan Pengakhir. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau]

(HR. Bukhari,no.1120. dari Ibnu ‘Abbas)

Saturday, August 20, 2022

Namakan Anak Dengan Nama Harith Dan Hammam?

dari Abu Wahab al-Jusyami,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Namakan anak-anakmu dengan nama para Nabi dan nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Dan nama yang paling benar ialah Haris dan Hammam. Dan nama yang paling buruk Harb dan Murrah.”
(HR. Abu Daud,no.4950. Ahmad,no.18258. Ini dari lafaz Abu Daud)

NOTA:
Hadis ini 'Dhaif' & Ma'lul (mempunyai kecacatan),kerana hadis ini dinilai Mu'dhal (di dalam sanadnya terdapat 2 orang perawi atau lebih,yg gugur secara berturut²) oleh imam Abu Hatim ar-Razi kerana Abu Wahab dalam sanad ini bukanlah Abu Wahab al-Jusyami (sahabat Nabi ﷺ),akan tetapi Abu Wahab disini adalah Abu Wahab al-Kala'i,iaitu perawi yg hidup di zaman Tabi'ut Tabi'in (rujuk: al-Marasil,118 dan al-'ilal,2451). Syaikh Khalid al-Hayek menukilkan perkara ini ketika beliau menyebut tentang hadis ini (dalam Telegram rasmi beliau). Namun katanya,hadis ini 'Dhaif' pada ziyadah (tambahan) "Dan sebenar-benar nama adalah Harith... (hingga akhir hadis)",adapun lafaz "Nama yg paling disukai Allah adalah 'Abdullah dan 'Abdurrahman" adalah 'Sahih',kerana terdapat riwayat lain yg mengatakan demikian:

dari Ibnu ‘Umar,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdur-Rahman.”
(HR. Muslim,no.2132. Abu Daud,no.4949)

Saturday, August 6, 2022

Duduk Berzikir Selepas Solat Subuh Dapat Pahala Haji Dan Umrah?

dari Anas bin Malik dia,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa yang solat Subuh berjemaah,kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari,kemudian solat sunat dua rakaat,maka baginya pahala haji dan umrah yang sempurna,(pahala haji dan umrah) yang sempurna,(pahala haji dan umrah) yang sempurna.”
(HR. at-Tirmidzi,no.586. dinilai 'Hasan Gharib' oleh at-Tirmidzi)

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh sebahagian ulama',kerana di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Abu Zhilal,atau nama sebenarnya Hilal bin Abi Hilal,dimana dia dinilai Dhaif oleh Ibn Ma'in dan an-Nasaie (rujuk: Ibn 'Adiy,al-Kamil,7/119). Ibnu Hibban juga menegaskan bahawa tidak boleh berhujjah dengan hadisnya (rujuk: al-Majruhin,3/85). Dia juga dinilai 'Munkar' oleh imam al-Bukhari,malah Yahya Ibn Ma'in men-Dhaif-kannya dengan berkata: "Laisa bi Syai (tidak ada apa-apanya/tiada nilai)" (rujuk: al-'Uqaili,ad-Dhu'afa',4/345). Syaikh Khalid al-Hayek juga menilainya 'Dhaif' dengan katanya: "Laisa bi Syai,Munkar al-Hadis!" (dalam website rasmi beliau pada 'Soalan' - no.134) & hadis ini juga dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh Musthofa al-'Adawi (di dalam video beliau). Akan tetapi,duduk berzikir selepas solat subuh sehingga terbit fajar adalah Sunnah,kerana terdapat di dalam hadis sahih yg lain bahawa Nabi ﷺ melakukan hal tersebut:

dari Jabir bin Samurah,ia berkata,
“Baginda (Nabi ﷺ) biasanya tidak beranjak daripada tempat duduknya setelah solat Subuh sehinggalah terbit matahari. Apabila matahari terbit,baginda berdiri (meninggalkan tempat solat).”
(HR. Muslim,no.670)

Tuesday, August 2, 2022

Bacaan Istighfar Yang Sahih

:: al-Quran 1 ::
أَسْتَغْفِرُ الله
Astaghfirullah
[Aku memohon ampun kepada Allah]

(al-Baqarah [2]: ayat 106 & 199. an-Nisa' [4]: ayat 64)

:: al-Quran 2 ::
أَسْتَغْفِرُ رَبِّي
Astaghfiru Robbi
[Aku memohon ampun kepada Tuhanku]

(Hud [11]: ayat 3 & 52. al-Kahfi [18]: ayat 55. Nuh [71]: ayat 10)

:: al-Quran 3 ::
غُفْرَانَك
Ghufronak
[Pengampunan-Mu (wahai Allah)]

(al-Baqarah [2]: ayat 285)

:: al-Quran 4 ::
اِغْفِرْ
Ighfir
[Ampunkanlah (aku)]

(al-Mu'minun [23]: ayat 118)

:: Hadis 1 ::
أَسْتَغْفِرُ الله (70 kali sehari)

"Astaghfirullah" (70 kali sehari)
[Aku memohon ampun kepada Allah]

(HR. at-Tirmidzi,no.3259. dari Abu Hurairah. dinilai 'Hasan Sahih' oleh at-Tirmidzi)

:: Hadis 2 ::
أَسْتَغْفِرُ الله (100 kali sehari)

Astaghfirullah (100 kali sehari)
[Aku memohon ampun kepada Allah]

(HR. Muslim,no.2702. at-Tirmidzi,no.3259. dari Abu Hurairah. dinilai 'Hasan Sahih' oleh at-Tirmidzi)

:: Hadis 3 ::
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (70+ kali sehari)

Astaghfirullah wa Atubu ilaih (70+ kali sehari)
[Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya]

(HR. Bukhari,no.6307. dari Abu Hurairah)

:: Hadis 4 ::
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ ، لَا إِلٰـهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوْءُ لَكَ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ ، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

Allahumma Anta Robbi,La ila Ha illa Anta Kholaqtani Wa Ana 'Abduk,Wa Ana 'Ala 'Ahdika Wa Wa'dika Masta-Tho'tu,'Audzubika Min Syarri Ma Sona'tu,Abu-Ulaka Bini'matika 'Alayya,Wa Abu-Ulaka Bi Dzanbi Faghfirli,Wa innahu La Yaghfirudz Dzunuba illa Ants
[Ya Allah,Engkau adalah Rabbku,tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau yg menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu,aku menetapi perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku,aku berlindung kepada-Mu dari keburukkan perbuatanku,aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu,maka ampunilah aku,kerana tiada yg dapat mengampuni dosa selain Engkau]

(HR. Bukhari,no.6306. at-Tirmidzi,no.3393. an-Nasaie,no.5522. dari Syaddad bin Aus)

NOTA:
Semua bacaan istighfar di atas adalah baik,tetapi bacaan yg paling afdhal ialah Hadis 4 atau lebih dikenali sebagai 'Sayyidul Istighfar' (Penghulu Istighfar),kerana daripada Syaddad bin Aus,bahawa Nabi ﷺ bersabda:

“Barangsiapa yang mengucapkannya di waktu siang dengan penuh keyakinan,lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu petang,maka ia termasuk penghuni syurga. Dan barangsiapa yang membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan,lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi,maka ia termasuk penghuni syurga.”
(HR. Bukhari,no.6306. at-Tirmidzi,no.3393. an-Nasaie,no.5522)

Sunday, July 31, 2022

Allah Wujud Tidak Bertempat (Kata Saidina 'Ali)

:: Hadis 1 ::
dari ‘Ali bin Abi Thalib,dia berkata,
“Adalah Allah,tiada tempat bagi-Nya,dan Dia sekarang sebagaimana sebelumnya. Sesungguhnya Allah Ta’ala menciptakan ‘Arasy untuk menampakkan kekuasaan-Nya,bukan untuk tempat Dzat-Nya.”
(HR. Abu Mansur al-Baghdadi [rujuk: al-Farq baina al-Firaq,no.333])

NOTA:
tambahan “dan Dia sekarang sebagaimana sebelumnya” dinilai Maudhu' (Palsu) oleh ibnu Hajar al-Asqalani,kerana tambahan itu tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadis (rujuk: Fath al-Bari,6/289). Tambahan itu juga dinilai Palsu oleh ibnu Taimiyyah (rujuk: Majmu' Fatawa,2/272),ibnu Qayyim al-Jauziyyah (rujuk: Madarij as-Salikin,3/391),al-Ayni (rujuk: Umdat al-Qari,15/109),al-Ajluni (rujuk: Kashf al-Khofa',2/171).

:: Hadis 2 ::
dari ‘Ali bin Abi Thalib,dia berkata,
“Tidak boleh dikatakan (disoalkan tentang) di mana (tempat) bagi Allah yang telah menempatkan di mana (tempat).”
(HR. Abu Qasim al-Qusyairi [rujuk: ar-Risalah al-Qusyairiyyah])

NOTA:
Hadis ini dinilai Maudhu' (Palsu) secara ijma' (kesepakatan para Ulama') oleh Ibnu Taimiyyah,kerana hadis ini tidak mempunyai sanad (rujuk: al-Fatawa al-Kubro,6/630).