MENU

Saturday, October 29, 2022

Makan Belalang: Halal?

:: Hadis 1 ::
dari Ibnu ‘Umar,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Dihalalkan ke atas kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. (Dua jenis bangkai) iaitu belalang dan ikan. (Dua jenis darah) iaitu hati dan limpa.”
(HR. Ahmad,no.5456. Ibnu Majah,no.3218 & 3314)

NOTA:
Hadis ini ‘Dhaif’ (lemah: tidak sahih) kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama ‘Abdurrahman bin Zaid bin Aslam, yg mana dia dinilai Dhaif oleh ramai Ulama’ Hadis, salah satunya imam Ahmad, dengan katanya: “Dhaif”. Kata Yahya Ibn Ma‘in: “Hadisnya tiada nilai, Dhaif”. Ketika Ibnu Abi Hatim bertanya kepada ayahnya (Abu Hatim) tentang ‘Abdurrahman bin Zaid bin Aslam, kata Abu Hatim: “Laisa bi qowi (tidak kuat)”. Kata Abu Zur‘ah: “Dhaif” (rujuk: Jarh wa at-Ta’dil,5/234). Hadis ini juga dinilai Dhaif oleh Syaikh Musthofa al-‘Adawi (dalam video beliau) dengan katanya: “Tidak sahih secara marfu’ (kata² Nabi ﷺ), sesungguhnya yang sahih ia adalah mauquf (kata² sahabat: ‘Abdullah bin ‘Umar) dengan hukum marfu”.

Sekalipun hadis ini Dhaif, akan tetapi belalang halal untuk di makan, berdasarkan hadis sahih:

:: Hadis 2 ::
dari ‘Abdullah bin Abu Aufa,dia berkata,
“Aku pernah pergi berperang bersama Rasulullah ﷺ sebanyak enam atau tujuh kali. Kami memakan belalang bersama baginda.”
(HR. Muslim,no.1952)

No comments:

Post a Comment