Friday, December 30, 2016

Allah Di Atas Langit (Hadis Jariyah)

:: Hadis 1 ::
dari Mu‘awiyah bin al-Hakam as-Sulami,ia berkata,
“...Aku mempunyai seorang Jariyah (hamba wanita) yang tugasnya mengembala kambing biri-biri di sekitar Gunung Uhud dan wilayah Jawaniyah. Suatu hari aku tahu bahawa seekor serigala telah berjaya memangsa seekor kambing biri-biri (yg digembalakannya). Aku adalah manusia biasa. Aku marah dan sedih sebagaimana orang lain yang juga boleh marah dan sedih. Akan tetapi, aku memukul jariyah itu dengan telapak tanganku, hanya sekali pukul. Lalu aku menemui Rasulullah ﷺ, aku merasa hal itu terasa berat, lalu aku bertanya: ‘Ya Rasulullah, apakah aku harus memerdekakannya?’ Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Bawa dia ke mari’. Maka aku bawa dia ke hadapan baginda, lalu baginda bertanya kepada jariyahku: ‘Di mana Allah?’ Jariyah itu menjawab: ‘Fiis-samaa’ (Di langit)’. Baginda bertanya lagi: ‘Siapa aku?’ Jariyah itu menjawab: ‘Engkau utusan Allah’. Maka Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Merdekakan dia! Sesungguhnya dia wanita beriman’. 
(HR. Muslim,no.537. an-Nasaie,no.1218. Abu Daud,no.3282. Ahmad,no.22645)

:: Hadis 2 ::
dari ‘Umar bin al-Hakam,ia berkata,
“Suatu ketika aku mendatangi Rasulullah ﷺ dan berkata: ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya hamba wanitaku pernah mengembalakan kambing milikku. Kemudian ketika aku menemuinya, ia telah kehilangan seekor kambing, lalu aku menanyakannya, maka ia menjawab: ‘Kambing itu telah dimakan serigala’. Aku pun menyesali itu terjadi. Dan (kerana) aku adalah anak Adam (manusia), maka ku pukul wajahnya, sedangkan (sementara itu) aku memiliki kewajiban untuk memerdekakan hamba, lalu apakah harus memerdekakannya?’ Setelah itu Rasulullah bertanya kepada hamba wanita itu: ‘Di mana Allah?’ Ia menjawab: ‘Fiis-samaa’ (Di langit)’. Baginda kembali bertanya: ‘Siapa aku?’ Ia menjawab: ‘Engkau Rasulullah’. Mendengar itu, Rasulullah ﷺ lantas bersabda: ‘Merdekakanlah dia!’.”
(HR. Malik [rujuk: al-Muwattho',no.1534])

NOTA:
(tentang ‘Umar bin al-Hakam), Menurut Ibnu Abdil Barr, seperti itulah yang diungkapkan oleh Imam Malik, sedangkan menurut semua ulama’ Hadis, itu hanya sangkaan. Dan nama ‘Umar bin al-Hakam tidak termaktub dalam deretan nama² sahabat. Tapi, yang benar adalah Mu‘awiyyah bin al-Hakam. Seperti yang diungkapkan oleh setiap perawi hadis ini, dari Hilal atau perawi lainnya. Mu‘awiyah bin al-Hakam adalah sahabat terkenal dan hadis yang diriwayatkannya juga dikenal.

:: Hadis 3 ::
dari Abu Hurairah,ia berkata,
“Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ dengan membawa seorang hamba wanita hitam, kemudian ia berkata: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku berkewajiban membebaskan hamba mukmin’. Kemudian baginda bersabda: ‘Di mana Allah?’ kemudian ia (hamba itu) mengisyaratkan ke langit dengan jarinya. Kemudian baginda berkata kepadanya: ‘Siapa aku?’ Kemudian dia menunjuk kepada Nabi ﷺ dan ke langit, yang bermaksud engkau adalah utusan Allah. Maka baginda berkata: ‘Bebaskan dia, sesungguhnya dia wanita mukminah (beriman)’.”
(HR. Abu Daud,no.3284. Ahmad,no.7565)

NOTA:
Hadis ini dinilai ‘Dhaif’ oleh Syaikh al-Albani, kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yg bernama al-Mas‘udi (‘Abdurrahman bin ‘Abdullah bin ‘Utbah) yang mana dia Dhaif kerana ikhtilath-nya (bercampur hafalannya) (rujuk: ad-Dha'ifah,1/70).

NOTA (2):
Perkataan Fiis-samaa’ (di langit) di dalam hadis² ini, ‘Fii’ di situ bukan merujuk kepada ‘di dalam’ langit, akan tetapi ‘Fii’ di situ merujuk kepada ‘Ala, iaitu ‘di atas’ langit. Kerana di dalam al-Quran & hadis² Sahih yang lain menerangkan bahawa Allah ﷻ istiwa’ (tinggi) di atas ‘Arasy-Nya. Sedangkan ‘Arasy itu berada di atas langit ke-7, sebagaimana tsabit dari dalil² yg sahih (rujuk & klik: Di Mana 'Arasy Allah?). Kedua, perkataan ‘Fii’ juga tidak semestinya merujuk kepada ‘di dalam’, kerana terdapat ayat di dalam al-Quran, Allah menggunakan perkataan ‘Fii’, akan tetapi ‘Fii’ di situ merujuk kepada ‘di atas’, seperti:

:: al-Quran 1 ::
Allah ﷻ berfirman:
وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِى ٱلْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا۟ مِنَ ٱلصَّلَوٰةِ إِنْ خِفْتُمْ أَن يَفْتِنَكُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ ۚ إِنَّ ٱلْكَـٰفِرِينَ كَانُوا۟ لَكُمْ عَدُوًّۭا مُّبِينًۭا
“Dan apabila kamu berjalan (musafir) di bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat.”
(an-Nisa' [4]: ayat 101)

NOTA:
Di dalam ayat ini, Allah ﷻ menyebut “Wa idzaa Dhorobtum Fiil-Ardhi..” (Dan apabila kamu berjalan di bumi). Allah menggunakan perkataan ‘Fii’ di dalam ayat ini, akan tetapi ia merujuk kepada ‘Ala (di atas), bukan ‘di dalam’. Sebab tidak mungkin kita fahami ayat ini dengan maksud ‘berjalan di dalam bumi’, sudah semestinya kita fahami ayat ini dengan maksud ‘berjalan di atas bumi’. Begitu juga ayat al-Quran yg lain seperti:

:: al-Quran 2 ::
Allah ﷻ berfirman:
فَسِيحُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍۢ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّكُمْ غَيْرُ مُعْجِزِى ٱللَّهِ ۙ وَأَنَّ ٱللَّهَ مُخْزِى ٱلْكَـٰفِرِينَ
“Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat).”
(Taha [20]: ayat 71)

NOTA:
Dalam ayat ini Allah menyebut “Fasiihu Fiil Ardhi..” (Oleh itu hendaklah kamu bergerak di muka bumi). Begitu juga dengan ayat al-Quran yg lain:

:: al-Quran 3 ::
Allah ﷻ berfirman:
قَالَ ءَامَنتُمْ لَهُۥ قَبْلَ أَنْ ءَاذَنَ لَكُمْ ۖ إِنَّهُۥ لَكَبِيرُكُمُ ٱلَّذِى عَلَّمَكُمُ ٱلسِّحْرَ ۖ فَلَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلَـٰفٍۢ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ فِى جُذُوعِ ٱلنَّخْلِ وَلَتَعْلَمُنَّ أَيُّنَآ أَشَدُّ عَذَابًۭا وَأَبْقَىٰ
“Firaun berkata: ‘Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya dia lah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu, demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar; dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal’.”
(Taha [20]: ayat 71)

NOTA:
Dalam ayat ini, Firaun menyebut “Wa La-Usollibannakum Fii Judzuu'i In-nakhli..” (Dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar). Dari ayat ini kita dapat fahami bahawa Firaun tidak memalang “di dalam” pokok tamar, akan tetapi “di atas” permukaan pokok tamar.
Wallahua’lam.