MENU

Thursday, September 26, 2024

Larangan Mengandaikan Hujan Turun Kerana Bintang & Suatu Peristiwa Alam Berlaku Kerana Kematian Seseorang

:: Hadis 1 ::
daripada Zaid bin Khalid al-Juhani,dia berkata,
“Rasulullah ﷺ mengimami kami solat Subuh di Hudaibiyah sesudah turun hujan pada malam harinya. Selesai solat,baginda menghadapkan (wajahnya) kepada orang ramai,lalu bersabda: ‘Adakah kamu tahu apa yang difirmankan oleh Tuhan kamu?’ Mereka menjawab: ‘Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.’ Baginda bersabda: ‘Pagi ini,ada daripada kalangan hamba-hamba-Ku yang beriman kepadaku dan kufur kepada-Ku. Adapun yang mengatakan: ‘Hujan diturunkan kepada kami disebabkan kurniaan Allah dan rahmat-Nya’,maka itulah orang yang beriman kepadaku,dan kufur kepada bintang-bintang. Dan adapun yang mengatakan: ‘Diturunkan hujan kepada kami disebabkan bintang itu dan ini’,maka itulah orang yang kufur (mendustakan) kepadaku dan beriman kepada bintang-bintang’.”
(HR. Bukhari,no.846. Muslim,no.71)

:: Hadis 2 ::
dari Jabir,Rasulullah ﷺ bersabda,
“...Matahari dan bulan adalah dua daripada tanda keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila mengetahui gerhana berlaku kamu hendaklah bersolat dan berdoa sehingga cahaya kelihatan semula.”
(HR. Muslim,no.904)

No comments:

Post a Comment