MENU

Tuesday, September 3, 2024

Boleh Berwudhu’ Satu Kali-Satu Kali Atau Dua Kali-Dua Kali Atau Tiga Kali-Tiga Kali

● SATU KALI-SATU KALI ●

dari Ibn ‘Abbas,dia berkata,
“Nabi ﷺ pernah berwudhu’ dengan membasuh setiap anggota wudhu’nya sekali demi sekali sahaja.”
(HR. Bukhari,no.157)


● DUA KALI-DUA KALI ●

dari Abdullah bin Zaid,dia berkata,
“Nabi ﷺ berwudhu’ dua kali-dua kali (dalam membasuh setiap anggota wudhu’).”
(HR. Bukhari,no.158)


● TIGA KALI-TIGA KALI ●

:: Hadis 1 ::
dari Humran maula ‘Ustman,dia beritahu,
bahawa dia melihat ‘Ustman bin ‘Affan meminta bekas air dan menuangkan air ke atas dua tapak tangannya sebanyak tiga kali lalu beliau membasuh kedua belah tapak tangannya. Kemudian beliau memasukkan tangan kanannya ke dalam bekas itu,lalu berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Kemudian beliau membasuh mukanya tiga kali dan kedua belah tangannya hingga ke siku tiga kali. Setelah itu beliau menyapu kepala. Kemudian beliau membasuh pula kedua belah kakinya hingga ke buku lali sebanyak tiga kali. (Setelah selesai melakukan semua itu) beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesiapa yang berwudhu’ seperti wudhu’ku ini,kemudian melakukan solat dua rakaat dalam keadaan dia tidak menyibukkan hatinya dengan perkara-perkara lain,nescaya akan diampunkan dosanya yang telah lalu’.”
(HR. Bukhari,no.159)

:: Hadis 2 ::
dari Yahya bin ‘Umarah,dia berkata,
“Seorang lelaki berkata kepada ‘Abdullah bin Zaid: ‘Bolehkah engkau tunjukkan kepada aku bagaimana Rasulullah ﷺ berwudhu’?’. Lalu ‘Abdullah bin Zaid berkata: ‘Ya,boleh’. Lalu beliau meminta dibawakan air lalu beliau menuangkan ia ke atas pergelangan tangan sebanyak dua kali,kemudian berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebanyak tiga kali,kemudian membasuh muka tiga kali,kemudian membasuh kedua tangan hingga ke siku sebanyak dua kali,kemudian beliau mengusap kepalanya dengan kedua-dua tangannya,bermula dari bahagian hadapan kepala digerakkan ke belakang kepala,kemudian digerakkan kembali ke tempat ia bermula,kemudian beliau membasuk kedua kakinya.”
(HR. Bukhari,no.185)

NOTA:
Kecuali kepala dan telinga. Kerana kepala dan telinga hanya disapu dengan satu kali sapuan walaupun seseorang itu memilih untuk melakukan wudhu’ dua kali basuhan atau tiga kali basuhan untuk setiap anggota wudhu’ (berdasarkan kebanyakkan hadis).
(HR. Bukhari,no.159. Muslim,226. Abu Daud,no.111,121 & 134. an-Nasaie,no.92. at-Tirmidzi,no.37. Dan beberapa hadis yang lain)

No comments:

Post a Comment