MENU

Saturday, October 12, 2013

Pahala Mengucapkan Salam

dari ‘Imran bin Husain,dia berkata,
“Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata: ‘Assalamu‘alaikum (السلام عليكم)’. Baginda pun menjawab salamnya, kemudian lelaki itu duduk. Maka Nabi ﷺ bersabda: ‘(Mendapat) sepuluh (pahala)’. Kemudian datang seorang yang lain lalu berkata: ‘Assalamu‘alaikum warahmatullahi (السلام عليكم ورحمة الله)’. Baginda pun menjawab salamnya, lalu dia duduk. Maka baginda bersabda: ‘(Mendapat) dua puluh (pahala)’. Selepas itu datang seorang lagi lalu berkata: ‘Assalamu‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh (السلام عليكم ورحمة الله وبركاته)’. Baginda pun menjawab salamnya, lalu dia duduk. Maka baginda bersabda: ‘(Mendapat) tiga puluh (pahala)’.”
(HR. Bukhari [rujuk: al-Adabul Mufrad,no.986]. Abu Daud no.5195. at-Tirmidzi,no.2689. Hadis ini dinilai ‘Hasan Sahih Gharib’ oleh imam at-Tirmidzi)

No comments:

Post a Comment