MENU

Friday, July 31, 2015

7 Golongan yang Allah Tidak Akan Pandang di Akhirat Kelak

dari ‘Abdullah bin ‘Amr,Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tujuh golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah ‘azza wa jalla pada hari kiamat,Allah tidak akan membersihkan mereka dari dosa dan Allah akan berkata: ‘Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang memasukinya’: 
(1) Orang yang melakukan,orang yang diperlakukan (homoseks)
(2) orang yang berkahwin dengan tangannya (melakukan onani)
(3) orang yang bersetubuh dengan binatang
(4) orang yang bersetubuh dengan wanita melalui duburnya
(5) orang yang bersetubuh dengan wanita beserta anak perempuannya
(6) orang yang berzina dengan isteri jirannya
(7) serta orang yang mengganggu jirannya sehingga dia melaknatnya.”
(HR. Ibn Busyran [rujuk: al-Amali,86/1-2])

NOTA:
Hadis ini dinilai 'Dhaif' oleh imam al-Mundziri,dengan katanya: “Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya,al-Kharaithi dan selainnya,lalu mengisyaratkan bahawa ianya Dhaif” (rujuk: at-Targhib,3/195). Juga dinilai 'Dhaif' oleh Syaikh al-Albani (rujuk: Silsilah al-Ahadith ad-Dhaifah wa al-Maudhu'ah,1/490,no.319),kerana di dalam sanadnya terdapat dua perawi yang lemah iaitu ibnu Lahi'ah dan Abdur Rahman bin Ziyad al-Afriqi. Hadis ini ada diriwayatkan daripada jalan-jalan yang lain,tetapi semuanya lemah (rujuk: al-Albani,Irwa' al-Ghalil,8/58,no.2401. maktab islami,tahqiq: zuhair syawisy). Tetapi harus diingat,meskipun hadisnya Dhaif,tetapi kebanyakkan daripada dosa-dosa di atas mempunyai ancaman/azab yang tsabit daripada al-Quran dan hadis² Sahih yang lain.